VVIP DENAI CINTA

09 Januari 2012

Geng PERKASA Makan Pil Kuda Ke? Solat Hajat Selepas Asar?

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Jalan Duta SELEPAS ASAR pada Ahad bagi memohon tiada kejadian tidak diingini berlaku di ibu kota berikutan perhimpunan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin. - BERNAMA

Mu bahang pil kuda ke, gi smayang hajat pas asor, berat nanang...!!!
Abu Hurairah menceritakan; "Rasulullah menegah dari mengerjakan solat selepas asar hingga terbenam matahari dan selepas subuh hingga terbit matahari." (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah. Bab al-Auqat allati Nuhiya ‘an as-Solah fiha).

............................................................

Perkasa Solat Hajat Mohon Tiada Kejadian Buruk Di Ibu Kota Esok
KUALA LUMPUR [Mstar Online] : Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Jalan Duta selepas Asar pada Ahad bagi memohon tiada kejadian tidak diingini berlaku di ibu kota berikutan perhimpunan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata solat hajat berkenaan dihadiri kira-kira 100 orang dan Perkasa akan berkumpul di masjid itu sehingga keputusan diumum dan perhimpunan berkenaan selesai pada Jumaat. "Perkasa tidak akan terlibat langsung dengan perhimpunan itu. Seandainya keadaan tidak terkawal, kami sedia membantu polis dengan adanya skuad keselamatan Perkasa kira-kira 300 orang," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Ibrahim turut mengecam PKR yang menganjurkan perhimpunan itu kerana ia akan memberi kesempatan kepada media asing untuk memburukkan nama negara. "Saya amat membantah perhimpunan berkenaan kerana mereka langsung tidak menjunjung perlembagaan negara dan hanya mementingkan kepentingan pemimpin mereka tanpa memikirkan ketenteraman awam," katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, beliau sudah menjangka bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor akan dipecat PAS dan mengalu-alukannya untuk menyertai Perkasa. "Sekiranya Datuk Hassan Ali mahu menyertai Perkasa, sebarang jawatan kami boleh tawarkan termasuk jawatan presiden," katanya. - BERNAMA

............................................

Ada lima waktu kita dilarang solat;
1. Selepas solat subuh hingga terbit matahari
2. Selepas solat asar hingga terbenam matahari
3. Ketika terbit matahari hinggalah meninggi dengan kadar segalah (yakni 15-20 minit selepas terbit matahari, iaitu masuknya waktu dhuha)
4. Ketika matahari di tengah langit hinggalah ia tergelincir (yakni hingga masuk waktu zohor); dikecualikan hari jumaat bagi orang hadir ke masjid untuk solat jumaat.
5. Ketika matahari menguning hingga terbenam matahari.


[1] Dalil larangan tersebut ialah hadis-hadis Nabi berikut;

a) Sabda Nabi –sallallahu 'alahi wasallam ; "Tidak ada solat selepas solat subuh hingga matahari meninggi dan tidak ada solat selepas solat asar hinggalah matahari terbenam." (HR Imam al-Bukhari dari Abi Sa’id al-Khudri, Bab La Tataharra as-Solah Qabla Ghurub as-Syams).

b) Abu Hurairah menceritakan; "Rasulullah menegah dari mengerjakan solat selepas asar hingga terbenam matahari dan selepas subuh hingga terbit matahari." (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah. Bab al-Auqat allati Nuhiya 'an as-Solah fiha).

c) Dari 'Uqbah bin 'Amir menceritakan; "Tiga waktu Rasulullah menegah kami dari mengerjakan solat dan mengkebumikan jenazah-jenazah kami pada waktu-waktu tersebut, iaitu;
(1) Ketika terbit matahari hinggalah matahari meninggi,
(2) Ketika bayang-bayang tengahari berdiri (yakni berhenti) (*bermaksud; matahari berada di tengah langit) dan
(3) Ketika matahari condong untuk terbenam (*yakni ketika menguning di waktu petang)” (HR Imam Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi).

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails