VVIP DENAI CINTA

23 Mac 2012

ANAK DICULIK - Tak Boleh Sebarkan Di MEDIA?


Woiii BODO! Dah anak hilang, takkan la salah nak bagitau media? Nate bodo sungguh!!! Ce korang bace pe yang mamat ni komen...
"Kami tidak faham kenapa ibubapanya menghebohkan kejadian ini kepada media kerana ia berlaku akibat masalah keluarga." - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T Narenasagaran.
Masalahnya, anak gadis bahalol tu 'berlakon' diculik untuk lari ke rumah kekasihnya. Kekasihnya itu adalah anggota Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police). Mengapa tiada tindakan tatatertib terhadap anggota kau....? Kalau ye pun budak tu sukarela lari, sebagai anggota keselamatan yang bertanggungjawab, kau walaupun kononnya sebagai kekasih xsepatutnya sembunyikan budak BAWAH UMUR!!! - Satu MALAYSIA panik dengan lakonan budak ni dengan 'bantuan' seorang anggota polis...!!!
Patut ada tindakan tegas terhadap polis ini. Baru 6 bulan berkhidmat dah tunjuk belang?

Ketua BODOH, patutlah yang bawahan pun BAHALOL! Lain kali, nak bagi kenyataan media tentang sesuatu kes, try gunakan otak. Mentang-mentanglah ibubapa budak pompuan tu orang kebanyakan, sesedap rase je kaukutuk. Kalaulah ibubapa budak ni orang berada/berkedudukan, rasenye tak berani kau nak kutuk malah kau akan dengan selambakodoks mengenakan tindakan tatatertib mahupun buang kerja kepada anggota kau yang menolong menyorok budak bingai ini.

Undang-undang dan penguatkuasa di Malaysia ini memang bingai, memilih bulu dan bertindak lebih baik andai mangsanya adalah golongan VIP. Dalam kes sebegini, kalaulah yang hilang dan bersandiwara diculik ini adalah anak PM Najib Razak, agak-agak korang, berani tak polis bingai ni keluarkan kenyataaan sebagaimana di atas......? puiii~

REMAJA HANYA MAIN SANDIWARA

KUANTAN [Harian Metro] 22 Mac 2012 : "Tindakan remaja perempuan itu bergelut dan diseret masuk ke dalam kereta hanya sandiwara bagi mengaburi dua adiknya yang ketika itu berada bersamanya di tempat kejadian," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T Narenasagaran berhubung kejadian Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, kononnya diculik ketika pulang membeli kad prabayar di kedai, 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, Ahad lalu.

Siasatan polis mendapati tertekan kerana menganggap dikongkong keluarga, menyebabkan Nur Fatihah melarikan diri bersembunyi di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan, yang juga seorang anggota polis bertugas di Kedah.

Polis berjaya merungkai drama penculikan lakonan remaja itu oleh dua rakan lelaki dan seorang wanita dipercayai ibu saudaranya apabila Nur Fatihah dikesan berada di rumah lelaki berusia 26 tahun yang baru enam bulan berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu. Nur Fatihah ditemui selamat di rumah teman lelakinya yang dipercayai dikenali sejak lebih setahun lalu dan kini bercuti, kira-kira jam 8 malam kelmarin, sebelum dibawa pulang ke bandar ini.

Narenasagaran menegaskan kejadian itu bukan kes culik seperti didakwa keluarga remaja berkenaan, sebaliknya anak sulung daripada tiga beradik terbabit keluar rumah secara sukarela untuk bersama teman lelakinya.

Katanya, ketika kejadian, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, menghubungi dua rakan dikenali sebagai Zaidi dan Hafiz serta ibu saudaranya meminta tolong menjemput sebelum menghantarnya ke rumah teman lelaki. "Malah maklumat diperoleh daripada rakan karibnya dikenali sebagai Aimi, Nur Fatihah beberapa kali menyatakan niat lari dari rumah," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Narenasagaran berkata, hasil siasatan, remaja itu menjelaskan dia tidak mahu pulang kepada keluarganya dan kini ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah (RKKTAF), Alor Akar di sini, di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Polis percaya tindakannya melarikan diri disebabkan tertekan akibat rasa terkongkong hidup bersama keluarga. Sejak tingkatan satu dia tinggal di asrama Sekolah Menengah Agama Kota Gelanggi 3, Jerantut, sebelum berpindah ke SMK Pandan, awal tahun ini. Ketika di asrama mungkin dia rasa bebas dan berasa janggal apabila kebebasannya itu hilang kerana tinggal bersama keluarga. Teguran ibu bapa yang mungkin tidak dapat diterimanya menyebabkan dia memilih mencari ketenangan dengan menemui teman lelakinya," katanya.

Menurutnya, polis merekodkan keterangan teman lelakinya namun menolak kemungkinan menahan anggota polis itu berikutan kejadian berlaku secara sukarela dan tidak membabitkan unsur paksaan. Polis juga mengenalpasti dua lelaki dan wanita dipercayai ibu saudaranya untuk diambil keterangan. "Kami tidak faham kenapa ibu bapanya menghebohkan kejadian ini kepada media kerana ia berlaku akibat masalah keluarga," katanya.

Sementara itu, ibu gadis terbabit, Nor Mala Mohd Lazin, 33, berkata, dia terkejut dengan apa yang berlaku tetapi menafikan mengongkong Nur Fatihah. "Saya juga tidak tahu yang dia ada teman lelaki dan tidak faham mengapa dikata mengongkong Nur Fatihah sedangkan kebebasan diberi jika wajar. Sesekali memarahinya memang ada, anda sendiri tahu bagaimana marah ibu kepada anak, begitulah juga apa yang saya lakukan sebagai tanda sayang," katanya.

Menurutnya, keputusan memindahkan anak sulungnya itu ke SMK Pandan atas kerelaannya sendiri selepas tidak lagi mendapat tempat di asrama sekolah berkenaan. "Saya bingung dan tidak tahu hendak cakap apa lagi," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails