VVIP DENAI CINTA

31 Mac 2012

Saya Sayang Roti Canai

Para LELAKI yang '100% SEJATI'. Pastinya hari-harimu lebih indah andai setiap pagi dapat menikmati roti canai yang ditebar oleh awek ini.... Hahahahaha~ Gambar ni cilok dari facebook. Lokasi dan tempat penebaran roti canai ini dilakukan terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan..... hihihi~

Bagaimana Bisikan Syaitan Mengganggu Kita

Renungan pagi bersama al-fadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man

Situasi A
  • Hari ini janji nak membersih rumah, tapi minda memberitahu rumah tak kotor sebenarnya.
  • Janji nak ke perpustakaan lepas Zohor, tapi minda memberitahu tak perlu, boleh buat di rumah aje.
  • Janji nak berpuasa sunat besok, tapi bangun terlewat, minda memberitahu batalkan saja kerana ia bukan wajib.
  • Janji nak siapkan assignment/tulisan/kerja penting, minda mengklik di laman Facebook, kejap-kejap balik ke Facebook melihat ada tak org respon apa yang kita taip.
  • Ada azam nak berniaga, tapi sebelum mula, minda mula menakutkan hasrat itu dgn persoalan - 'apa kata kalau tak de bisnes?' - 'kalau tak dpt bayar pinjaman macam mana?' - 'kalau keluarga tiba-tiba perlukan duit?'
  • Janji nak sembahyang subuh di masjid, minda berkata nampak nak hujan dan pelbagai jenis alasan lain utk sembahyang di rumah.
  • Janji nak bersenam, rasanya ini tak perlu hurai...

Temui Kartunis Anti Lynas Di Kuantan HARI INI!!!

WARGA KUANTAN datang beramai-ramai untuk memberi sokongan dalam menjayakan Program amal "Kartunis Anti Lynas" bersama Zunar, Jonos, Johhny Ong, Azmie Taha, Abdullah Jones, Azman Md Noh dan ramai lagi di Kuantan pada 31 Mac 2012. Program seperti pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, demonstrasi melukis kartun, karikatur wajah percuma untuk orang ramai.

LOKASI :
BALOK - Dewan Balok Putra, Balok (belakang Petronas) (jam 3.00ptg - 5.00 ptg)
PANTAI TELUK CEMPEDAK - 8.00 mlm

30 Mac 2012

MooLAYSIA BOLEH!!! - 3 Rakyat Malaysia Ditahan Tanam Pokok Ganja Di Melbourne

Hebat tak kena tempat diorang ni. Bercucuk tanam itu suatu ibadah, tapi kalau dah tanam ganja, apekejadah!!! Memalukan bangsa dan negara je malaun camni. Kalau betul bersalah, harap pihak berkuasa Australia jatuhkan hukuman berenang dari Australia ke Malaysia kepada pesalah-pesalah ni. Biar kunyah dek jerung!!!

Oleh Naville D'Cruz

MELBOURNE, 29 Mac : Tiga rakyat Malaysia antara enam yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam beberapa serbuan polis di Melbourne Selasa lalu dan merampas ganja bernilai A$3.7 juta. Lebih 1,500 pokok ganja turut dirampas dalam serbuan serentak di beberapa buah rumah di pinggir bandar Dandenong, Springvale, Carrum Downs, Clarinda dan Mulgrave.

Gadis Seksi Penari Tiang Didenda RM25

Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan
atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan
di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.


Denda hanya RM25 untuk kesalahan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang? Jom gelak reramai ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha haRAMJADAH!!!!!

SEREMBAN : Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

27 Mac 2012

HULURKAN SUMBANGAN UNTUK ADIK MAWAR

SHAH ALAM : Wang terkumpul bagi membantu kos pembedahan Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2, yang menghidap penyakit lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit kini mencecah RM4,572. Ibunya, Sahida Ramli berkata, beliau bersyukur kerana jumlah itu semakin bertambah berbanding kelmarin hanya RM457.
Menurut Sahida, disebabkan beberapa kesulitan dialami mereka yang ingin menghulurkan sum­bangan melalui akaun Bank Islam, sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Maybank atas nama suaminya, Farid Alsuwad Mohamed Maki di nombor akaun 1622 5471 9300. "Ramai hubungi kami memberitahu ada kesulitan, jadi, kami harap sesiapa yang mahu beri sumbangan boleh menggunakan akaun ini," katanya. - SINAR HARIAN

PEMBUNUHAN DIRANG - Buruh Dihadap Ke Mahkamah


JOHOR BAHARU, 26 Mac : Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Isnin terhadap tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang, awal bulan ini. Muidin Maidin, 24, dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di sini, antara pukul 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lepas.

Mawi Dan Keluarga Diikat Dan Dirompak

KAJANG, 26 Mac : Juara Akademi Fantasia, Mawi, kerugian RM10,000 apabila dirompak empat lelaki bersenjata parang dan pisau yang memecah masuk dan mengikat beliau dan keluarga di banglonya di Bangi Golf Resort di sini pagi Isnin.

23 Mac 2012

ANAK DICULIK - Tak Boleh Sebarkan Di MEDIA?


Woiii BODO! Dah anak hilang, takkan la salah nak bagitau media? Nate bodo sungguh!!! Ce korang bace pe yang mamat ni komen...
"Kami tidak faham kenapa ibubapanya menghebohkan kejadian ini kepada media kerana ia berlaku akibat masalah keluarga." - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T Narenasagaran.
Masalahnya, anak gadis bahalol tu 'berlakon' diculik untuk lari ke rumah kekasihnya. Kekasihnya itu adalah anggota Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police). Mengapa tiada tindakan tatatertib terhadap anggota kau....? Kalau ye pun budak tu sukarela lari, sebagai anggota keselamatan yang bertanggungjawab, kau walaupun kononnya sebagai kekasih xsepatutnya sembunyikan budak BAWAH UMUR!!! - Satu MALAYSIA panik dengan lakonan budak ni dengan 'bantuan' seorang anggota polis...!!!
Patut ada tindakan tegas terhadap polis ini. Baru 6 bulan berkhidmat dah tunjuk belang?

21 Mac 2012

Gadis Hilang Ahad Lepas Di Kuantan Tidak DICULIK?

Ni yang aku bengang dengan budak-budak betina yang gatal *tuuuutttt*!!! Selalu sangat dihidangkan dengan kes sebegini, kononnya kena culik, walhal lari ikut jantan. Mintak jauh la dari berlaku kejadian sebegini kepada keturunan kita. Siti Nur Fatihah Mahadi, 15 tahun, lari ke pangkuan teman lelaki berusia 26 tahun...?!!! Budak tingkatan 3 beb! bercinta dengan jantan umur 26 tahun? POLIS... Aku ulangi, wahai POLIS dan ibubapa budak ni, buat juga pemeriksaan doktor terhadap *tuuuutttt* budak ni, kot-kot la ada something yang menerobos masuk *tuuuutttt*nya tu.... [maaf, komen kali ni agak 18SX]

mStar Online
GADIS HILANG DI KUANTAN AHAD LEPAS MENGAKU TIDAK DICULIK - POLIS
KUANTAN :
Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata, gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

Baharudin Mati Akibat Serangan Jantung - Patologi

Mahkamah Koroner yang mendengar perbicaraan inkues pemandu teksi Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu diberitahu bahawa kulit Baharudin perlu disiat bagi mencari sama ada terdapat kesan lebam di bawah kulit pemandu teksi itu.

Guru Tiada Kuasa Bentuk Disiplin Pelajar

"Banyak perkara guru tidak boleh tunaikan atau denda pelajar hatta menyuruh mereka berdiri lama dalam bilik darjah, tarik rambut, tarik telinga, cubit, ketuk ketampi, jerkah atau jeling pun tidak boleh"

Budak-budak sekarang naik lemak. Apa taknya, mak bapak sekarang pun jenis mempertahankan anak. Pantang dengar anak kena rotan dek guru, terus kononnya serbu sekolah serang guru, tak pun siap gi buat laporan polis dan pasang peguam dakwa guru tersebut di mahkamah.

MANGSA CULIK SITI NUR FATIHAH BERJAYA DIKESAN


Mangsa Culik Didakwa Selamat
KUANTAN :
Seorang pelajar, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang dilaporkan diculik pada Ahad lepas dipercayai selamat dan berada di rumah ibu angkat seorang kawannya.
Menurut ibu remaja berkenaan, Nor Mala Mohd Lazin, 34, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali memaklumkan anaknya itu kini berada di rumah ibu angkat kawan anaknya itu.

