VVIP DENAI CINTA

26 Februari 2012

HIMPUNAN HIJAU 2.0 : Sejarah Tercipta Di Kuantan

Sejarah tercipta hari ini 26 Februari 2012 di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Himpunan Hijau 2.0 berjaya mengumpulkan 20,000 warga yang cintakan keamanan, kedamaian serta kemakmuran kepada bumi Malaysia tercinta ini.

Belum pernah himpunan sebesar ini diadakan di negeri Perdana Menteri Najib Razak. Semoga PM Najib Razak memahami hasrat rakyat untuk melihat kilang yang berisiko tinggi seperti LYNAS ini, dinyahkan keluar dari bumi Malaysia!!!

DAN lihatlah duhai rakyat Malaysia. Himpunan bisa berlangsung aman andai tiada provokasi dari pihak berkuasa. Apabila tiada rempuhan FRU dan SB, tiada tembakan gas pemedih mata, tiada semburan dari water cannon, MAKA LIHATLAH : Betapa aman dan harmoninya semangat muhibbah dalam himpunan aman ini. Himpunan berjalan lancar dan pesertanya berdisiplin dalam memastikan keselamatan serta mengelak berlaku kekecohan.

TERIMA KASIH kepada Ketua Polis Daerah Kuantan OCPD Tuan Jasmani yang sememangnya amat berdiplomasi kepada penganjur dalam merealisasi himpunan mega sebegini. Terima kasih juga kepada anggota keselamatan yang berjaya memastikan himpunan berlangsung dalam keadaan baik dan aliran trafiknya berada pada tahap 'kesesakan' yang wajar. Dan terima kasih serta tahniah kepada anggota UNIT AMAL yang turut menyumbangkan tenaga dalam memastikan kelancaran himpunan.

DAN pastinya himpunan besar-besaran sebegini tak upaya berhasil andai tiada dokongan serta pengorbanan dari rakyat yang sanggup turun dalam menyatakan bantahan mereka terhadap LYNAS. Ada yang datang menggunakan pengangkutan awam, ada yang menumpang, ada yang bermotosikal, ada yang menginap di hotel, menginap di rumah saudara-mara, bahkan ada yang sanggup berkhemah di tepi pantai Teluk Chempedak. Semuanya hadir dengan hasrat dan tujuan yang satu; DEMI CINTAKAN NEGARA.

Semoga keCAKNAan serta kePRIHATINan ini kian bercambah terutamanya dalam diri umat MELAYU. Sama-samalah kita bangkit dan bangun menentang sebarang bentuk tindakan yang menjurus kepada kemusnahan serta kerosakan kepada masa hadapan generasi anak-cucu pewaris bangsa di bumi bertuah ini. Usah kita selesa dengan keadaan yang kita lalui kini. Buang jauh-jauh sikap 'TAK APA', dan semaikanlah sikap ambil tahu serta cakna perkembangan semasa. - Wallahu a'lam.



25 Februari 2012

Wajib Baca Sekiranya Anda Ingin Hadiri HIMPUNAN HIJAU 2.0

Ada yang akan turun HIMPUNAN HIJAU 2.0 di Padang MPK 4 esok (24 Februari 2012)? Persiapkan diri sebelum turun ke medan, baca ini dahulu :

Soalan Lazim Ditanya (FAQ)

1. Apakah matlamat kami? Kita akan bertemu di padang MPK 4 untuk menunjukkan bahawa 20,000 orang rakyat Malaysia berganding bahu mempertahankan tanah air kami daripada "penjajahan toksik" syarikat asing. Sesiapa yang tidak ingin memandu ke tapak padang MPK4 boleh meletakkan kenderaan di pusat bandar dan berjalan ke sana. Ini akan mengambil masa kira-kira 20-30 minit.

22 Februari 2012

"Belum Sampai Seru Untuk Bertudung" - Ziana Zain

22 Februari 2012 [Harian Metro] : Di usia 44 tahun, dia masih lagi mengancam laksana anak dara sunti. Mahu tidak mahu, perlu bagi Ziana untuk kekal cantik kerana itulah bayaran apabila bergelar artis. Kata pelantun Madah Berhelah yang dilahirkan dengan nama Siti Roziana Zain itu, hendak ke kedai pun perlu bersiap rapi untuk menjaga mata peminat serta masyarakat yang sentiasa ingin melihat golongan artis kelihatan sempurna.

21 Februari 2012

HIMPUNAN RAKYAT CARA UMNO-BN : Nilaikanlah Sendiri Menggunakan Akal & Iman Anda

Gambar-gambar sekitar Himpunan Rakyat yang diadakan baru-baru ini di Perak. Apakah acara sebegini yang mahu terus kita sajikan kepada anak-anak kita? Apakah perlu diselitkan acara hiburan melampau untuk menarik rakyat hadir ke setiap himpunan? Terdesak sangatkah UMNO-BN untuk menarik kehadiran rakyat ke majlis mereka...? Anda nilaikanlah sendiri pemimpin mana yang patut anda angkat sebagai khalifah memimpin ummah di bumi Malaysia ini. - Wallahu a'lam






Gambar dan artikel asal, klik DI SINI

Latif Ibrahim Beritahu Isteri 'Teringin Hendak Balik'

PETALING JAYA : Penyanyi Abdul Latif Ibrahim, 60, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, memberitahu isterinya, Masriah Mahadan yang dia 'teringan hendak balik'.

Masriah,57, memberitahu, kata-kata itu disuarakan Latif ketika dia dimasukkan ke Unit Rawatan Korinari (CCU) IJN pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung.

20 Februari 2012

BELASUNGKAWA : Latif Ibrahim Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

PETALING JAYA : Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

17 Februari 2012

BOLEHKAH MENGHADIRI PESTA PERKAHWINAN DI GEREJA?

Jika orang bukan islam menjemput kita ke majlis perkahwinannya yang dibuat di gereja, bolehkah kita menghadirinya?

16 Februari 2012

Mak Nyah Kuantan Dalam Ketakutan - ANU DALAM ANCAMAN

Sekumpulan lelaki menyerang golongan transeksual? Siapakah agaknya kumpulan lelaki bermotorsikal yang bertindak nekad membelasah golongan transeksual atau maknyah ini? Apakah tindakan menggunakan hukum rimba yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki ini lantaran dek rasa hampa mereka dengan pihak berkuasa yang langsung tidak berusaha menghapuskan 'industri lendir' di lorong-lorong 'kunyit' sekitar Kuantan...?

Apa tindakan pihak berkuasa untuk menghapuskan pelacuran dan persundalan di kalangan wanita dan maknyah di ibu negeri Pahang ini? Apakah mereka buta dan tidak nampak atau buat-buat tak nampak gelaja pelendiran yang tidak pernah berkesudahan ini?

Diharap pihak berkuasa tampil membanteras aktiviti maksiat ini dari berterusan membarah, dan bukannya kalian bertindak untuk mempertahankan aktiviti haramjadah ini...!!! Dan kepada sekumpulan lelaki ganas yang memukul maknyah-maknyah ini, selamat maju jaya... Aku tak sokong korang gunakan hukum rimba, tapi kalau dah itu pilihan korang, maka pandai-pandai koranglah...!!! :-D

Mona menerima 18 jahitan selepas lehernya dikelar

Golongan Transeksual Di Kuantan Kini Hidup Dalam Ketakutan
KUANTAN : Golongan transeksual di sini kini hidup dalam ketakutan selepas mereka sering menjadi sasaran satu kumpulan yang ingin mencederakan mereka, demikian lapor akhbar The Star. Menurut akhbar tersebut, sekurang-kurangnya 13 orang dari kalangan transeksual telah menjadi mangsa serangan dalam tempoh enam bulan ini.

Himpunan Hijau 2.0 - PM & MB Pahang Dah Benarkan. Harap MPK & Polis Luluskan Permit!!!

Assalamualikum, Salam petang Khamis nan permai...
Buat warga Pahang Darul Makmur dan juga kepada warga Malaysia yang cintakan tanah air. Bersama kita turun dalam HIMPUNAN HIJAU 2.0 yang bakal dilangsungkan pada 26 Februari 2012 ini dan menuntut agar operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng dihentikan. Rakyat harus menghantar mesej jelas kepada KERAjaan melalui himpunan yang bakal diadakan di Padang MPK1 (di hadapan Masjid Negeri), bahawa kami rakyat Malaysia mahu Lynas menutup kilang yang membahayakan keselamatan dan kesihatan penduduk Kuantan!!!

Ya Allah - Selamatkanlah Saudara-Saudaraku Di SYRIA

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' Syria, Syeikh Hassan di UPM yang datang ke Malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenar berlaku di Syria.

PERISTIWA SYRIA


Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

15 Februari 2012

Pengurus Operasi Bank Terima Arahan Beku Akaun Pathmanaban

SHAH ALAM, Khamis 9 Februari 2012 : Seorang pengurus operasi Hong Leong Bank cawangan Banting memberitahu perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini, Khamis bahawa beliau menerima arahan untuk membekukan dua akaun milik tertuduh pertama N. Pathmanabhan pada September 2010.

14 Februari 2012

MENGAPA GANTUNG PATUNG BAWAH KERETA?

Mengapa ada yang 'pandir' gi gantung atung bawah kereta? Tak cukup gantung kat cermin (dalam kereta) dibantainya pula gantung bawah kereta. Mula-mula tengok, aku 'bersangka-baik' dengan mengatakan tentu pemilik kereta tu mengamalkan VOODOO agar orang yang dipedajaikannya tu merasa pening-pening lalat terhoyong-hayang macam patung yang digantungnya tu.

Rupa-rupanya, amalan menggantung patung ni memang ada dalam kepercayaan masyarakat bukan Islam di negara jiran kita. Melalui perkongsian di internet, maka aku terjumpa dengan persoalan dan jawapan mengapa ada yang menggantung patung di bawah kereta mereka.

11 Februari 2012

PM NAJIB Sanggup GADAI AKIDAH Sambut Thaipusam

Haji Najib Razak menyertai perayaan Thaipusam di Batu Caves

Najib 'GADAI AKIDAH' Sambut Thaipusam - Harussani
KUALA LUMPUR, 10 Februari :
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

Bahan Kimia Dalam Gas Pemedih Mata Tidak Dikesan Pada Baharudin - Saksi

KUALA LUMPUR, 10 Februari : Bahan kimia yang digunakan dalam gas pemedih mata tidak dikesan pada badan dan pakaian pemandu teksi Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan haram 9 Julai tahun lepas, Mahkamah Koroner diberitahu Jumaat.

10 Februari 2012

Romantiknya Tok Guru Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU : Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja.

Baharudin Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung - Pakar Patologi

KUALA LUMPUR, 9 Februari : Mahkamah Koroner yang mendengar perbicaraan inkues pemandu teksi Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan haram 9 Julai tahun lepas, Khamis diberitahu bahawa lelaki itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

08 Februari 2012

Dua Cek RM4 Juta Pathmanabhan Kepada Sosilawati Tidak Ditunaikan

SHAH ALAM, 8 Februari : Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini Rabu diberitahu tertuduh pertama N Pathmanabhan telah mengeluarkan dua cek berjumlah RM4 juta untuk dibayar kepada jutawan kosmetik itu tetapi kedua-duanya tidak ditunaikan.

Gigi Baharudin Patah Berkemungkinan Disebabkan Rawatan Kecemasan - Saksi

KUALA LUMPUR, 8 Februari : Kecederaan di bahagian bibir dan gigi pemandu teksi Baharudin Ahmad yang patah berkemungkinan disebabkan rawatan kecemasan yang diberikan, Mahkamah Koroner diberitahu di sini Rabu. Pegawai Perubatan Dr Murniza Murad, 33, berkata gigi pesakit yang patah boleh berpunca daripada rawatan intubasi dengan memasukkan alat besi ke dalam saluran pernafasan pesakit melalui mulut.

HEBAT - Hilang 9 Bulan Pemuda Buta Huruf & Lurus Bendul Bekerja Di Singapura

HEBAT! Apa yang menimpa ADI SAIFUL ini penuh dengan pengajaran untuk kita renungkan bersama...
  • Seorang pemuda yang buta huruf dan lurus bendul boleh pergi sehingga ke Singapura untuk bekerja. SEDANGKAN kita yang pandai membaca, menulis dan ada yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris tapi tidak berani untuk keluar mencari rezeki.
  • Mula dilaporkan hilang sejak JUN tahun lalu ketika menyaksikan pasukan kelahirannya TERENGGANU bertemu KELANTAN dalam perlawanan bolasepak Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil. Errrr.... Keluarga yang memiliki anak sebegini, sewajarnya lebih berhati-hati dan tidak membiarkan mereka tanpa pengawasan sewajarnya.
  • Mencari rezeki di kota Singa dengan pendapatan bulanan RM2,800.00.. HEBAT! Hendak 1000 daya, tak hendak maka 1000 lah dalihnya.
  • Dan pengajarannya juga buat kita agar JANGAN MEMPERCAYAI BOMOH! Bomoh yang ditemui keluar Adi Saiful kononnya mengatakan pemuda ini telah meninggal dunia. So, femli Adi Saiful, pi claim balik duit yang bayar kat bomoh-bomoh penipu tu...! :)
Adi Saiful Pulang Selepas Sembilan Bulan Dilaporkan Hilang
MARANG, 8 Februari : Seorang pemuda yang dilaporkan hilang kira-kira sembilan bulan lalu kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat Ahad lalu. Dek kerana tidak pandai membaca dan bersikap lurus bendul, menyebabkan Adi Saiful Che Kor, 28, gagal menghubungi keluarganya sejak Jun tahun lalu sehingga dikatakan telah meninggal dunia. Sepanjang tempoh itu Adi Saiful rupa-rupanya bekerja di Singapura.

PELAJAR MAMPU BERTUTUR BAHASA JEPUN, KOREA, MANDARIN SELEPAS TERBABIT KEMALANGAN

KELUARGA ANGGAP KEBOLEHAN NORAINI SATU ANUGERAH
BESUT, 8 Februari :
Keluarga pelajar Noraini Ismail, 17, yang tiba-tiba boleh bertutur bahasa Korea, Mandarin dan Jepun setelah terlibat dalam kemalangan baru-baru ini, menganggapnya sebagai satu anugerah. Ibu kepada Noraini, Mansena Daud, 48, berkata pada mulanya beliau dan anggota keluarga yang lain bimbang dengan keadaan Noraini tetapi bila difikirkan dengan lebih lanjut, "kami sedar bukan senang seseorang nak belajar bahasa-bahasa asing."

04 Februari 2012

DOKUMEN MILIK AHLI PERNIAGAAN INDIA ANTARA BAHAN DIRAMPAS DARI PEJABAT N PATHMANABHAN

SHAH ALAM, 3 Februari : Beberapa dokumen tercatat nama Muthuraja a/l Allalkathan, ahli perniagaan India yang dilaporkan hilang di Malaysia sejak awal tahun 2010, adalah antara barang kes dirampas daripada pejabat guaman N Pathmanabhan, tertuduh pertama dalam kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Baharudin Sudah Meninggal Dunia Ketika Di Avenue K - SAKSI

KUALA LUMPUR, 3 Februari : Mahkamah Koroner yang mendengar inkues bagi mengetahui punca kematian pemandu teksi Baharudin Ahmad ketika menyertai perhimpunan haram 9 Julai tahun lepas, Jumaat diberitahu bahawa Baharudin sudah meninggal dunia ketika ditemui di pusat beli-belah Avenue K di Jalan Ampang di sini.

03 Februari 2012

Suami Tidak Pulang Ke Rumah Selepas Urusan Kerja Dengan Peguam

SHAH ALAM, 2 Februari : Seorang saksi memberitahu perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini bahawa suaminya tidak pulang ke rumah selepas pergi ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dengan seorang peguam dikenali sebagai Datuk Pathma, dua tahun lepas.

02 Februari 2012

Jarum BOM JANGKA Telah Bergerak Untuk Rakyat Pahang - Lynas Dibenar Beroperasi!!!

"Hari ini kita menerima berita yang sangat dukacita, sedih dan marah apabila kerajaan meluluskan lesen beroperasi sementara (TOL) kepada Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang, dalam keadaan pelbagai syarat yang ditetapkan oleh EIA dan EALB masih belum dipenuhi."

"Apa makna ribuan bantahan rakyat dibuat, kalau kerajaan langsung tidak memikirkan bantahan tersebut."

"Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300,000 warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2km dari kilang, bagaimana kalau minyak sawit kita tercemar, ini akan menjahanamkan masa depan warga felda dan terlalu besar untuk digambarkan."

"Kenapa kerajaan mengambil projek yang terlalu besar rasiko untuk rakyat ini, dan semalam lesen pra operasi telah diluluskan, bermakna jarum jam 'bom jangka' telah bergerak." - Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Pengerusi Eksekutif Lynas Berniat Jahat
KUALA LUMPUR, 1 Februari : PAS menyelar kenyataan Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis yang mendakwa bahawa PAS menyokong kilang Lynas dan isu tersebut hanya merupakan pandangan sebelah pihak dari Fuziah Salleh dan PKR sahaja.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan tersebut berniat jahat untuk memesongkan fokus rakyat berkenaan isu sebenar yang timbul berikutan pembinaan kilang kontroversi tersebut dan berniat untuk memecah-belahkan penentangan rakyat terhadap operasi mereka.

Kes Sosilawati: Tiada Profil DNA Empat Tertuduh Ditemui Pada Eksibit

SHAH ALAM, 1 Februari : Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu tiada profil DNA empat tertuduh dalam kes bunuh membabitkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ditemui pada eksibit yang dirampas semasa siasatan kes itu. Pengarah bahagian forensik Jabatan Kimia Lim Kong Boon berkata beliau tidak menemui profil DNA N.Pathmanabhan, T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Khatavarayan pada kayu kriket, kepingan zink dan penyodok.

01 Februari 2012

KANAK-KANAK 10 TAHUN KETAGIHAN SEKS SETELAH DIROGOL SEPUPU

Kes sebegini banyak berlaku, budaya seks bebas makin menular dalam masyarakat dan ia dilihat makin membarah, tak mustahil bangsa bakal hancur andai budaya ini tidak dikekang dengan UNDANG-UNDANG ALLAH SWT. Sebagaimana kes ini, ia hanya 'terlapor' setelah sang pelakunya KANTOI, kalaulah aktiviti mereka ini tidak KANTOI, konpem budak ini akan terus hanyut dibuai nafsu...!!!
"Hasil soal siasat, mangsa mengakui telah dirogol oleh sepupunya sebanyak 15 kali sejak dia berusia 10 tahun hingga menyebabkannya ketagihan seks dan perkara itu tidak diketahui sesiapa."
Di luar sana, masih banyak kes sebegini... SAMPAI BILA.....?

MANGSA SERAKAH SEPUPU 15 KALI DIROGOL
KEMAMAN : Gara-gara berajakan nafsu binatang, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun tergamak menjadikan sepupunya yang masih bersekolah rendah sebagai hamba seks dengan merogolnya sebanyak 15 kali sejak dua tahun lalu dalam kejadian di sebuah kawasan Felda di Air Putih, dekat sini.
Related Posts with Thumbnails