VVIP DENAI CINTA

24 Mei 2013

'Pathma ada motif bunuh Sosilawati'

SHAH ALAM – Hakim Datuk Akhtar Tahir memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya mempunyai motif untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya kerana tersepit isu penjualan tanah di Pulau Pinang. 


 Akhtar berkata, isu penjualan tanah itu melibatkan Sosilawati dan bekas Adun Sementa, Datuk Abd Rahman Palil. Bagaimanapun, tindakan Pathma mewakili kedua-dua mereka adalah tidak beretika sehingga dia juga enggan membuat perjumpaan antara keduanya. “Motif itu diperoleh setelah mempertimbangkan keterangan Pathma yang mempunyai sebab lain yang lebih kukuh dan bukan disebabkan isu cek semata-mata. Akibat tertekan dengan Sosilawati dan Abd Rahman, Pathma mengambil jalan mudah dengan menghabiskan salah seorang daripada mereka dan ini berlaku kepada Sosilawati."

 “Sementara tiga lagi rakan Sosilawati yang mengikuti jutawan tersebut ke Banting pada hari kejadian turut dibunuh,” katanya. Akhtar berkata demikian dalam alasan penghakimannya selepas menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Pathmanabhan, T Thilaiyalagan; R Matan dan R Khatavarayan selepas didapati bersalah membunuh Sosilawati dan tiga rakannya. 

 Dalam prosiding terdahulu, Akhtar berkata, keputusan itu dibuat selepas mahkamah berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011. Katanya, pembelaan di peringkat ini telah gagal menyangkal kes pendakwaan kerana bukti dan keterangan sudah cukup mensabitkan semua tertuduh bersalah membunuh semua mangsa dengan satu niat. 

Menurutnya, walaupun tiada mayat ditemui, mahkamah menerima pakai bukti yang dikemukakan oleh pendakwaan, iaitu kesan darah dan barang peribadi yang ditemui di kawasan Ladang Gadong, Banting. “Justeru, mahkamah berpendapat penemuan kesemua barang bukti tersebut menunjukkan kehadiran mereka di ladang pada hari kejadian,” katanya. 

Beliau berkata, mahkamah menerima pakai keterangan anak kepada Sosilawati, Erni Dekritawati Buhari, yang mengesahkan bahawa ibunya akan berjumpa dengan Pathma di Banting, untuk menyelesaikan dua keping cek. “Mahkamah beranggapan tiada sebab untuk saksi ini menipu. Begitu juga dengan isteri mangsa yang mengikut Sosilawati sebagai penasihat.

"Selain itu rekod panggilan telefon yang dikemukakan oleh saksi telekomunikasi menunjukkan Sosilawati dan rakannya berada di Banting,” katanya. Akhtar berkata, bagaimanapun, kesemua keterangan ini tidak boleh dicabar oleh pembelaan. 

 Dalam pada itu, Akhtar berkata kehadiran semua mangsa di Ladang Gadong turut disahkan oleh pembantu rumah warga Indonesia, Siti Hamidah Karnax. “Keterangan saksi itu ada melihat seorang perempuan dan tiga lelaki Melayu pada petang 30 Ogos 2010 serta mendengar jeritan selain melihat api besar di kawasan ladang. Mahkamah lebih percayakan kredibiliti saksi ini dan dia memberi keterangan yang benar,” katanya. 

Akhtar berkata, beliau percaya dengan keterangan tertuduh keempat, Khatvarayan, yang mengesahkan Sosilawati dan tiga rakannya datang ke ladang pada 30 Ogos 2010. Bagaimanapun, jika merujuk kepada keterangan Khatavarayan, Akhtar berkata, beliau menganggap tertuduh itu jelas sekali rakan subahat, namun berpaling tadah kerana mungkin berselisih faham dengan tertuduh pertama. 

“Mahkamah berpendapat kebanyakan keterangan Khatavarayan hanya direka secara berhati-hati untuk menunjukkan dia tidak bersalah. Versi keterangan Khatavarayan adalah untuk selamatkan dirinya, meskipun banyak percanggahan keterangan dengan tiga lagi tertuduh lain,” katanya. 

 Katanya, pembelaan gagal menjelaskan berhubung barangan peribadi mangsa selain tiada penjelasan mengenai penemuan darah dan tulang manusia di ladang terbabit. “Pembelaan juga mencabar bukti DNA, namun tiada sebab untuk tolak bukti saksi pakar yang diterima sebelum ini kerana pembelaan gagal berbuat demikian." 

 “Malah penemuan darah dan sisa tulang manusia di ladang menimbulkan kemungkinan kejadian yang berlaku kepada kesemua mangsa yang dibakar sehingga mati,” katanya. Menurutnya, mahkamah bersetuju dengan cadangan peguam, iaitu tertuduh keempat yang memanipulasi bukti untuk menyesuaikan dengan kesnya kerana dia mendengar semua keterangan saksi dan ia tidak sukar untuk mencipta semua keterangan di mahkamah. - SINAR HARIAN


3 ulasan:

IBU RISKA berkata...

Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE

IBU TIJA berkata...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

PAK JUNAIDI berkata...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Related Posts with Thumbnails