VVIP DENAI CINTA

22 Jun 2012

AWAS!!! - Paparan Maklumat Di Facebook Mengundang Padah!!!

Khusus untuk mereka yang gemar berkongsi maklumat di Facebook dan laman-laman sosial. Kalau anda pernah tengok video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jangan ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu. Nauzubillah min zalik, ia berlaku di dalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.
 
Sebenarnya sekarang ini terlalu banyak kejadian culik, rogol, dan bunuh dalam Negara kita yang nampak aman dan makmur. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak dan pelajar sekolah dan ada yang sebaya dengan anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan pelbagai objek!!!
 
Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan di dalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, di kalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang untuk bertindak. Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka.
 
Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology untuk mendapatkan maklumat peribadi kita. Jadi anda perlu sentiasa peka dengan apa yang anda telah lakukan terutama dalam perkembangan dunia IT sekarang ini.
 
Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda...
 
  • REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja. 
  • JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan SECURITY setting pada kiriman. Tentukan orang-orang tertentu yang hanya boleh melihat gambar tersebut. 
  • Aktifkan option untuk review TAG. Ada di dalam ruangan setting. Pilihan ini akan meminta anda untuk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut sama ada ia akan mengancam keselamatan. 
  • JANGAN nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah. Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target. 
  • HENTIKAN post yang boleh menunjukkan anda bersendiri. Seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah." atau "I nak tido kejap." 
  • MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mendedahkan lokasi anda. 
  • Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas. 
  • REMOVE nombor telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak nombor telefon anda. 
  • Gambar profile letaklah yang sopan santun dan jangan terdedah sana, terbelah sini serta terlampau seksi!!! 
  • REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yang tak patut delete sahaja! 
Moralnya kita sebagai seorang yang mengaku Islam, dalam hati perlu ada niat untuk merealisasikan perlaksanaan Hukum Allah di Negara kita yang katanya sebuah Negara Islam… Hanya dengan pelaksanaan Hukum Allah sahaja yang boleh menjamin keselamatan kita sama ada di duniaNYA ini mahupun di akhirat kelak.
 
Untuk merealisasikannya tentulah kita sebagai seorang rakyat yang boleh mengundi untuk memilih sebuah kerajaan yang cenderung untuk melaksanakan Hukum Allah di muka bumi Malaysia yang tercinta ini…. Takbir!!!
 
Sumber : Harakah FB

2 ulasan:

iffah imani berkata...

mohon share ya...

Rohaifi Azri berkata...

dipersilakan, pakat-pakat share agar menjadi iktibar bersama....

Related Posts with Thumbnails