VVIP DENAI CINTA

10 Januari 2012

Hargailah Pengorbanan Insan Bergelar Isteri


ISTERIMU TIDAK BEKERJA?

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Isteri encik, Puan Halimah bekerja di mana?
Encik Zainal : Dia
TIDAK BEKERJA. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia
TIDAK BEKERJA.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan?
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana?
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia
TIDAK BEKERJA.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan
TIDAK BEKERJA.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia
TIDAK BEKERJA.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan
TIDAK BEKERJA? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

: : Hargailah pengorbanan seorang wanita bergelar isteri. Kerana pengorbanannya tidak mampu kaubayar dengan harta dan wang berjuta (tapi kalau mampu sediakan harta dan wang berjuta buat isteri, apa salahnya, kan...?)

2 ulasan:

Rosmaini Abdul Razak berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Rosmaini Abdul Razak berkata...

Lagi2 klu isteri yg kuar bkerja..balik umh pun terus bkerja ngn fmily jgk...
Besar tu pengorbanan seorg isteri...:)

p/s :baru belajo nak komen...
klu salah, mintak maaf.. hihi

Related Posts with Thumbnails