VVIP DENAI CINTA

27 April 2012

BERSIH 3.0 : Kisah Yang WAJIB DIBACA

Situasi 1 : Ada sebuah rumah terbakar. Rumah terbakar tu ada manusia. Tidak pasti agamanya apa, amalannya apa, bangsanya apa.
 
Seorang bukan Islam bergegas cuba menyelamatkan mereka dan memadam api. Dia menjerit-jerit suruh orang ramai datang bersama selamatkan orang. Orang ramai pun datang, dia bagaikan ketua, sambil mengarah dan merisikokan nyawa utk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Mereka Adalah WANITA BESI

Seorang wanita menjunjung sebuah tong gas bagi kegunaan keluarganya di kawasan
Kem Pelarian Darul Balah, Gaza ketika Gaza mengalami krisis bahan api yang memuncak

Para wartawan, jurugambar dan sukarelawan kemanusiaan luar negara yang berpeluang sampai ke Gaza pastinya akan kagum dengan semangat para ibu dan wanita di Palestin. Mereka berkorban seiringan dengan para suami dan anak-anak lelaki yang berjuang untuk mempertahankan bumi yang istimewa ini daripada terus dijajah oleh regim Zionis.

26 April 2012

Zahida Rafik Masih SOLO - Nafi Kahwini Menteri

 
Ahli Parlimen Ampang Sudah Terima Surat Saman Zahida
PETALING JAYA : Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, yang dituduh menerima wang sebanyak RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menghantar surat saman kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Artis Skandal Pak Menteri Diami Rumah RM4juta?

Banglo 3 tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki seorang artis
di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang.
 
Rumah RM4juta Artis Ada Hubungan Dengan Menteri
KUALA LUMPUR : Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini. Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

25 April 2012

Mengapa Perlu Demonstrasi Di DATARAN MERDEKA

Amin Iskandar
BERSIH 2.0 mensasarkan 500,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini. Duduk dan bantah atau "sit in protest" yang dianjurkan oleh gabungan 84 NGO tersebut menuntut agar kerajaan Malaysia menerima lapan tuntutan yang dikemukakan oleh mereka. 

24 April 2012

Anak Ananda Krishnan Seorang Sami Buddha

Akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh merakamkan detik-detik pertemuan
individu kedua terkaya di Malaysia itu bersama anaknya di Bukit Bendera, Isnin.
 
Ananda Krishnan, memiliki harta sebanyak RM29.66 bilion, merupakan individu ke-89 terkaya di dunia. Anaknya Ven Ajahn Siripanyo, merupakan seorang sami Buddha di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Di saat anak-anak Billionaire dan anak-anak Pak Menteri sibuk mengecapi kemewahan dunia, anak Ananda Krishnan sebaliknya memilih untuk menjadi sami.

Ananda Krishnan Luang Masa Bertemu Anaknya
GEORGE TOWN : Jutawan terkemuka, T. Ananda Krishnan meluangkan sedikit masa daripada kesibukan kerja untuk bertemu dengan anaknya, Ven Ajahn Siripanyo, seorang sami Buddha yang berada di Bukit Bendera di sini, Isnin.

23 April 2012

2 Soalan 'MAUT' Bakal Buat Najib 'Kecut Perut'!!!

PERMATANG PAUH : Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dua soalan maut dari wartawan dalam dan luar negara apabila menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia nanti.
 

20 April 2012

Universiti Limkokwing Reka Sejadah Idea Nik Aziz

Naib Presiden Limkokwing, Raja Aznil Raja Syam, menyerahkan sejadah
yang dihadiahkan oleh pihak Universiti Limkokwing. Sejadah ini
dihasilkan berikutan idea Tuan Guru sendiri.

KOTA BHARU, 27 Jamadil [19 April] : Universiti Limkokwing menyerahkan 1,000 keping sejadah kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk dihadiahkan kepada beberapa buah surau dan masjid. Reka bentuk sejadah dihasilkan berikutan idea yang diberikan oleh Tuan Guru sewaktu melawat universiti itu tidak lama dahulu.

17 April 2012

Bidaan Nombor Pendaftaran WWW Dibuka 30 April!!!

PUTRAJAYA, 17 April : Pembidaan nombor kenderaan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" bakal mencatatkan harga paling tertinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. Beliau yakin tempahan bagi nombor istimewa itu akan mendapat sambutan hangat apabila bidaan dibuka kepada orang ramai pada 30 April ini.

Setakat ini harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah "MCA 1" yang dijual dengan harga RM300,100. "Mereka yang berminat boleh buat bidaan. Daripada maklum balas yang diterima "WWW" akan mencapai harga jualan yang paling tinggi." Katanya tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei. - BERNAMA

Apa Salahnya PENDIDIKAN PERCUMA Untuk Rakyat

SALAM PERJUANGAN. Isu MANSUH PTPTN (dan mahasiswa kini ada yang berkhemah di Dataran Merdeka memperjuangkannya). Perlu ada PENCERAHAN dan PEMAHAMAN mengapa mereka mendesak agar PTPTN DIMANSUHKAN.

Percuma untuk siapa?

M4NU514 4LL4H J4D1K4N 53841K-841K C1P744N!!!

54N741... :
P354N4N 1N1 UN7UK M3M8UK71K4N 84641M4N4 O74K K174 8OL3H M3L4KUK4N P3RK4R4 H3847. P3RK4R4 M3N4KJU8K4N. P4D4 4W4LNY4 MUN6K1N 464K SUK4R, 74P1 K1N1 O74K 4ND4 5UD4H 8OL3H M3M84C4NY4 53C4R4 4U7OM471K. 74HN14H!!! H4NY4 OR4N6 73R73N7U S4H4J4 Y4N6 8OL3H M3M84C4 73K5 1N1. 5H4R3 53K1R4NY4 4ND4 8OL3H M3M84C4 73K5 1N1... :)

16 April 2012

4 Remaja Direman ROGOL GADIS BERGILIR-GILIR

Budak-budak sekarang dah makin BANGSAT. Rakyat bangsat (kerana jauh dari agama) AKAN 'melahirkan' pemimpin bangsat, maka negara pun jadi bangsat! Hanya ISLAM yang dapat menyelamatkan kita dari terus berada dalam lembah kebangsatan....! Orang kita bila dengar je ayat sebegini (BANGSAT) memang marah, kononnya tak beradab dan kononnya 'Bahasa melambangkan Bangsa'. BAHASA jugak yang dipentingkan, sedangkan AQIDAH dan MARUAH hancur lunyai...!!! Permasalahan SO SIAL tiada kesudahannya, jenayah menjadi-jadi, inilah bahananya apabila ISLAM sekadar kosmetik dalam pentadbiran hal-ehwal negara. UBAH SEBELUM NAZAK!!!

BALING : Ketika golongan seusia mereka sibuk mengejar cita-cita untuk masa depan, lain pula berlaku terhadap empat remaja berusia antara 13 sehingga 18 tahun, di sini yang direman tujuh hari setelah dipercayai merogol seorang gadis 15 tahun di Pasar Awam Kuala Ketil kira-kira 2.30 pagi, pada 11 April lalu.

15 April 2012

ROYALTI Bebaskan Bebanan PTPTN Graduan

KOTA BHARU, 4 Mac : Graduan lepasan universiti di Kelantan yang kini dibebani pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh menarik nafas lega apabila bebanan mereka bakal dilangsaikan hasil royalti minyak.

13 April 2012

USTAZ AZHAR IDRUS Akan Muncul Di ASTRO OASIS!!!

13 APRIL 2012 : Nampaknya penantian untuk menyaksikan Ustaz Azhar Idrus muncul di kaca televisyen bakal terlaksana. Sebelum ini ada ura-ura kononnya TV9 ingin menyunting Ustaz Azhar Idrus, namun usaha itu tersekat (faham-faham je la Media Prima tu dimiliki oleh siapa).

Sham Kamikaze : Dari Gitar Rock Ke Gitar Dakwah

Wajah TERKINI Sham Kamikaze

RAWANG, 13 April : Sham Kamikaze atau nama sebenarnya Shamrel Mohamed Salleh satu nama besar dalam industri hiburan tanah air. Namanya memuncak bersama Mawi melalui Akademi Fantasia apabila beliau menjadi salah seorang guru dalam rancangan itu. Namun, itu dulu. Kini Sham sudah meninggalkan dunia glamour itu dan memperuntukkan sepenuhnya kehidupan beliau untuk dirinya sendiri dan Islam.

Dosa Yang Lebih DAHSYAT Daripada Dosa BERZINA!


Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencengkam. Tudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan raut wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah merobek hidupnya.

Malaysia Negara Selamat - Dua Warga Emas Hanya Disamun, Belasah

Kamariah menunjukkan kesan lebam akibat dipukul penjenayah dengan menggunakan kayu.
Gambar KANAN : Nasaruddin menunjukkan besi tingkap rumahnya yang dipotong sang penjenayah!


DUA WARGA EMAS KENA SAMUN, BELASAH
JENGKA 20 : Dua rumah di Felda Jengka 20 disamun sekumpulan perompak bersenjatakan parang hingga menyebabkan lima mangsa dari dua keluarga itu mengalami kecederaan. Mangsa, Kamariah Awang, 55, berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur bersama anak manakala suaminya, Abdul Razak Hassan, 65, tidur di bilik berasingan.

Anak Muda - Ayuh Kita DUDUK BANTAH 28 April!!!

Ayuh anak muda Malaysia. Kami bukan mengajak anda untuk mengangkat senjata. Kami menjemput anda untuk sama-sama turun berhimpun secara aman. Usah gentar dengan 'ancaman' dan ugutan. Usah terpedaya dengan momokan media arus perdana yang memburukkan himpunan aman ini. Kita hanya menuntut satu PILIHANRAYA yang BERSIH agar pemimpin yang dipilih bagi menerajui negara tercinta ini benar-benar BERSIH...!!! Bangkitlah anak muda. Demi masa hadapan kita, demi masa hadapan anak-cucucicit kita...!!! 28 April 2012, kita DUDUK BANTAH di Dataran Merdeka...!!!!!

'DUDUK BANTAH' Untuk Masa Depan Anak Muda
KUALA LUMPUR, 12 April : Golongan muda harus mengambil bahagian dalam 'Duduk Bantah' pada 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih jika cintakan negara ini. Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk A. Samad Said berkata, apa yang dilakukan gabungan ini adalah untuk masa depan golongan muda.

AWAL Kelahiran AKHIR Kematian

Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat.
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu. Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan. Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira. Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.

Kucing Rasulullah SAW

Tahukah Anda bahawa Nabi Muhammad SAW memiliki kucing peliharaan. Kucing Nabi Muhammad bernama Mueeza. Setiap kali Nabi SAW menerima tamu di rumah, baginda selalu menggendong Mueeza dan diletakkan di atas pahanya.

12 April 2012

Rosmah Dirogol Depan Najib, Anak

Maaf, tajuk kat atas tu agak kontroversi? Sekali lagi, MAAF andai ada yang terasa. Sama-sama renungkan, apakah setelah Rosmah (bukan nama sebenar) dirogol di hadapan suaminya Najib (juga bukan nama sebenar) maka barulah terhegeh-hegeh ingin melaksanakan hukum ALLAH SWT (hudud)??? Sudah sampai masanya ditubuhkan Badan Pelaksana untuk merangka agar hukum Yang Maha Suci ini terlaksana di bumi Malaysia ini. Laksana Hudud, inshaALLAH akan SIFAR JENAYAH!!!

Dirogol Depan Adik, Sepupu

PETALING JAYA : Enggan hanya berpuas hati dengan hasil samun, seorang lelaki yang memecah masuk ke dalam sebuah apartmen dihuni lima gadis bertindak merogol salah seorang daripada mangsa. Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan suspek dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin di sebuah apartmen di Damansara Damai.

SIHIR DAN PUKAU MELALUI FACEBOOK

Berhati-hati dan beringatlah. Berpada-padalah apabila meletakkan gambar anda di laman sosial. Pendedahan pelbagai gambar anda dikhuatiri dipergunakan oleh pihak yang bernafsu jahat bagi tujuan yang tidak sepatutnya. BEGITU juga dengan permasalahan peribadi mahupun masalah rumahtangga, jangan sesekali bercerita dan berkongsi di laman sosial dengan mereka yang kita tidak tahu sama ada benar-benar ikhlas membantu atau sebaliknya.

11 April 2012

Tuanku Abdul Halim Selamat Ditabal Yang Dipertuan Agong Ke-14


[SEJARAH] Kedua-dua negeri Yang Di-Pertuan Agong
dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong ditadbir oleh
MENTERI BESAR dari PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)



Dengan Lafaz Ikrar, Tuanku Abdul Halim Selamat Ditabal Yang Dipertuan Agong Ke-14
KUALA LUMPUR, 11 April : Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara, di sini, Rabu.

Doa Agar Diberi Keringanan Untuk Melunaskan HUTANG

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesusahan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau dari kikir dan sifat pengecut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang serta penindasan orang lain." [ Hadith Riwayat At-Tirmidzi dan HR Bukhari]

Adegan Bogel Emile Hirsch - TV3 Mohon MAAF

Kristen Stewart and Emile Hirsch merupakan pelakon utama filem 'Into the Wild'

PETALING JAYA : Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu.

Altantuya Tunjuk Gambar Najib Sebelum Mati, Dakwa Ayahnya

KUALA LUMPUR, 10 April : Bapa kepada Altantuya Shariibuu, gadis Monggolia yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia, Setev Shariibuu memberitahu, anaknya menunjukkan sekeping gambar sebelum pergi ke Kuala Lumpur menjelang pembunuhannya. Di dalam gambar itu terdapat tiga orang iaitu Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan anak beliau, Altantuya.

10 April 2012

Kesederhanaan 2 Pemimpin

Pernahkah anda melihat kesederhanaan seorang Sultan dan Raja sebuah negeri di Malaysia? Yang berkopiah dan sekadar berbaju melayu serta berkain pelikat itu adalah Sultan Muhammad V, Sultan negeri Kelantan Darul Naim.

Di sebelahnya yang berjubah putih dan berkopiah adalah MENTERI BESAR negerinya. Satu kombinasi yang mantap! Inilah Pemimpin dan Sultan dambaan rakyat jelata. Bertuahnya rakyat negeri Kelantan darul Naim yang memiliki pemimpin dan raja yang hatinya bertaut dengan ISLAM. Takbir!!!! ALLAHU AKBAR!!!!!

Aaron Aziz Bintang Paling Popular ABPBH - Zed Zaidi Meroyan

Aaron Aziz diangkat sebagai BINTANG PALING POPULAR ABPBH 2011. Al-kisahnya, Aaron Aziz adalah penggiat seni kelahiran negara jiran Singapura yang membina dan mencipta nama di Malaysia. Sama seperti sifu M. Nasir yang juga anak kelahiran Temasek tetapi karyanya mewarnai dunia seni muzik dan juga lakonan di Malaysia ini.

APABILA ARTIS DAN SASTERAWAN SERTAI PAS



KUALA LUMPUR, 9 April : Jika anda ingin melihat kejatuhan sesebuah kerajaan, tunggulah apabila golongan sasterawan dan artis juga menyertai usaha menjatuhkannya.

Kini, semua ramuannya sudah mencukupi. Golongan sasterawan dan artis berbondong-bondong menyertai gerakan untuk mengubah wajah negara ini.

Pihak sasterawan diketuai oleh Sasterawan Negara, Tan Sri Samad Ismail turun ke gelanggang. Ia sudah setahun berlalu. Kini, golongan artis pula yang berbondong-bondong menyertai PAS. Terbaru, penyanyi suara emas, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin menyertai PAS. Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar pula.

AC Mizal Dilantik Duta Tahun Melawat Perak 2012

Hamidah Tempelak Pembangkang Pertikai AC Mizal Dilantik Duta Tahun Melawat Perak 2012
IPOH, 9 April : Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri Datuk Hamidah Osman pada Isnin menempelak pembangkang yang mempertikaikan pelantikan pengacara popular Datuk AC Mizal sebagai Duta Tahun Melawat Perak 2012.

09 April 2012

SULTAN KELANTAN HORMATI TOK GURU SEDANGKAN UMNO BN BIADAB?


RENUNGKANLAH
Situasi sebegini amat jarang kita lihat. Pernahkah anda melihat sebelum ini, seorang Sultan memberi laluan kepada seorang ulama? Gambar ini memaparkan kepada kita hormatnya seorang Sultan terhadap seorang ulama sedangkan batang tubuh tua ini sering sahaja menjadi mangsa hinaan serta cercaan pemimpin dan pengikut UMNO-BN!!!

Kelantan Darul Naim aman di bawah pimpinan seorang ulama dan negeri penuh nikmat ini dianugerahkanNYA pula seorang Sultan yang dekat jiwanya dengan agama. Syukur Ya Allah.


07 April 2012

Najib Pangku Jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Alahaiii UMNO-BN, takkanlah dah ketandusan pemimpin dari kalangan wanita untuk menerajui atau memangku jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Patutnya lantik Rosmah Mansur sebagai Senator seterusnya mengambil alih jawatan ini dari Shahrizat! :)

TEMERLOH, 7 April :
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas berakhirnya tempoh perkhidmatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai senator yang menjawat jawatan berkenaan, Ahad.

