VVIP DENAI CINTA

22 Julai 2012

Nak Hantar KAD RAYA - Tapi Setem 50 sen.....

Kad ucapan perayaan nampaknya dah makin terpinggir dek arus teknologi dan ledakan penggunaan internet serta telefon mudah alih jelas mengganti peranan KAD RAYA dalam menyampaikan ucapan.
 
Kebanyakan kita dah tak menggunakan KAD RAYA sebagai medium menyampaikan ucapan perayaan, kini kita lebih selesa menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) yang nyata lebih murah berbanding penggunaan kad ucapan. Kehadiran laman sosial seperti Facebook dan Twitter turut memudahkan kita untuk menyampaikan sebarang ucapan mahupun untuk mengundang ke acara/majlis yang diadakan.
 
Bayangkan kalau nak hantar kad, nak kena beli kad dan setem sekarang pun bukan murah....!!! Kalau tahun 80-an atau 90-an dulu, rasanya pada zaman tu masih boleh menghantar KAD RAYA menggunakan setem 20sen, tapi sekarang tidak lagi...!!!
 
Nampaknya, penggunaan KAD RAYA di kalangan individu makin berkurangan dan tak mustahil ia bakal pupus...! Hanya sektor korporat/syarikat yang masih setia menggunakan kad ucapan perayaan, itu pun sekadar untuk menjaga hubungan bisnes mereka.
 
Setem Kad Ucapan Perayaan Tidak Melebihi 50 Gram Hanya 50 Sen - Pos Malaysia
KUALA LUMPUR, 22 Julai : Sempena musim perayaan, Pos Malaysia hanya mengenakan kadar 50 sen bagi mengepos semua kad ucapan perayaan yang tidak melebihi 50 gram ke semua destinasi dalam negara.
 
Tawaran tersebut akan bermula esok sehingga 16 Feb tahun depan bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri, sementara Deepavali dari 29 Oktober hingga 17 November, Krismas (10 Disember hingga 31 Disember) dan Tahun Baru Cina (21 Januari hingga 16 Februari), menurut Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad Datuk Khalid Abdul Rahman dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 
 
Beliau berkata tawaran istimewa ini akan membolehkan rakyat Malaysia menghantar lebih banyak kad ucapan kepada sahabat handai dan sanak saudara pada kadar lebih rendah berbanding pos biasa. "Kadar rata pada musim perayaan itu adalah 16 hingga 28 peratus lebih murah berbanding pos biasa yang beratnya tidak melebihi 50 gram," katanya. 
 
Beliau berkata orang ramai digalakkan mengepos kad-kad ucapan Hari Raya Aidilfitri sebelum 13 Ogos ini bagi memastikan kad ucapan yang dihantar tiba ke destinasi sebelum sambutan Syawal. 
 
Untuk maklumat lanjut, pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Pos Malaysia di talian 1-300-300-300 atau di www.pos.com.my atau mendapatkan maklumat lanjut dengan berkunjung ke pejabat pos berdekatan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails