VVIP DENAI CINTA

31 Januari 2012

Penulis Lirik 'Awan Nano' Buddhi Hekayat Anggap Berpolitik Tak Pernah Halang Kerja Seninya



PETALING JAYA : Penulis lirik lagu Awan Nano, yang menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-26, semalam (Ahad) Hasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat berkata beliau tidak menggunakan bidang seni sebagai medium untuk berpolitik walaupun beliau terlibat dalam bidang tersebut secara langsung. Hasmi kini memegang jawatan sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Johor.

Menurut penulis lirik itu, dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya.

"Seni masih lagi medium terbaik untuk saya menyampaikan mesej kemanusiaan. "Saya berkarya untuk semua orang, saya tak buat lagu untuk satu parti atau mana-mana parti tertentu," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

PROFIL DNA 3 Mangsa Pada Kayu Kriket & Kepingan Zink

SHAH ALAM, 31 Januari : Mahkamah Tinggi di sini diberitahu profil DNA tiga mangsa dalam kes bunuh membabitkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya ditemui pada sebatang kayu kriket dan tiga kepingan zink.

Sabarlah Duhai HATI, Apakah Hanya Kerana Lipstik Nyawa Anak Kecilmu Melayang?

Gambar : Tiada kaitan dengan kisah ini. Sekadar Hiasan
untuk kita sama-sama bermuhasabah dan koreksi diri.


Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama". Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah!!! Wajah, tangan dan baju anak perempuannya penuh dengan calitan lipstik tersebut.

30 Januari 2012

Remaja Wanita Humban Bayi Dari Tingkat 2 Dihukum Penjara


Remaja Dipenjara 12 Tahun Sebabkan Kematian Anak Baru Lahir
[Errrr... Bapak yang membenihkan bayi ni kenapa lepas bebas je ye..]
K
UALA LUMPUR, 30 Januari : Seorang remaja perempuan dipenjara 12 tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini Isnin selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya Oktober tahun lepas.

Mahkamah Tolak Permohonan Peguam Guna Laporan Polis Untuk Soal Balas Saksi

SHAH ALAM, 30 Januari : Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menolak permohonan seorang peguam dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain untuk menggunakan laporan polis seorang saksi pendakwaan semasa menyoal balasnya. Hakim Datuk Akhtar Tahir semasa memutuskan perkara itu berkata menurut Seksyen 145 Akta Keterangan 1950, pernyataan dahulu perlu diterima di mahkamah terlebih dahulu sebelum ia boleh digunakan dalam perbicaraan.

"Laporan polis bukanlah laporan maklumat pertama (FIR). Oleh sebab itu, adalah jelas ia tidak boleh diterima dan tidak boleh digunakan untuk menyokong atau menyanggah saksi," katanya.

PRAMUGARI KOMA DI TANAH SUCI

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ia berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

130 POLIS TERENGGANU TERLIBAT KES JENAYAH


Errr... 130 KES, ini statistik KES JENAYAH 2011 Polis Terengganu je ye. Belum termasuk lagi Polis negeri-negeri lain di Malaysia. Agaknya berapa banyak la KES JENAYAH yang dilakukan Polis 1Malaysia ni ye...!!! :)

KUALA TERENGGANU :
Seramai 130 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan termasuk penyalahgunaan dadah dan jenayah sepanjang tahun lalu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, daripada jumlah itu, 31 kes melibatkan pegawai sementara 99 lagi kes membabitkan anggota biasa.

Aku kata : "Bongok betul!!! Dah elok-elok jadi Polis, bikin jenayah la pulak!!! Malaun punya Samdol Sarip Dol!!!"
Bagaimanapun katanya, jumlah itu menurun berbanding 138 kes yang direkodkan sepanjang tahun 2010.
Aku kata : "Menurun sebanyak 3 kes. Cehhhh!!! Takde menurunnya. Kes-kes yang tak dilaporkan seperti rasuah dan lain-lain kes yang tak tertangkap, toksah cakap menurun la...!!!"
"Kebanyakan kesalahan yang dilakukan adalah melibatkan penyalahgunaan dadah. Bagi kes yang didapati bersalah di mahkamah, pegawai atau anggota terbabit secara automatiknya akan dibuang kerja."
Aku kata : "Kebanyakan kes melibatkan dadah? Mana dapat bekalan? Takkan korang rampas dadah lepas guna-pakai pulak dadah yang rampas tu....? HahahahahaHAMJADAH!!!" :)
"Bagi kes-kes tertentu, ada yang dikenakan tindakan penggantungan kerja, dipotong gaji, diberi peringatan serta diturunkan pangkat," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Terengganu di sini semalam. - KOSMO! 19 Januari 2012

Aku kata : "Yang lakukan jenayah, sama ada tak bersabit salah di mahkamah, BUANG je la oiiii...!!! Berlambak lagi kat luar sana yang lebih BERKELAYAKAN mendambakan tugas sebagai anggota Polis ni...!!!"

29 Januari 2012

KAKI KANAK-KANAK TERCUCUK SKRU TAJAM DI JUSCO BUKIT TINGGI

KECUAIAN SEBABKAN KECEDERAAN DI JUSCO BUKIT TINGGI - HARAKAHDAILY
Saya ingin membuat komplen terhadap kecuaian keselamatan di kawasan permainan kanak-kanak yang dipanggil
Molly Fantasy Wonders Park di dalam JUSCO Bukit Tinggi. Pada kira-kira 8:00 petang pada 25 Jan 2012, anak saya Adrianna Wong tercedera oleh objek tajam semasa bermain di dalam kawasan permainan tersebut. Semasa dia mengelongsor ke bawah Slide, dia dicederakan oleh skru yang tajam yang menuju keluar daripada permukaan Slide. Skru tajam itu tercucuk ke dalam kaki kirinya menyebabkan luka yang mendalam.


28 Januari 2012

KENAPA NAJIB TAKUT SAHUT CABARAN BERDEBAT?

DIA CAKAP 40 MINIT, SAYA 20 MINIT SUDAH - ANWAR
KUALA LUMPUR, 28 Januari :
"Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit." Itulah cadangan yang dikemukakan Datuk Sri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak dalam cadangan debat antara mereka. Namun sehingga kini Najib tidak memberikan sebarang kesanggupan untuk debat ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula berkata,
ia tidak perlu diadakan kerana ia budaya barat
yang belum boleh diterima masyarakat negara ini.

Aku kata :
Budaya barat...? Macamlah budaya barat lain hang tak ikut Ahmad Maslan oiiii. Dan hang kata ia tak boleh diterima masyarakat negara ini? Come on la Ahmad Maslan, ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat ke tak boleh terima perdebatan. Nak dengar perdebatan antara Najib dan Anwar je la, bukan suruh diorang buat 'tarian tiang'. Kalau suruh Najib dan Anwar lawan 'tarian tiang', itu baru le TAK BOLEH DITERIMA MASYARAKAT NEGARA INI...!!!

27 Januari 2012

Permohonan Peguam Guna Laporan Polis Untuk Soal Balas Saksi Diputuskan Isnin

SHAH ALAM, 27 Januari : Mahkamah Tinggi di sini Jumaat menetapkan Isnin depan bagi memutuskan permohonan seorang peguam dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain untuk menggunakan laporan polis seorang saksi pendakwaan semasa menyoal balasnya. Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak.

Mahkamah Tolak Permohonan Untuk Cabar Kebolehpercayaan Saksi Pendakwaan

SHAH ALAM, 26 Januari : Mahkamah Tinggi di sini Khamis menolak permohonan pihak pembelaan untuk mencabar kebolehpercayaan seorang saksi pendakwaan yang memberi keterangan pada perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas meneliti keterangan saksi ke-32 pendakwaan, pegawai soal siasat daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Cif Insp N Govindan dan tiga laporan polis yang dibuat pegawai polis itu.

25 Januari 2012

Mahkamah Tolak Permohonan Pendakwaan Untuk Jadikan Saksi Berpaling Tadah

SHAH ALAM, 25 Januari : Mahkamah Tinggi Rabu menolak permohonan pendakwaan dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain untuk menjadikan saksi mereka sebagai saksi berpaling tadah. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan tidak mempunyai asas untuk menyokong permohonan untuk menjadikan saksinya yang ke-89 iaitu R Vakason, 20, sebagai saksi berpaling tadah.

18 Januari 2012

PM Najib Razak Belum Bersunat Saya Dah Masuk UMNO!!! - Datuk Bahrim A Razak


VIDEO WAJIB TONTON!!! ROBOH SURAU, PREMIS NIAGA, "KAMI BUKAN PATI"
Datuk Bahrim A Razak,
Yang DiPertua Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu (PPPKM)

INTIPATI UCAPAN DATUK BAHRIM A RAZAK dalam video ini :
  • "Kami bukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah diberi I/C Biru (MyKad) dan boleh mengundi dalam PRU 13, diorang boleh mengundi dan kita pula mahu dihalau!!!"
  • "Allahyarham Dato' Harun Bin Idris (mantan Menteri Besar Selangor) telah meninggalkan 70,000 ekar tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur. Sekarang Tinggal 242 ekar yang sah (iaitu di Kampung Baru, Kampung Chubadak dan Kampung Padang Balang). Yang lain telah dijual kepada pendatang-pendatang luar negara!!!"
  • "Nasib kita memang SIAL!!! Ditindas oleh pemerintah (UMNO-BN) yang dipilih!!!!!"
  • "Hai Najib, bila engkau berjuang? Bila kau masuk jadi ahli UMNO? Aku masuk UMNO tahun 1962, itu jam Najib kote belum bersunat lagi!!! Tuan-tuan berjuang dalam UMNO, berjuang dalam PAS, dalam semua keadaan TETAPI tuan-tuan dihina, dihalau!!!"
  • "Anak-anak perempuan tuan-tuan akan jadi PEREMPUAN SUNDAL (di bawah pemerintahan UMNO-BN) selepas ini!!! Inilah mereka yang datang dari LONDON, belajar di LONDON, biasiswa di LONDON, makan di LONDON, akhirnya tak ada wawasan. Dr Mahathir yang busuk tu ada juga Wawasan 2020. Ini (Najib) wawasan apa (yang dia ada)??? Pak Lah ada juga wawasan Islam Hadhari. Ini (Najib) wawasan apa? 1Malaysia?"
Lihat video untuk mengetahui lebih lanjut intipati ucapan Datuk Bahrim A Razak ini. Semoga menjadi iktibar dan panduan bersama dalam memilih pimpinan pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti.

KERAJAAN PUSAT TIDAK AKAN MERASA SESEN PUN HASIL PETROLEUM JIKA KELANTAN TIDAK BERADA DALAM PETA MALAYSIA!!!



UMNO MEMBELA BANGSA? ATAU KALIAN SEKADAR MEMENUHKAN TEMBOLOK?!!! KELANTAN MAJORITI UMATNYA ADALAH MELAYU ISLAM, KENAPA MELAYU KELANTAN DIPINGGIRKAN OLEH UMNO YANG KONONNYA MEMPERJUANGKAN NASIB MELAYU?

KENAPA RAKYAT KELANTAN DINAFIKAN HAK UNTUK MENDAPAT ROYALTI PETROLEUM? JIKA KELANTAN TIDAK BERADA DALAM 'PETA' MALAYSIA, MAKA KERAJAAN PUSAT LANGSUNG SESEN PUN TAKKAN MERASA HASIL PETROLEUM!!!!! UMNO USAH MENJADI PETUALANG, ANJING DAN BAJINGAN...!!!! USAH DINAFIKAN HAK RAKYAT KELANTAN. KEMBALIKAN HAK ROYALTI PETROLEUM KEPADA KAMI RAKYAT KELANTAN!!!!!!!

DATUK PADUKA HUSAM MUSA : "Kenapa Kelantan dianak-tiri, padahal kita sama-sama rakyat Malaysia, sama-sama satu komponen daripada Malaysia, ini penganiayaan yang berterusan sejak daripada zaman orang putih. Orang putih telah pinggirkan Kelantan, jalan-jalan Kelantan tidak dibina dengan baik, (landasan) keretapi dibina kemudian, pelabuhan tak ada, airport tidak diberi taraf antarabangsa, universiti pun baru kebelakangan ini dibuat di Kelantan, jadi sampai bila orang ISLAM Melayu Kelantan patut dianak-tirikan."

"Satu saja cara kita boleh membetulkan keadaan ini, iaitu 14 kerusi PARLIMEN di Kelantan kita kena menang, supaya dengan itu Pakatan Rakyat boleh memerintah Putrajaya dan segala dasar, diskriminasi, dan pilih kasih yang berlaku selama ini dapat kita betulkan dan Kelantan akan diberikan hak untuk dapat royalti petroleum ini pada hari pertama kita dapat membentuk kerajaan."

"DAN JANGANLAH SEBAHAGIAN KAMU MEMAKAN HARTA SEBAHAGIAN YANG LAIN DI ANTARA KAMU DENGAN JALAN YANG BATHIL DAN (JANGANLAH) KAMU MEMBAWA (URUSAN) HARTA ITU KEPADA HAKIM, SUPAYA KAMU DAPAT MEMAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA HARTA BENDA ORANG LAIN ITU DENGAN (JALAN BERBUAT) DOSA, PADAHAL KAMU MENGETAHUI." [AL-BAQOROH : 188]

KENAPA ISLAM POTONG TANGAN ORANG MENCURI, TIDAKKAH ITU SANGAT KEJAM?

"Kenapa Islam minta potong tangan orang yang mencuri? Tidakkah itu sangat kejam?" soal lelaki German itu dengan nada separuh provok dan ingin tahu. Suasana menjadi diam seketika.

Tengahari itu kami berehat sebentar melepaskan lelah setelah travel beratus kilometer ke Kuala Lumpur. Sebelah petangnya ada lagi 2 program besar menanti dan perlu berada semula di Perak pada waktu Isya sebelum meneruskan ekspedisi dakwah ke bumi Kedah keesokan harinya. Peluang berehat seketika itu memang sangat mustahak demi mengekalkan kesegaran untuk mengharungi jadual padat kami pada hari itu.

Di saat berehat itu, kami didatangi seorang lelaki Eropah, memperkenalkan dirinya sebagai Frank Michel. Rupanya beliau merupakan fisrt secretary kedutaan German di Malaysia. Beliau menghampiri kami kerana tertarik kepada lambang jemaah Islam yang tertera di jaket yang kami pakai.

13 Januari 2012

Sampel Tanah Daripada Dua Kenderaan Mungkin Tercemar - Saksi

SHAH ALAM, 11 Januari 2012 : Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, diberitahu sampel tanah yang diambil daripada dua kenderaan yang ditemui di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Banting, mungkin tercemar.

11 Januari 2012

CATATAN Anwar Dari Mumbai

Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi. Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sampel Tulang Tidak Dapat Dianalisis Kerana Rapuh

SHAH ALAM, 10 Januari : Seorang pensyarah Patologi Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain bahawa beliau tidak dapat membuat kesimpulan terhadap sampel-sampel tulang di dalam kes itu.

Prof Dr Faridah Mohd Nor, 49, memberitahu mahkamah, beliau tidak dapat membuat ujian kaedah pemeriksaan tulang menggunakan mikroskop yang menjadi kepakaran beliau bagi menentukan sama ada tulang-tulang itu adalah tulang manusia atau haiwan kerana keadaan sampel yang rapuh.

10 Januari 2012

Hargailah Pengorbanan Insan Bergelar Isteri


ISTERIMU TIDAK BEKERJA?

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Isteri encik, Puan Halimah bekerja di mana?
Encik Zainal : Dia
TIDAK BEKERJA. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia
TIDAK BEKERJA.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan?
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana?
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia
TIDAK BEKERJA.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan
TIDAK BEKERJA.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia
TIDAK BEKERJA.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan
TIDAK BEKERJA? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

: : Hargailah pengorbanan seorang wanita bergelar isteri. Kerana pengorbanannya tidak mampu kaubayar dengan harta dan wang berjuta (tapi kalau mampu sediakan harta dan wang berjuta buat isteri, apa salahnya, kan...?)

SAMSUNG Keluarkan Telefon Berinspirasikan Lesung? Galaxsung S?


ADUH!!! Galaxy Lesung Batu!!! [BERHATI-HATI ANDAI MEMBELI SECARA ONLINE]
JOHOR BAHRU : Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran. Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.

Sembilan CPU, Dua Komputer Riba Dianalisis Dalam Siasatan Kes Sosilawati

SHAH ALAM, 9 Januari : Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendengar kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, diberitahu sembilan unit pemprosesan pusat (CPU) komputer dan dua komputer riba telah diperiksa dan dianalisis pihak polis dalam siasatan kes itu.

09 Januari 2012

Geng PERKASA Makan Pil Kuda Ke? Solat Hajat Selepas Asar?

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Jalan Duta SELEPAS ASAR pada Ahad bagi memohon tiada kejadian tidak diingini berlaku di ibu kota berikutan perhimpunan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin. - BERNAMA

Mu bahang pil kuda ke, gi smayang hajat pas asor, berat nanang...!!!
Abu Hurairah menceritakan; "Rasulullah menegah dari mengerjakan solat selepas asar hingga terbenam matahari dan selepas subuh hingga terbit matahari." (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah. Bab al-Auqat allati Nuhiya ‘an as-Solah fiha).

............................................................

Perkasa Solat Hajat Mohon Tiada Kejadian Buruk Di Ibu Kota Esok
KUALA LUMPUR [Mstar Online] : Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Jalan Duta selepas Asar pada Ahad bagi memohon tiada kejadian tidak diingini berlaku di ibu kota berikutan perhimpunan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin.

Mati Terlebih Ambil Ubat Perangsang Seks

JAKARTA, 8 Januari : Seorang lelaki warganegara Malaysia ditemui mati di sebuah bilik hotel di sini pagi Ahad dan polis percaya beliau mati akibat terlebih mengambil ubat kuat (peransang seks). Difahamkan mayat lelaki berusia 56 tahun itu dijumpai pada kira-kira pukul 5 pagi. Beliau berasal dari Selangor.

Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat. Jenazahnya dihantar ke rumah mayat Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM) untuk bedah siasat. Polis telah memaklumkan kejadian itu kepada Kedutaan Besar Malaysia di sini. - BERNAMA

08 Januari 2012

Wanita Semakin Tenggelam Dengan Kalimah CANTIK

Wanita semakin tenggelam dengan kalimah CANTIK. Kita semakin hanyut dengan kefahaman bahawa mereka yang cantik perlu membuka aurat, mereka yang cantik perlu memakai alat solek yang tebal, mereka yang cantik perlu ada pendamping dari kaum lelaki dan mereka yang cantik itu ialah wanita yang liberal, bebas menurut kehendaknya, meneroka dunia dengan setipis rasa malu, meletakkan diri sebaris dengan budaya yang diagungkan Barat dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan nilai Islam.

Fesyen, itu yang kita kejar. Dengan fesyen, kita boleh jadi cantik. Fesyen mampu mengubah pandangan dunia terhadap wanita hingga akhirnya, hanyut jauh dari fikrah sebenar penciptaan wanita.

Bukankah mendekati kesempurnaan itu lebih baik daripada kita menjadikan 'Tiada Manusia Sempurna' sebagai alasan untuk terus buat kesilapan yang sama? Renung-renungkan.. :)

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." [An-Nur : 31]

06 Januari 2012

Abang Dipenjara Pukul Teman Lelaki Adik

Apabila undang-undang ciptaan manusia digunakan, maka inilah jadinya. Makin syokkk la adiknya nanti (andai tidak insaf) untuk bebas merdeka bertemu kekasih hati. Kepada si abang, tindakan anda mempertahan serta menjaga maruah adik anda (yang dihantar lewat malam oleh boyfriendnya) amatlah mulia. Mungkin hanya sedikit silap apabila berlaku kecederaan kepada si mangsa.

Segelintir manusia mungkin akan kata, negara kita ni ada undang-undang, yang kaupakai undang-undang sendiri sampai patah tangan boyfriend adikkau tu kenapa...? Buat segelintir manusia yang bodoh ni, suka juga aku nak bertanya, apakah terkandung dalam perundangan yang digunapakai KERAjaan sekarang ini, undang-undang yang menghalang teman lelaki membawa keluar pasangannya ke hulu ke hilir sehingga lewat malam? Berkepit sana-sini, berpeleseran siang malam, apakah tindakan tegas yang diambil?

Mana yang lebih baik, undang-undang ciptaan manusia atau undang-undang milik ALLAH.....?


Lelaki Menangis Bersalah Pukul Teman Lelaki Adik
KOTA BHARU, 05 Januari 2012 – Pekarangan Mahkamah Tinggi di sini diselubungi hiba apabila seorang lelaki menangis selepas hukuman bersabit kesalahan mencederakan teman lelaki adiknya dikekalkan mahkamah itu, semalam. Lebih memilukan apabila beberapa ahli keluarganya yang hadir turut dilihat mengesat air mata menangisi keputusan yang dibuat Hakim Azman Abdullah itu.
Related Posts with Thumbnails