Elakkan KERAS HATI


"Tapak kaki kita kalau dah keras,
pijak paku dan duri pun tidak terasa apa
sebab tumitnya sudah keras.
Tetapi kalau tapak kaki yang lembut,
terpijak duri sikit sahaja sudah berdarah."

"Demikianlah juga hati,
kalau ia dah keras tak terasa
lagi bersalah kalau buat dosa."

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat


Mari beristighfar
"Astaghfirullahal'azim"

Pathmanabhan Hapuskan Datuk Sosilawati Kerana Tak Cukup Duit!!!

Peguam Hapuskan Sosilawati, Tiga Lagi Kerana Tidak Cukup Duit
SHAH ALAM, 6 April : Mahkamah Tinggi di sini diberitahu motif bekas peguam N Pathmanabhan menghapuskan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi adalah kerana tertuduh tidak memiliki wang yang mencukupi bagi menjelaskan cek bernilai RM3 juta untuk dibayar kepada jutawan kosmetik itu, bertarikh 9 Sept 2010.

06 April 2012

Kos Pelatih PLKN Lebih Besar Dari Pinjaman PTPTN

Apa impak dari perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara? Perpaduan kaum? Jika perpaduan isunya, ia boleh ditangani bukan hanya dengan mewujudkan program yang menelan kos yang besar sebegini. Apakah terbendung permasalahan sosial, gejala mat rempit (samseng jalanan) dengan terlaksananya PLKN? Kes-kes sosial lain juga tidak berkurangan bahkan 'lebih kurang' je sebelum dan selepas PLKN ini diperkenalkan.

MANSUHKANLAH program ini yang hanya menjadi 'LUBUK' dan tempat para kroni untuk mendapatkan wang hasil tender pembekalan makanan, pakaian mahupun sewaan tapak program ini dijalankan. Wahai pemimpin, GUNAKANLAH wang rakyat sebaiknya. Dahulukanlah pada tempat yang sewajarnya dan HENTIKAN segera pembaziran!!!

Kos Pelatih PLKN Lebih Besar Dari Pinjaman PTPTN
SEREMBAN, 6 April :
Kerajaan lebih besar membelanjakan wang rakyat untuk menampung kos melatih pelajar di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berbanding dengan kos memberikan pinjaman melalui PTPTN. Ini kerana kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6,931 bagi seorang pelatih untuk menamatkan kursus yang mengambil masa 3 bulan di PLKN.

Malaysia - Negara Ke-51 Paling Gembira Di Dunia

Bahagia dapat menyonglap wang rakyat dan rakyatnya masih terus menyokong mereka, maka BAHAGIAlah Pak-pak Menteri kita ini. Pilihanraya ke-13 ini, berubahlah wahai rakyat Malaysia. Nak bagi Menteri dan anak bini bahagia atau kita (rakyat) yang bahagia???

Malaysia - Negara Ke-51 Paling Gembira Di Dunia
NEW YORK, 6 April : Malaysia diiktiraf sebagai negara ke-51 paling gembira di dunia berdasarkan kaji selidik terbaru oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Status Malaysia yang mana penduduknya hidup paling bahagia dan gembira di dunia terkandung dalam 'Laporan Kebahagiaan Sedunia' yang dikeluarkan di ibu pejabat PBB di New York baru-baru ini.

Sosilawati Jumpa Pathmanabhan Berkaitan Hal Tanah

Sosilawati Dan Tiga Lagi Jumpa Pathmanabhan Di Banting Berkaitan Hal Tanah
SHAH ALAM, 5 April : Mahkamah Tinggi di sini Khamis dimaklumkan bahawa Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi telah ke Banting pada 30 Ogos 2010, hari mereka dilaporkan hilang, untuk bertemu peguam N Pathmanabhan kerana jutawan kosmetik itu ingin mempercepatkan sekeping cek tertunda bernilai RM3 juta selain berunding tentang hal tanah.

05 April 2012

Adik Nur Farrahin - Semoga Tenang Di SisiNYA


Allahu Akbar!!! Hampir hilang kata-kata pabila melihatkan apa yang berlaku ini. Sebelum ini hanya sering mendengar kuliah dari Ustaz Azhar Idrus yang selalu mengingatkan agar pengguna laman sosial terutamanya Facebook agar tidak meletakkan gambar membuka aurat kerana ia merupakan suatu dosa yang besar apatah lagi seandainya kita meninggal dunia tanpa sempat memadamkan semua gambar yang diupload.

Gambar dan artikel ini bukan untuk menghina arwah, adik ini telah pergi menemuiNYA pada 28 Mac 2012 yang lalu (kematian akibat kemalangan). Sahabat-sahabatnya kini sedang berusaha untuk block akaun Facebooknya (khabarnya ibu arwah bermimpi arwah tidak tenang di sana).

Tujuan entri ini saya keluarkan agar ia menjadi iktibar kita bersama. Terutamanya kaum wanita, usahlah terlalu obses untuk mengupload gambar-gambar terutamanya gambar yang membuka aurat ataupun gambar kalian dalam keadaan sekadar 'membalut aurat'. Kesannya amat berat andainya kita tidak sempat memadamkannya sebelum pergi mengadap ILAHI.

Adik Nur Farrahin, semoga pemergianmu merupakan suatu iktibar buat kami yang juga lemah dan sering lalai dalam menuruti perintahNYA. Semoga dirimu tenang dan ditempatkan ALLAH SWT di kalangan hambaNYA yang beriman dan beramal soleh. AL-FATIHAH.

GUGUR JANIN - Perbuatan Kejam. Pembunuhan!

Gambar Hiasan

IPOH : Wanita atau doktor yang melakukan proses pengguguran janin adalah golongan dilaknat Allah SWT kerana jelas ia perbuatan kejam dan boleh dianggap satu pembunuhan. Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berkata, proses menggugurkan janin haram dan ia jenayah pembunuhan yang jelas ditegah Islam.

'CINA BUTA' - TIDAK SAH DAN DIKUTUK

'Rujuk' perkahwinan guna kaedah ‘cina buta’ tak sah, dikutuk
PERMASALAHAN : Isteri saya seorang yang degil, tetapi mudah percaya cakap orang dan mudah dipengaruhi. Kami pernah bergaduh besar semata-mata kerana cerita dan hasutan kawannya. Katanya, kawannya menceritakan kepadanya mengenai skandal saya dengan gadis yang juga kenalannya.

Pasangan Terdesak Guna Khidmat 'Cina Buta'

KAMI TERDESAK KHIDMAT PAK SANGGUP
JOHOR BAHRU : "Saya akui terlalu mengikut perasaan sehingga terlepas melaf
azkan talak tiga kepada isteri ketika kami bertengkar, Disember lalu. Akibat keterlanjuran itu, kami tiada pilihan selain mendapatkan khidmat cina buta untuk kembali hidup bersama," kata Azri, 38, dari Skudai di sini, semalam.

04 April 2012

Tiada Keterangan Langsung Sosilawati & 3 Yang Lain Dibunuh - Peguam

SHAH ALAM, 4 April : Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di sini Rabu dimaklumkan bahawa tiada keterangan langsung bahawa mangsa-mangsa itu dibunuh oleh keempat-empat tertuduh termasuk bekas peguam N Pathmanabhan.

ULAR HITAM MENUNGGU MAYAT

[Kisah Benar]
SUATU cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah. Kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah-majalah tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa'raya, Makkah.

03 April 2012

PENARI TIANG Separuh Bogel : Raja & Sultan Melayu - BERTINDAKLAH

SEREMBAN : Tiga wanita beragama Islam, Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai. KLIK Gadis Seksi Penari Tiang Didenda RM25 untuk ke artikel berkaitan.

Apa sudah jadi dengan anak-anak melayu ISLAM ini. Permasalahan sosial yang tiada kesudahan. Apa yang dilakukan oleh pemimpin melayu Islam untuk membendung gejala mungkar sebegini? Berbaloikah menggadaikan nasib dan maruah anak bangsa seagama demi memastikan Mooolaysia menjadi HUB HIBURAN ANTARABANGSA?????!!!!!

Raja-Raja Melayu - BERTINDAKLAH!

Jika di Genting Highlands ada amaran oleh KDYMM Al-Sultan Pahang yang menitahkan larangan umat Islam Malaysia memasuki premis KASINO Genting, jadi tidak salah rasanya perintah dan titah turut dikeluarkan oleh Sultan, Raja-Raja Melayu dan Yang DiPertuan Negeri agar MELARANG umat Islam bekerja dan memasuki premis-premis hiburan dan kelab malam di Malaysia.


SELAKU PEMEGANG PORTFOLIO TERTINGGI DALAM AGAMA ISLAM DI MALAYSIA, INILAH MASANYA TITAH KDYMM AL-SULTAN AMAT KAMI HARAPKAN DALAM MENJAGA AQIDAH SERTA MARUAH UMAT ISLAM DI NEGARA TERCINTA INI. TAKBIR!!!!!

Faiqah Azizan, 24 tahun

02 April 2012

PEMUDA LUMPUH ROGOL PELAJAR 3 KALI

Biar betul...! HEBAT tak bertempat. Power Rangers ke ape hahaha~.... Apa-apapun, tentu ada kisah di sebalik terjadinya kes sebegini. Bukan nak menyebelahi lelaki durjana sebegini, tetapi perilaku serta perangai anak gadis dalam zaman sekarang ni pun memang boleh tahan tahap kecimpanzeeannya. Orang-orang tua kata, "bertepuk sebelah tangan pasti takkan berbunyi."

Minta dijauhkan anak-cucu keturunan kita dari berperilaku buruk dan terlalu bebas pergaulannya hingga membelakangkan tuntutan serta larangan agama. - Wallahu a'lam

KUALA TERENGGANU, 2 April : Seorang pemuda yang lumpuh dari pinggang ke kaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh merogol seorang pelajar berusia 15 tahun sebanyak tiga kali pada November tahun lepas.

PAS Gagal Tadbir Kelantan - Ketua Puteri UMNO

Cabul sungguh mulut sang ketua puteri UMNO ni. Akibat dendam politik yang tak berkesudahan hinggakan bercakap pun dah tak mahu menggunakan akal kurniaan Allah swt. Atas dasar apa beliau mengatakan Kelantan gagal ditadbir PAS? Sahutlah cabaran debat oleh Dewan Muslimat PAS Pusat andai benar dakwaan yang dibuat bahawa PAS gagal mentadbir negeri Kelantan. Dedahkanlah dalam debat sebab rakyat pun nak tahu kegagalan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS berbanding kejayaan negeri lain yang diterajui UMNO-BN.

Gagal Tadbir Kelantan - Muslimat Ajak Rosnah Debat
KUALA LUMPUR, 1 April : Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengajak Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berdebat berhubung dakwaan Rosnah bahawa PAS gagal mentadbir negeri Kelantan.

Demi Survival Politik - Ulama Difitnah dan Dihina!


KEHABISAN MODAL. Akhirnnya mengambil jalan memperlekeh dan menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Orang yang membuat FITNAH ni memang bajingan yang bahalol dan tolol....!!! Ptuiiihhhhhhh

Kecewa Dengan Kerja? - BERIKANLAH YANG TERBAIK

Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri tatkala menghadapi kekecewaan di tempat kerja :
  • Mengapa anda tengah melakukan kerja bodoh ini?
  • Terasa diri anda tersepit?
Jika anda merasa kecewa dan tidak gembira... Anda sebenarnya bukan mencari penyelesaian, tapi mencari lebih banyak masalah. Penyelesaian mudahnya ialah SENYUM dan BERIKANLAH SEGALANYA YANG ANDA MAMPU.

01 April 2012

STOP LYNAS - Usah Diperjudikan Nasib Generasi Pewaris

WARISKAN Malaysia yang 'selamat' untuk anak-anak kita dan generasi akan datang. HIJAUKAN bumi bertuah ini, hentikan projek berisiko tinggi seperti Lynas!!! Yang bakal mengaut keuntungan adalah syarikat dari Australia, kita hanya akan mewarisi sisa tercemar yang kelak bisa menjahanamkan masa depan anak-cucu pewaris bangsa.....!!!

Save Malaysia STOP LYNAS!!!

Clothes Folder - Melipat Kain Lebih Mudah Dan Kemas!!!

Heeeee~ Memang bersepah almariku...

Lipat kain...?
Uhhhhh.... Satu pekerjaan yang amat leceh dan memang malas la nak buat. Memangla masa kecik-kecik dulu pernah je tolong nenek lipat-lipat kain. Tapi masa tu hanya suka lipat kain yang agak senang dilipat je la macam kain pelikat, kain tuala, kain batik atau kain selimut coz senang lipat kain cenggitu, 'cari bucu bertemu bucu' kain tu je.

Related Posts with Thumbnails