Henti Tayang Cerita Hantu Kerana Bertentangan Dengan Islam - Kemala

KUALA LUMPUR 20 Mac : Tayangan filem, drama dan cerita yang berelemenkan hantu puaka dan jembalang pelesit harus dihentikan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan meracuni pemikiran anak-anak bangsa. Sasterawan Negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya Kemala, berkata tindakan itu perlu kerana tayangan cerita sebegini hanya akan terus melemahkan akal budi bangsa, jati diri, ketahanan sahsiah serta ketahanan mental seseorang khususnya generasi muda.

20 Mac 2012

Alahai Pizza Hut Delivery - Servis Mengecewakan

Pizza Hut Delivery atau ringkasannya PHD (bukan Perasaan Hasad Dengki ye). Teruja jugak nak mencuba servis PHD ini. Aku tak la buat panggilan supaya Pizza dihantar ke rumah, cuma kebetulan melalui premis PHD ini di Indera Mahkota (Kuantan), maka aku terus menapau pizza untuk dibawa balik. Servis OK dan pantas, cuma agak kecewa apabila membuka kotak pizza ini sebaik sahaja sampai di rumah.

Ini gambar risalah iklannya. Memang syok je tengok gambar pizza ni. Ditambah dengan harganya yang cukup berbaloi untuk dua pizza regular + 2 sup. So tanpa ragu-ragu, menu Double deals ini aku pilih.


Sebaik sahaja kotak dibuka... adeh! Entri ini aku tulis bukan untuk menghina makanan ini (apatah lagi pizza ini tetap aku, isteri dan anak-anak makan sampai habis - dah beli, makan je la), tetapi entri serta gambar-gambar ini aku paparkan untuk menyatakan kekecewaan terhadap penyediaan pizza oleh pihak Pizza Hut Delivery. Amat tidak wajar sama sekali pihak PHD menyediakan pizza sedemikian kepada pelanggannya.

Andai tidak mampu menyediakan pizza sebaik yang terpapar di dalam risalah iklan, cukuplah pizza yang disediakan menyamai mutu pizza yang dihidangkan kepada pelanggan yang makan (dine-in) di restoran-restoran Pizza Hut.

Mentang-mentanglah kami beli tapau/take away/delivery, maka pizza yang disediakan pun ala-kadar je. Pihak Pizza Hut Malaysia sewajarnya memantau cara penyediaan serta cara kerja staf sama ada di restoran mahupun di premis seperti PHD ini. TITIK-BERATKANLAH kualiti kerana kami sebagai pengguna mengharapkan hidangan yang bermutu serta berkualiti setiap kali berkunjung di sini.

Keras dan liat jugak la pizza ni...... :)




Tapi aku pelik jugak, kenapalah aku ni banyak sangat pengalaman yang agak tak menarik setiap kali berkunjung ke premis Pizza-Hut. Sebelum ini pernah juga alami dengan servis buruk sebegini sebagaimana yang pernah aku nukilkan dalam entri dengan tajuk Pizza-Hut Atau Setepatnya Pizza-jaHAT? Namun pengalaman itu tidaklah seperti pengalaman seorang pensyarah yang makan Spageti Bolognaise dengan harga RM55,000.00 di Pizza-Hut...!!! :)

Gadis Diculik Di Kuantan


Bersama membantu mencari adik ini.
Semoga dia selamat dan segera dijumpai!!!

Jenayah di mana-mana, berwaspadalah!!!

19 Mac 2012

LEMBU Bakar Bendera BN, UMNO Merbok Buat Laporan Polis


Sumber - UTUSAN ONLINE
SUNGAI PETANI 18 Mac :
Pemuda UMNO Bahagian Merbok hari ini membuat laporan polis berhubung 14 bendera Barisan Nasional (BN) dan enam bendera UMNO di jalan masuk ke Taman Malinja dekat sini dibakar dipercayai perbuatan penyokong parti pembangkang. Kejadian itu dipercayai berlaku malam tadi.

Penyelaras Parlimen yang juga ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Anuar Ahmad membuat laporan itu di Balai Polis Merbok.

Beliau yakin perbuatan itu mungkin dilakukan
penyokong parti pembangkang yang menghadiri ceramah politik di taman perumahan itu. Katanya, beliau kesal dengan kejadian membakar bendera itu yang disifatkan bukan cara atau etika masyarakat Malaysia yang mengamalkan demokrasi. Menurut beliau, kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku dalam Parlimen Merbok kerana banyak poster BN yang dipasang, dikoyak pihak tertentu atau ditampal dengan poster pembangkang sebelum ini. - BERNAMA

....................
Wahai orang-orang opppsss, ini bukan orang, tapi LembUMNO. Wahai LembUMNO, kat negeri KEDAH tu ditadbir oleh siapa? Siapa PEMBANGKANG di negeri KEDAH? Apa punya bahalol la korang ni wahai Lembu-LembUMNO...!!!!! Sendiri bakar dan sendiri buat laporan polis ke...? Bodoh melantun-lantun korang ni... Nampak sangat sesaja nak bikin isu, awal-awal lagi ALLAH SWT dah tunjuk kebahalolan kalian!!! tuihhh....! :)

Maghribi Digesa Mansuh Akta Perogol Kahwin Mangsa

RABAT : Beratus aktivis wanita Maghribi mengadakan demonstrasi di luar bangunan Parlimen menuntut agar dimansuhkan undang-undang berkaitan keganasan seks. Kanun Keseksaan negara itu membenarkan penjenayah kes rogol berkahwin dengan mangsa jika mangsa seorang bawah umur bagi mengelakkan pendakwaan di mahkamah. Seorang mangsa, Amina Filali, 16, membunuh diri seminggu yang lalu selepas dipukul dengan teruk ketika dipaksa berkahwin dengan lelaki yang merogolnya.

16 Mac 2012

Kaki Lipas Dalam Spageti Bolognaise Pizza Hut : Ganti Rugi RM55,000 Kepada Pensyarah


PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen memerintahkan Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd membayar ganti rugi RM55,000 kepada penyarah kolej swasta yang sakit selepas menikmati hidangan 'spageti bolognaise' yang mengandungi kaki lipas.

09 Mac 2012

30 APRIL Penentu Nasib Empat Tertuduh Kes Bunuh Sosilawati

SHAH ALAM, 8 Mac : Mahkamah Tinggi di sini Khamis menetapkan 30 April ini untuk memutuskan sama ada bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dibebaskan atau dipanggil membela diri terhadap tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dua tahun lepas.

08 Mac 2012

Saksi Pernah Nampak Muthuraja & Shafiq Di Rumah Pathmanabhan

SHAH ALAM, 7 Mac : Seorang saksi memberitahu perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini Rabu bahawa beliau pernah nampak dua ahli perniagaan yang dilaporkan hilang dua tahun lepas, Shafiq Davendram Abdullah dan Muthuraja a/l Allalkathan di rumah bekas majikannya, N Pathmanabhan.

07 Mac 2012

Utamakan Lynas : Adnan Yaakob Tak Layak Bergelar MB!!!

"Kita amat terkilan dengan cadangan yang tidak masuk akal dan damaging ini daripada Menteri Besar. Australia akan mendapat A$18 juta (RM55 juta) daripada cukai yang dibayar Lynas setiap tahun. Apa yang kita dapat ialah sisa dan pencemaran daripada Lynas. Adnan Yaakob tidak layak menjadi Menteri Besar sekiranya beliau tetap meletakkan kepentingan syarikat asing daripada kesihatan dan kebajikan rakyatnya."

KENAPA SUNGAI LEMBING JADI MANGSA SISA LYNAS?
KUANTAN, 7 Mac : Gabungan aktivis anti-Lynas Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) mendakwa cadangan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob agar sisa kilang Lynas dibuang di Sungai Lembing sangat bahaya. Ini kerana, tindakan membuang sisa radioaktif yang dihasilkan oleh kilang Lynas di Gebeng ke tapak lombong yang sudah tidak digunakan di sana akan merosakkan alam sekitar.

TABUNG Adik Nur Suhaila - Bersama Kita Membantu

KOS RAWATAN KESELURUHAN RM60,000
SETAKAT INI, RM13,000 BERJAYA DIKUMPUL

SHAH ALAM, 6 Mac 2012 :
Sejak kisah adik Nur Suhaila Tukijan, 15, yang menghidap 'Congenital Disorder' dipaparkan dalam Sinar Harian 22 Februari lalu, sumbangan orang ramai meningkat kepada RM13,000 hingga petang semalam.

IBU IBLIS - Rakam Anak Dirogol Teman Lelaki

Ya Allah... Apa sudah jadi dengan manusia hari ini? Sebelum ini kita hanya mendengar perumpamaan Haruan makan anak (apabila ia melibatkan kes ayah yang melakukan perkara tidak baik kepada anaknya). Kes ini pula lebih hina!!! Apabila seorang ibu berhati iblis, sanggup membiarkan anaknya dirogol sambil sang ibu durjana ini merakamkan aksi tersebut menggunakan telefon bimbit...!!!!!

SHAH ALAM, 6 Mac
: Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu. Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.

06 Mac 2012

ANU Tidak Berfungsi Selepas Berkhatan

Ishhhh... Malu pulak aku. Bukan malu apa, cuma malu bila kes macam ni gi mengadu kat bangsa lain. Mana pejuang-pejuang bangsa seperti PERKASA? Mana perginya UMNO yang kononnya menjuarai isu bangsa Melayu? Alih-alih akak ni bawa permasalahan berkaitan anu anaknya kepada bangsa Cina iaitu MCA. Aku bukannya bersikap perkauman, tapi malu le bila bab macam ni tak dapat ditangani oleh pemimpin-pemimpin Melayu. - SADIS woooo~

Mangsa dan ibunya di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Selangor

MURUNG SELEPAS BERKHATAN
PETALING JAYA :
Seorang remaja memerlukan kos rawatan bagi memulihkan anggota sulitnya yang mungkin tidak boleh berfungsi selepas dikhatankan menggunakan peralatan tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM). Ibu mangsa, Ummi Kalsom Ahmed, 40, berkata, anaknya yang kini berusia 14 tahun bakal menanggung risiko alat sulitnya tidak dapat berfungsi akibat kejadian berkenaan.

Remaja Dakwa Ditendang Polis



JOHOR BAHRU : Polis telah membuka kertas siasa­tan berhubung dakwaan seorang remaja yang didakwa ditendang polis dalam satu kejadian di Taman Tangkak Jaya, Tangkak, 3 Mac lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan menerima laporan mengenai insiden terbabit dan menegaskan siasatan terperinci sedang dijalankan.

MAUT Rempuh Babi Hutan

Gambar dari facebook SINAR HARIAN

JERTIH : Perubahan sikap seorang wanita yang secara tiba-tiba menjadi pendiam bagaikan petanda bahawa dia akan meninggalkan mereka untuk selamanya apabila maut selepas kereta dipandu suaminya merempuh seekor babi hutan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kampung Anak Ikan, Kilometer 86, Jalan Jertih-Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Pengawal Keselamatan Warga Pakistan Kemaruk Seks - Cekik, Pukul, Rogol Dalam Tandas

JENAYAH DI MANA-MANA [WASPADA!!!]
KUALA LUMPUR :
Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan yang kemaruk seks hilang pertimbangan apabila sanggup mencekik, memukul sebelum merogol seorang penuntut kolej dalam tandas sebuah pangsapuri di Batu 6 1/2, Jalan Puchong, di sini kelmarin. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 22 tahun bersama keluarganya ke pangsapuri berkenaan selepas abangnya berhasrat membelinya.

03 Mac 2012

Malam Gala Perasmian Tahun Melawat Kelantan 2012

Pada malam 2 Mac 2012 telah berlangsung majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) di Stadium Sultan Mohd IV. Majlis yang dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, anggota-anggota exco yang lain, Adun serta pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan. Acara perasmian TMK@12 telah selamat disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan yang mewakili Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.


Hadirin dihiburkan dengan pertunjukan pencak silat, pertunjukan laser dan bunga api dan pastinya persembahan yang ditunggu-tunggu melibatkan artis tersohor 'tiga negara' iaitu RAIHAN (Malaysia), Papa Rock Ramli Sarip (Singapura) dan penyanyi lagu dakwah dari Indonesia, OPICK.


Raihan dan Ramli Sarip masing-masing menyampaikan 4 buah lagu manakala Opick telah berkesempatan menyampaikan 5 lagu secara live. Dan di akhir persembahan ketiga-tiga nama besar dalam industri hiburan ini bergabung menyampaikan lagu Bukan Kerna Nama.


Nyata usaha kerajaan KELANTAN untuk menjayakan Tahun Melawat Kelantan 2012 dengan menampilkan pelancongan bercirikan dakwah dan Islamik adalah sesuatu yang amat wajar disokong oleh semua pihak. Semoga sasaran kerajaan negeri Kelantan untuk membawa masuk 6 juta pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 ini akan berhasil.

Anak Muda Teguh Bersama Kepimpinan ULAMA

Inikah orang yang sering dikeji dan dicerca oleh orang yang memusuhinya...?!!! Apakah kesalahan beliau? Adakah hanya kerana beliau memimpin rakyat Kelantan berlandaskan syiar Islam maka beliau dihina? Adakah kerana memerintah Kelantan lebih 20 tahun tanpa pernah disabitkan dengan salahguna wang kerajaan serta rasuah maka beliau harus dicerca...?

Kalau itu kesalahannya... Maka mereka yang memusuhi batang tubuh tua ini perlu bermuhasabah diri dan harus segera sedar dari diperbodohkan oleh pihak yang mementingkan fulus dan duniawi semata-mata.

Ya ALLAH, hindarilah tok guru kami dari fitnah musuh-musuh agamaMU.
Ameen... ALLAHHU AKHBAR!!!

Artikel dan gambar asal dari facebook Super Warriors

Ahli Perniagaan India Tidak Pulang Selepas Berjumpa Pathmanabhan

SHAH ALAM, 2 Mac : Isteri kedua ahli perniagaan India, Muthuraja a/l Allalkathan, memberitahu perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini Jumaat bahawa suaminya tidak pernah pulang semula ke India selepas pergi ke Malaysia untuk berjumpa tertuduh pertama, N Pathmanabhan, dua tahun lepas.

KULIAH PERDANA BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS Sempena Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012

2 Mac 2012 : Berlangsung Kuliah Perdana bersama al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus (bersama Bob Lokman) di Dataran Ilmu, Kota Bharu sempena Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012. Kuliah yang lebih menjurus kepada sesi soal-jawab agama itu nyata mendapat sambutan hangat dari rakyat Kelantan yang sememangnya sentiasa teruja dalam meramaikan majlis-majlis ilmu sebegini.

Kehadiran Ustaz Azhar Idrus melengkapkan aturcara kalendar pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012. Kuliah yang dimulakan selepas waktu asar ini berjaya menarik tidak kurang 10,000 hadirin untuk mendengar sesi soal-jawab agama oleh tokoh pendakwah bertaraf selebriti ini.

Rata-rata hadirin jelas terhibur dengan konsep dakwah santai yang dibawakan Ustaz Azhar Idrus, bukan sahaja terhibur bahkan hadirin dapat mencerna dan memahami setiap persoalan yang dikemukan dan dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dengan contoh dan dalil yang memudahkan pemahaman hadirin. Dan aksi bersahaja saudara Bob Lokman selaku 'pembaca soalan' turut mencuit hati khlayak yang hadir, majlis berakhir sekitar jam 7.00 malam.

Semoga usaha kerajaan negeri Kelantan dalam menjayakan Tahun Melawat Kelantan 2012 ini akan membuahkan hasil dan sasaran untuk membawa 6juta pelancong ke Kelantan akan berjaya dicapai.








01 Mac 2012

Sosilawati Rancang Jual Tanah RM200 Juta Di Pulau Pinang

SHAH ALAM, 1 Mac : Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini Khamis diberitahu bahawa syarikat milik jutawan kosmetik itu terlibat dalam urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dengan sebuah syarikat. Pegawai penyiasat ASP Mohd Ishak Yaakob berkata syarikat Southern Symphony Sdn Bhd yang dimiliki oleh Sosilawati merancang menjual tanah berkenaan kepada syarikat Ample Quality Sdn Bhd yang mana ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil, merupakan seorang daripada ahli lembaga pengarahnya.
Related Posts with Thumbnails