VVIP DENAI CINTA

30 Mac 2012

MooLAYSIA BOLEH!!! - 3 Rakyat Malaysia Ditahan Tanam Pokok Ganja Di Melbourne

Hebat tak kena tempat diorang ni. Bercucuk tanam itu suatu ibadah, tapi kalau dah tanam ganja, apekejadah!!! Memalukan bangsa dan negara je malaun camni. Kalau betul bersalah, harap pihak berkuasa Australia jatuhkan hukuman berenang dari Australia ke Malaysia kepada pesalah-pesalah ni. Biar kunyah dek jerung!!!

Oleh Naville D'Cruz

MELBOURNE, 29 Mac : Tiga rakyat Malaysia antara enam yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam beberapa serbuan polis di Melbourne Selasa lalu dan merampas ganja bernilai A$3.7 juta. Lebih 1,500 pokok ganja turut dirampas dalam serbuan serentak di beberapa buah rumah di pinggir bandar Dandenong, Springvale, Carrum Downs, Clarinda dan Mulgrave.

Menurut satu kenyataan polis, rakyat Malaysia berkenaan berumur 42, 38, dan 26 tahun yang kini ditahan pihak imigresen. Polis telah mendakwa lelaki berumur 26 dan 42 tahun itu, kedua-duanya dari Keysborough, atas tuduhan menanam dan mengedar ganja untuk tujuan komersial.

Lelaki berumur 38 tahun dari Springvale itu turut didakwa atas tuduhan yang sama. Salah seorang daripada mereka telah menghubungi Konsul Jeneral Malaysia di sini, Dr Mohd Rameez Yahaya sebaik ditahan bagi meminta bantuan.

Turut didakwa ialah seorang lelaki berumur 72 tahun dari Noble Park atas tuduhan yang sama beserta 10 kes mencuri. Dua wanita berumur 42 dan 40 tahun turut didakwa. Sejumlah bahan dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menanam pokok ganja turut dirampas. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails