VVIP DENAI CINTA

12 April 2012

SIHIR DAN PUKAU MELALUI FACEBOOK

Berhati-hati dan beringatlah. Berpada-padalah apabila meletakkan gambar anda di laman sosial. Pendedahan pelbagai gambar anda dikhuatiri dipergunakan oleh pihak yang bernafsu jahat bagi tujuan yang tidak sepatutnya. BEGITU juga dengan permasalahan peribadi mahupun masalah rumahtangga, jangan sesekali bercerita dan berkongsi di laman sosial dengan mereka yang kita tidak tahu sama ada benar-benar ikhlas membantu atau sebaliknya.

Ustaz Rifqi Mydin : "Pengalaman baru malam ni aku peroleh selepas merawat pesakit yang disihir sehingga hampir bercerai. Pesakit telah ke pejabat kadhi untuk memohon bercerai dengan suaminya. Setelah dirawat pesakit tersebut hairan dan tidak menyangka sejauh itu tindakannya."

"ALHAMDULILLAH sudah sembuh dan kembali normal. Tetapi punca pesakit disihir yang menakutkan aku. Seorang lelaki yang mengenalinya dalam laman sosial telah menyihirnya dengan menggunakan gambar profil yang dimuatkan dalam laman sosial tersebut. Pesakit mengadu kepada aku setelah sedar. Bahawa dia sayang suaminya dan tidak mungkin dia boleh meminati lelaki tersebut kerana DAH TUA. - Beringat selalu!!!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails