VVIP DENAI CINTA

25 Jun 2012

Najib Razak Menteri Wanita Terakhir UMNO-BN!!!

Najib pertahan tindakan pangku jawatan sebagai Menteri di Kementerian Wanita. Katanya hanya sementara, selepas menang pilihanraya maka jawatan itu akan diserahkan kepada wanita semula. Konfiden je BN akan menang pilihanraya nanti. Andaikata BN gagal memegang kuasa selepas pilihanraya ini, maka Najib Razak akan dikenang dalam sejarah negara sebagai Menteri Kementerian Wanita terakhir dari Barisan Nasional (BN)....!!!!! :)
 
Najib Pertahan Ambil Alih Kementerian Wanita
Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakannya mengambil alih kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dan tidak melantik anggota parlimen wanita untuk portfolio itu. Perdana menteri berkata, tindakan itu hanya sementara dan selepas memenangi pilihan raya, menteri wanita akan dilantik menggantikannya.
 
Bercakap dalam sesi soal jawab di Parlimen, Najib (kiri) berkata, melaksanakan program kementerian dan memperkasakan situasi wanita lebih penting pada masa ini. Pembangunan wanita sudah mencapai tahap kejayaan di bawah pemerhatian kita, kata Najib lagi.
 
Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) dalam soalan tambahannya bertanya kenapa kementerian itu diketuai lelaki sedangkan terdapat dasar untuk memastikan penyertaan 30 peratus golongan wanita dalam proses membuat keputusan.

Najib memangku jawatan yang dikosongkan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil - yang diasak hebat dalam isu Nasional Feedlot Corporation (NFC) - selepas tempoh perkhidmatannya sebagai senator berakhir pada 8 April. - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails