VVIP DENAI CINTA

29 Jun 2012

BELASUNGKAWA : Pelawak Osman Kering Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Otak

Oleh NIEZAM ABDULLAH
 
 
Osman Kering

PETALING JAYA, 29 JUN 2012 : Pelakon dan pelawak Osman Kering,58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat. Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Jun lalu.

25 Jun 2012

Najib Razak Menteri Wanita Terakhir UMNO-BN!!!

Najib pertahan tindakan pangku jawatan sebagai Menteri di Kementerian Wanita. Katanya hanya sementara, selepas menang pilihanraya maka jawatan itu akan diserahkan kepada wanita semula. Konfiden je BN akan menang pilihanraya nanti. Andaikata BN gagal memegang kuasa selepas pilihanraya ini, maka Najib Razak akan dikenang dalam sejarah negara sebagai Menteri Kementerian Wanita terakhir dari Barisan Nasional (BN)....!!!!! :)
 
Najib Pertahan Ambil Alih Kementerian Wanita
Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakannya mengambil alih kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dan tidak melantik anggota parlimen wanita untuk portfolio itu. Perdana menteri berkata, tindakan itu hanya sementara dan selepas memenangi pilihan raya, menteri wanita akan dilantik menggantikannya.

23 Jun 2012

Kes Sosilawati : Sebutan Semula Kes Saksi Didakwa Beri Keterangan Palsu

SHAH ALAM, 22 Jun : Mahkamah Sesyen pada Jumaat menetapkan 9 Ogos untuk sebutan semula kes pekerja ladang, U.Suresh, yang didakwa memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini.

22 Jun 2012

AWAS!!! - Paparan Maklumat Di Facebook Mengundang Padah!!!

Khusus untuk mereka yang gemar berkongsi maklumat di Facebook dan laman-laman sosial. Kalau anda pernah tengok video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jangan ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu. Nauzubillah min zalik, ia berlaku di dalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

21 Jun 2012

Kanak-Kanak 5 Tahun Mati Dalam Kereta Ibu

Semoga jadikan iktibar bersama ~
 
JOHOR BAHRU : Seorang guru sekolah rendah terkejut selepas mendapati anaknya yang berusia lima tahun tidak bernyawa selepas kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta selama beberapa jam.

20 Jun 2012

Tembelang Akan Pecah - PUNCA UMNO TAKUT DEBAT!!!

Debat Terbuka Hanya Beri Ruang Kepada Pembangkang Serang Kerajaan : Syed Ali
Sumber : Bernama dan kepala otakku
KUALA LUMPUR, 19 Jun : Debat secara terbuka antara pemimpin kerajaan dengan pembangkang hanya akan memberi lebih ruang dan peluang kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan secara tidak berhemah, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

DEKODER TV IMPIAN MULA DIJUAL ISNIN INI!!!

Beruntunglah rakyat Selangor, ada saluran TV Alternatif. Tapi untuk permulaan ni, mungkin agak mahal harga dekoder tu. Tapi kalau diikutkan, harga handphone (telefon bimbit) pun mahal-mahal dan boleh je orang beli. Sementelah le lagi di era ramai kalangan kita yang tergila-gila nak pakai smart phone (telefon pintar) yang harganya boleh beli dua dekoder TV Impian ni. Errrrr... Smart phone, telefon je pintar tapi tuannya badigol-samdol, tak guna jugak derrr! Hahaha~
 
KUALA LUMPUR : Rakyat negeri Selangor boleh mendapatkan dekoder TV Impian yang akan mula dijual pada Isnin minggu depan dengan harga RM499. Menurut Penyelaras TV Impian Ir. Izham Hashim, TV Impian tidak mengenakan sebarang caj sampai bila-bila malah para pelanggan hanya membayar untuk harga dekoder sahaja.

Plat WWW 1 : Polis Tidak Perlu Keterlaluan Siasat Nizar

Gambar fail : Sidang media Nizar tentang isu WWW 1

KUALA LUMPUR : Polis tidak sepatunya bersikap keterlaluan dalam siasatannya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung nombor pendaftaran WWW1, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. "Kita tidak ada halangan jika polis hendak menjalankan tugas mereka dengan rasional mengikut peruntukan undang-undang, tidak kisahlah Akta Hasutan atau apa-apa sekalipun. Tetapi janganlah bertindak melampau sehingga merampas telefon dan komputer," kata beliau.

15 Jun 2012

Sultan Johor Murka Nizar Kritik Bida Nombor Plat WWW 1

MURKA Allah swt itu lebih hebat... Errrr, rasa-rasanya MURKAKAH Allah swt pada hamba-hambaNYA yang melakukan pembaziran...? RM520,000 untuk satu nombor plat... SENYUM tak perlu kata apa-apa.
 
Gambar dari web Malaysiakini.com
 
Sultan Johor Murka Terhadap Mohammad Nizar Atas Kritikan Bida Nombor Pendaftaran Kenderaan
NUSAJAYA, 14 Jun : Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.

14 Jun 2012

Gambar Pemimpin Pakatan Rakyat Mengadap Hidangan

Pemimpin yang adil, adalah pemimpin yang merendah diri,
kehidupannya tidak jauh beza dengan rakyat.
Mereka boleh duduk bersama rakyat,
dan makan sebagaimana rakyat biasa menjamah hidangan...


 


ZALIM DAN KEJAM : Pembunuhan Muslim Rohingya

Noor Afifah Jamaludin,
Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
13 Jun 2012

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,
nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.
Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."
[Surah An Nahl (16) : ayat 18]

Surah An-Nahl ayat 18 sebuah pendahuluan bagi menyatakan tentang kebesaran dan maha pemurah Allah swt pada hambanya. Alhamdulillah, segala puji- pujian hanya bagi Allah swt. Sungguh besar nikmat Iman dan Islam yang telah Allah berikan kepada kita. Nikmat yang tidak mungkin kita perolehi walau dengan sejumlah mana wang sekalipun. Nikmat yang pastinya bukan bertujuan untuk disia-siakan dan nikmat ini Allah kurniakan pasti mempunyai matlamatnya yang tersendiri.

13 Jun 2012

ANDA BELUM MENDAPAT ZURIAT? Ada Ubatnya!!!

Oleh : Salmah Mat Husain, 13 Jun 2012

 
KOTA BHARU: Pasangan yang telah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat berpeluang untuk mendapatkan 'ubat' yang dihasilkan oleh perubatan negara Iran yang diakui antara yang terhebat dunia. 

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata golongan berkenaan berpeluang mendapatkannya di samping khidmat nasihat sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam Berasaskan Dinar Dirham. 

Bakal Menantu Najib Razak Terbabit Penipuan AS$20 Juta?

Lepas satu, satu demi satu skandal lain pula muncul... Sekian banyak skandal melibatkan Perdana Menteri Malaysia ini. Kalaulah skandal-skandal ini terjadi kepada Perdana Menteri negara lain, rasanya awal-awal lagi mereka akan meletakkan jawatan demi menjaga maruah parti yang diwakili dan yang lebih utamanya untuk menjaga maruah negara tercinta.
 
Adakah Najib Mahu Pasti Menantu Tidak Bermasalah?Oleh : Ustaz Riduan Mohd Nor, 12 Jun 2012
 
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa dukacita dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan bahawa bakal menantunya Daniyar Nazarbayev terlibat dengan penipuan. Ini ekoran pendedahan dokumen oleh mahkamah Amerika Syarikat mengenai Daniyar yang didakwa menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 juta (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

12 Jun 2012

Tasha Shila, Anzalna, Neelofa dan Encik Crab Zed Zaidi 2 x 5

Sesekali layan dunia artis Malaysia. Lawak la pulak bila kes serang menyerang di kalangan artis dengan menggunakan medium laman sosial facebook dan twitter sebagai alat untuk menyerang... Lebih lawak lagi apabila pihak persatuan siap mahu menubuhkan jawatankuasa disiplin, yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Seniman ni presidennya adalah Zed Zaidi.

Kenapa isu ini menjadi lawak jenaka? Lawak apabila isu ini dicetuskan oleh Neelofa yang kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan. Kejadian itu bertambah panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.
 
Seniman campurtangan, itu kurang lawak. Tapi apabila presiden Seniman iaitu Zed Zaidi yang bersuara dan siap nak tubuhkan jawatankuasa disiplin untuk menghukum artis-artis ini seandainya bersalah, ITU MEMANG LAWAK derrr!!! Kah kah kah kah kah kah kah!!!

Lawak le sebab si Zed Zaidi ni (sebelum menjawat jawatan presiden Seniman) pernah menempelak dan mempertikai kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH)..!!! [KLIK : Aaron Aziz Bintang Paling Popular ABPBH - Zed Zaidi Meroyan]
 
Zed, sebelum nak siasat artis-artis lain, ada baiknya pi siasat diri sendiri dulu. Kalau dah ketua/presiden senget, maka anak buah pun senget-benget le bro..... kui kui kui.
Related Posts with Thumbnails