VVIP DENAI CINTA

19 September 2012

Banduan Yang Melarikan Diri Ditahan Semula

Semalam dikejutkan dengan berita yang ala-ala filem Hollywood mahupun filem Hong Kong apabila seekor banduan melarikan diri dari kawalan anggota polis. ALHAMDULILLAH, banduan tersebut telah dapat ditangkap malam tadi. Ingatkan terer sangat, rupenye mangkuk jugak, kantoi kene tangkap setelah keluar dari tempat persembunyian, mintak air dan mintak dibukakan gari... Ceh!
 
BANDUAN YANG MELARIKAN DIRI DITAHAN SEMULA
KUANTAN, 19 Sept : Seorang banduan yang melarikan diri daripada kawalan polis selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam, berjaya ditahan semula di Taman Dato Rashid, di sini Selasa malam. Banduan berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 10.25 malam apabila dia keluar dari tempat persembunyiannya dan meminta air di sebuah rumah penduduk di taman itu.
 
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata banduan terbabit juga minta dibukakan gari namun penduduk kampung segera memaklumkannya kepada polis. "Banduan itu tidak cedera, hanya sedikit calar di muka kesan daripada kemalangan itu dan dia cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas polis," katanya ketika dihubungi di sini. Beliau berkata banduan terbabit dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sebelum dihantar ke Penjara Penor pada Selasa. - BERNAMA 
 
Dan di bawah ini adalah berita semalam...
 
Tiga Anggota Polis Cedera Dalam Kemalangan, Banduan Yang Dibawa Terlepas
KUANTAN, 18 Sept : Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori. Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini, itu menyebabkan tiga anggota polis parah dan banduan itu melarikan diri.
 
Anggota polis yang cedera itu ialah pemandu, Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Kpl Zulhairi Ramli, 24, dan Kpl Abd Rashid Ahmad, 51. Kesemua mereka kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
 
Ketua Polis Derah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusuff berkata ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953 dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor, di sini.
 
"Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan." - BERNAMA

2 ulasan:

Puteri Lindungan Bulan berkata...

"....seekor banduan"
adehh sungguh mencuit hati ku... heheheee...

Puteri Lindungan Bulan berkata...

"...Ingatkan terer sangat, rupenye mangkuk jugak..." Sungguh lucu statement blogger ni la..menceriakan pembaca...kah kah kah :))

Related Posts with Thumbnails