VVIP DENAI CINTA

13 Jun 2012

ANDA BELUM MENDAPAT ZURIAT? Ada Ubatnya!!!

Oleh : Salmah Mat Husain, 13 Jun 2012

 
KOTA BHARU: Pasangan yang telah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat berpeluang untuk mendapatkan 'ubat' yang dihasilkan oleh perubatan negara Iran yang diakui antara yang terhebat dunia. 

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata golongan berkenaan berpeluang mendapatkannya di samping khidmat nasihat sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam Berasaskan Dinar Dirham. 


Katanya, majlis ini akan bermula 15 hingga 18 Jun ini bertempat Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini bermula 10.00 pagi hingga 11.30 malam. Husam memberitahu, sebanyak 10 buah negara akan mengambil bahagian dalam pameran berkenaan antaranya, Iran, Uzbekistan, Khazastan, mesir, Taiwan, China, Brunei Darussalam, Thailand dan Indonesia. 

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan merasmikan majlis berkenaan pada 15 Jun ini jam 9.00 malam. Beliau turut memberitahu, dengan adanya ekspo bertaraf dunia ini, Kelantan bakal menjadi 'jambatan' penghubung antara dunia-dunia luar untuk peluang ekonomi. 

"Rakyat Kelantan khususnya usahawan dapat menjadikan ekspo ini sebagai platform untuk mereka terus memajukan ekonomi dalam bidang perniagaan," ujarnya lagi. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini sebentar tadi. 

Husam seterusnya berkata, pelbagai program menarik telah diatur sepanjang ekspo terbabit, antaranya 'The Best Wall Ice-cream' produk Iran yang telah diiktiraf dunia sebagai aiskrim tersedap. 

Selain itu, seorang 'hafiz genius' dari Iran berusia 10 tahun akan menunjukkan kemahirannya dalam membaca al-Quran disamping menerima 'uji' bakatnya. "Hafiz ini mampu membaca surah yang diminta oleh sesiapa sahaja disamping membaca al-Quran secara terbalik," ujarnya. 

Sebanyak 12 booth antarabangsa disediakan untuk memudahkan orang ramai mengunjunginya bagi menikmati juadah istimewa dari 10 negara terbabit. Katanya, Iran sahaja akan membawa 60 syarikat pengeluar dari negara berkenaan termasuk pengusaha motosikal yang mampu menawarkan harga murah.
 
Antara barangan yang bakal dipamerkan adalah motor dari Iran

Katanya, pameran ini juga turut menerima tempahan dari orang ramai. "Pada masa yang sama syarikat berkenaan akan membuka kilang pemasangannya sendiri di negeri ini untuk kepentingan masa panjang," ujarnya. 

Beliau seterusnya memberitahu, antara acara menarik yang akan menemui pengunjung, kebudayaan Islam, pameran kaligrafi Islam, Konvensyen Halal Sedunia, tayangan filem Islam, animasi dan lain-lain lagi turut diadakan. - Harakahdaily

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails