VVIP DENAI CINTA

05 Julai 2012

Uncle Seekers Ditahan Polis Mengikut Akta Rahsia Rasmi

Akhirnya pakcik seekers ditangkap. Gua tabik sama lu pakcik, lu ternyata berani dalam membuat pendedahan di blog lu. Walaupun sebelum ni lu banyak menimbulkan pelbagai kontroversi, kontroversi yang ini paling Gua suka!!! Dan kepada pihak berkuasa, jangan salah-guna kuasa, dakwa pakcik seekers ni di mahkamah seandainya apa yang didedahkannya tu tak betul. Kalau dakwaannya tu betul, maka korang kene pergi tangkap pihak-pihak yang didedahkan dek pakcik seekers ni dan heret mereka ke mahkamah!!! Jangan ada double standard dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.

Kepada pakcik seekers, semoga lu selamat dan seandainya lu yakin pendedahan yang lu lakukan itu adalah benar dan bukan fitnah, maka buktikanlah di mahkamah. Rakyat akan menyokong lu andainya lu di pihak yang benar...!!!
 
POLIS TAHAN UNCLE SEEKERS MENGIKUT OSA
Penulis blog Syed Abdullah Husein Al-Attas yang lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers ditahan polis di Senawang, Negeri Sembilan pada malam tadi. Timbalan ketua jabatan siasatan jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak berkata ketika dihubungi Malaysiakini berkata, lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi.
 
Anak kepada penulis buku politik popular Syed Hussein Alattas itu kini ditahan di lokap polis Air Molek, Johor. Tambahnya, lelaki tersebut ditahan bersama seorang wanita berusia 26 tahun dalam operasi berkenaan.
 
Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas lelaki berkenaan petang ini, katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Tiga puluh individu pada Ahad lalu membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal berhubung penyiaran artikel dalam blognya, uncleseekers.blogspot.com.

Sumber - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails