VVIP DENAI CINTA

10 April 2012

AC Mizal Dilantik Duta Tahun Melawat Perak 2012

Hamidah Tempelak Pembangkang Pertikai AC Mizal Dilantik Duta Tahun Melawat Perak 2012
IPOH, 9 April : Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri Datuk Hamidah Osman pada Isnin menempelak pembangkang yang mempertikaikan pelantikan pengacara popular Datuk AC Mizal sebagai Duta Tahun Melawat Perak 2012.

Beliau berkata perbuatan pembangkang yang tidak mengiktiraf AC Mizal sebagai anak jati negeri Perak kerana dilahirkan di Muar, Johor walaupun bapa pengacara itu adalah anak jati Perak, hanya memalukan diri sendiri mereka sahaja.

Sekiranya AC Mizal tidak diiktiraf sebagai anak jati negeri ini, maka kedudukan tujuh pemimpin pembangkang di negeri ini juga wajar dipertikaikan, katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12, pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada Isnin.

"Saya ingin bertanya kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis (Nga Kor Ming), adakah gugur takrif anak Perak kerana bapanya merupakan seorang guru di Kelantan ketika beliau dilahirkan di sana. Lebih menarik isu ini dibawa oleh Adun Titi Serong (Khalil Idham Lim Abdullah) yang saya difahamkan juga merupakan anak Kelantan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails