VVIP DENAI CINTA

20 Jun 2012

Tembelang Akan Pecah - PUNCA UMNO TAKUT DEBAT!!!

Debat Terbuka Hanya Beri Ruang Kepada Pembangkang Serang Kerajaan : Syed Ali
Sumber : Bernama dan kepala otakku
KUALA LUMPUR, 19 Jun : Debat secara terbuka antara pemimpin kerajaan dengan pembangkang hanya akan memberi lebih ruang dan peluang kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan secara tidak berhemah, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.
 
DALAM DEBAT, MASING-MASING DIBERI RUANG DAN PELUANG UNTUK BERHUJAH. KALAU PEMBANGKANG SERANG, KAUTANGKISLAH!!! KAUSERANGLAH BALIK HUJAH-HUJAH PEMBANGKANG TU. JANGANLAH BAGI ALASAN TAK LOGIK SEBEGINI UNTUK MENGELAK BERDEBAT. SUDAH-SUDAHLAH MEMPERBODOHKAN RAKYAT YANG KINI MAKIN CERDIK DAN MUNGKIN LEBIH CERDIK DARI KAU!!!
 
Justeru Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan itu berkata mana-mana pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya menyahut debat yang ditawarkan pembangkang.
 
MENYAHUT  DEBAT UMPAMA MENEMPAH MAUT KERANA SEGALA PENYELEWENGAN AKAN DIKETAHUI OLEH RAKYAT MELALUI PENDEDAHAN YANG DIBUAT, ITULAH YANG AMAT DITAKUTI OLEH PEMIMPIN UMNO UNTUK MENGADAKAN DEBAT!!!!!
 
"Ini (debat) adalah jerat pembangkang untuk mencari publisiti khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir. Debat ini hanya bercakap sahaja, retorik."
 
TAKKANLAH PEMIMPIN UMNO NI BODOH LEMBAM SANGAT, KALAU YE PUN PEMBANGKANG GUNAKAN SEBAGAI PUBLISITI, UMNO PUN BOLEH GUNAKAN DEBAT SEBAGAI SALURAN PUBLISITI!!! BILA DEBAT DILANGSUNGKAN, KEDUA-DUA BELAH PIHAK DIBERIKAN MASA UNTUK MENGEMUKAKAN HUJAH.
 
"Ini bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat yang sebenarnya sudah tahu pembangkang ini tak buat kerja. Jadi dia (pembangkang) gunakan platform ini untuk kepentingan mereka sendiri," katanya kepada Bernama di sini.
 
DOWWWHHH! 'TELANJANGKANLAH' DAN BERITAHULAH RAKYAT DALAM PERDEBATAN TU BUKTI-BUKTI PEMBANGKANG TAK BUAT KERJA. MELALUI DEBATLAH RAKYAT BOLEH MENILAI, SIAPA YANG BUAT KERJA DENGAN AMANAH DAN SIAPA YANG SEBALIKNYA!!!
 
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang diadakan malam ini anjuran akhbar Sinar Harian.
 
KALAU KAUTAKUT BERDEBAT, MAKA KAUJANGANLAH PULA JADI BATU PENGHALANG UNTUK SI PEMBERANI TAMPIL BERDEBAT!!! KAUTAKUT, KAUDOK JE UMAH MAIN TELOR....!!!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails