VVIP DENAI CINTA

10 April 2012

Aaron Aziz Bintang Paling Popular ABPBH - Zed Zaidi Meroyan

Aaron Aziz diangkat sebagai BINTANG PALING POPULAR ABPBH 2011. Al-kisahnya, Aaron Aziz adalah penggiat seni kelahiran negara jiran Singapura yang membina dan mencipta nama di Malaysia. Sama seperti sifu M. Nasir yang juga anak kelahiran Temasek tetapi karyanya mewarnai dunia seni muzik dan juga lakonan di Malaysia ini.

Zed Zaidi menyatakan rasa tidak puas hati dalam akaun twitternya berhubung kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular 2011. Kecoh betul la Zed Zaidi ni. Bikin malu je, dah la kau Timbalan Presiden Persatuan SENIMAN Malaysia. Inikah mentaliti seorang Timbalan Presiden?

Apa yang Zed Zaidi ni pelik sangat dengan kemenangan Aaron? Malah kemenangan Aaron adalah hasil undian peminat yang memilihnya. TIADA yang PELIK di MALAYSIA BOLEHLAND ini. Pelakon Singapura boleh memenangi BINTANG PALING POPULAR bahkan Pelakon BOLLYWOOD bisa bergelar DATUK di bumi Malaysia bertuah ini.

Dari mempertikaikan kemenangan Aaron, baik la si Zed Zaidi ni pertikaikan gelaran DATUK kepada Shah Rukh Khan! Ohhhh lupa, Zed Zaidi ni pencacai UMNO, mana mampu otak dia untuk berfikir perkara yang lebih serius. Inilah bahananya apabila artis taksub dengan UMNO. Pemikiran pun sempit semacam...! Puuuiiii~

Dengarnya, krisis Zed Zaidi dan Presiden Seniman iaitu Harun Salim Bachik masih belum selesai (Harun ni pun dah join UMNO bersama Afdlin Shauki). Selesaikanlah dahulu krisis kepimpinan dalam persatuan sebelum sibuk mencari publisiti murahan lain.

2 ulasan:

Usmi Syahida berkata...

kalo marah pon tak perlu lah nk tulis zed tu sebagai pencacai UMNO. kite ni same2 manusia...yg slh kite tego bukan memburukkan lagi.

*bahasa budaya bangsa....
peace no war :)

Rohaifi Azri berkata...

Terima kasih atas tegur. Terserah pada persepsi masing masing :)

Related Posts with Thumbnails