VVIP DENAI CINTA

16 Mei 2013

Keterangan Empat Tertuduh Kes Bunuh Sosilawati Perlu Ditolak

SHAH ALAM, 16 Mei : Keterangan empat tertuduh dalam kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain adalah tidak selamat dan tidak boleh dipercayai, Mahkamah Tinggi diberitahu Rabu. 

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Saiful Edris Zainuddin berkata ini kerana keterangan tertuduh keempat bercanggah dengan keterangan tertuduh lain, terutama berhubung isu sama ada Sosilawati dan tiga individu lagi berada di Ladang Gadong pada 30 Ogos 2010, selain pembabitan mereka membunuh sekurang-kurangnya tiga mangsa iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin. 


 "Berikutan itu, soalan yang timbul ialah versi pembelaan yang mana satu benar atau mampu menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Semua keterangan tertuduh tidak boleh dipercayai, termasuk keterangan tertuduh keempat, oleh itu, mana-mana keterangan mereka yang tidak konsisten dengan kes pendakwaan adalah tidak selamat untuk dipercayai dan perlu ditolak," katanya di akhir kes pembelaan pada perbicaraan bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang yang didakwa membunuh Sosilawati serta tiga individu lain. 

Pathmanabhan, T Thilaiyalagan, R.\ Matan dan R Khatavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. 

Saiful Edris juga berkata keterangan pendakwaan berhubung isu penemuan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 masih utuh serta perlu diterima oleh mahkamah tanpa sebarang keraguan. Beliau turut menggesa mahkamah mengkaji semula bukti berhubung kejadian serupa yang dikemuka dua saksi pendakwaan iaitu Samson Nahar Mohamed Dali dan Usharani Sethuraman.

 Katanya, kedua-dua saksi mengesahkan suami masing-masing iaitu Shafiq Davendran Abdullah dan Allal Kathan Muthuraja telah pergi ke Banting untuk bertemu Pathmanabhan atas urusan perniagaan, dan selepas itu, mereka hilang tanpa dapat dikesan sehingga hari ini. 

Saiful Edris berkata bekas pembantu rumah Pathmanabhan, iaitu Siti Hamidah Karnax juga memberi keterangan beliau ada melihat kedua-dua lelaki di ladang berkenaan dan menyaksikan unggun api besar selepas itu sama seperti kes Sosilawati. 

 Beliau juga berhujah terdapat persamaan dalam fakta kedua-dua lelaki bertemu Pathmanabhan di Ladang Gadong seperti Sosilawati dan tiga lagi, yang menyaksikan semua mangsa hilang begitu sahaja sehingga kini. 

 Saiful Edris juga berhujah pihak pendakwaan membuktikan bahawa tujuan Sosilawati ke Banting bertemu Pathmanabhan ialah untuk berbincang soal tanah dan mempercepat pembayaran cek bernilai RM3 juta bagi membolehkan beliau menggunakan wang itu untuk memberi bonus kepada pekerjanya selain kegunaan peribadi sempena sambutan Hari Raya Puasa pada 10 Sept 2010. 

Beliau berkata berdasarkan keterangan pegawai bank Yvonne Tiong Guat Choo, pada 30 Ogos 2010 (hari Sosilawati dan tiga lagi hilang), Pathmanabhan hanya mempunyai RM1.38 juta dalam akaunnya dan jumlah itu tidak cukup bagi menjelaskan pembayaran cek Sosilawati. 

"Pathmanabhan dan peguamnya (Manjit Singh Dhillon) cuba berhujah bahawa akaun bank Pathmanabhan tidak mempunyai jumlah yang mencukupi kerana akaun itu telah dibekukan atas arahan polis, namun mereka gagal mengemukakan sebarang bukti bagi menunjukkan arahan sedemikian wujud. Tambahan pula, Pathmanabhan hanya ditahan pada 11 Sept 2010, iaitu dua hari selepas tarikh cek. Kesimpulannya, motif jumlah wang yang tidak mencukupi untuk menjelaskan pembayaran cek merupakan satu alasan kukuh untuk membunuh Sosilawati serta rakan lain dan ia tidak dapat disangkal," katanya. Perbicaraan di depan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung 21 Mei ini. - BERNAMA

3 ulasan:

IBU RISKA berkata...

Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE

IBU TIJA berkata...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

PAK JUNAIDI berkata...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Related Posts with Thumbnails