VVIP DENAI CINTA

17 April 2012

Bidaan Nombor Pendaftaran WWW Dibuka 30 April!!!

PUTRAJAYA, 17 April : Pembidaan nombor kenderaan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" bakal mencatatkan harga paling tertinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. Beliau yakin tempahan bagi nombor istimewa itu akan mendapat sambutan hangat apabila bidaan dibuka kepada orang ramai pada 30 April ini.

Setakat ini harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah "MCA 1" yang dijual dengan harga RM300,100. "Mereka yang berminat boleh buat bidaan. Daripada maklum balas yang diterima "WWW" akan mencapai harga jualan yang paling tinggi." Katanya tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails