Khamis, 27 Januari 2011

Surat Pelajar Kepada Najib : PELAN PEMUSNAHAN GENERASI MASA DEPAN?

Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.


Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).


Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.


Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.


Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!


Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.


DASAR


Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?


Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?


Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.


Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.


Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!


Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, "Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya." Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?


PELAN TRANSFORMASI EKONOMI


Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.


Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.


Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.


Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.


Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?


Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan 'PEMUSNAHAN' besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan
'PEMUSNAHAN' berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan 'menghancur' dan 'membunuh' pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?


IFF dan AURAT


Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, "Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah." Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.


Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama "Kelembutan Islam" (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?


Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?


JUDI


Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?


Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?


Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LAKNAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?


Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?


KEMISKINAN dan HARGA NAIK


Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.


Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.


Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!


Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).


Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.


Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.


Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.


SUARA RAKYAT


Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami 'perusuh-perusuh' yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.


Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.


Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.


Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?


Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.


Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?


Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?


REFORMASI


Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.


Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.


Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.


Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.


Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?


Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.


Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!


Sekian, terima kasih.



Yang benar,

Muhammad Muizzuddin Bin Zaini




Sila SHARE / KONGSI semula agar edarannya dapat diteruskan...


Sabtu, 22 Januari 2011

MCA Hina ISLAM - UMNO Bagai Jantan Tiada 'TELUR'

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR, 21 Jan : Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyindir alaman biasa cara wanita Islam bersalam di tempat awam mendapat kritikan keras daripada pembaca Harakahdaily di Facebook dan Twitter.

Kebanyakan pembaca yang mengkritik turut membuat perbandingan dengan kes Chua yang ditangkap melakukan hubungan jenis dengan seorang rakan wanitanya dalam sebuah video yang telah menyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan kabinet dan partinya sebelum menjadi Presiden MCA pada tahun lepas. "Anda adalah orang yang membuat penilaian terhadap orang yang tidak bersalam. Apakah penilaian kita terhadap seorang yang telah melakukan zina?" tanya seorang peguam, Syahredzan Johan di Twitter. Beliau turut berpendapat bahawa bekas Menteri Kesihatan itu tidak harus membuat sebarang penilaian moral ketika orang lain boleh menyoalkan kompas moralnya sendiri.

Jumaat, 21 Januari 2011

Adun Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan Meninggal Dunia

BERNAMA
MELAKA, 20 Jan : Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas meninggal dunia di Hospital Pakar Putra di sini, malam Khamis. Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu, Radhuana Salleh berkata exco kerajaan negeri Melaka itu meninggal dunia pada kira-kira pukul 8.10 malam.


Petang tadi Allahyarham yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa Melaka, berada dalam keadaan koma serta kritikal, dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan semasa dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU) hospital. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditemui di hospital di sini malam ini berkata allahyarham disahkan meninggal dunia selepas alat itu menunjukkan tanda mendatar.

Khamis, 20 Januari 2011

Adun Merlimau Berada Dalam Keadaan Kritikal Di Hospital Putra

BERNAMA
MELAKA, 20 Jan : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dalam keadaan koma dengan menggunakan alat sokongan di unit kawalan rapi (ICU) Hospital Pakar Putra di sini petang ini. Antara yang hadir menziarahi beliau di hospital adalah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.


"Sewaktu menziarahi beliau sebentar tadi bersama beberapa anggota Exco negeri, beliau berada dalam keadaan koma dan bernafas menggunakan alat sokongan mesin," katanya kepada pemberita di Hospital Putra di sini pada empat petang tadi. Sehubungan itu, beliau meminta pihak media agar tidak membuat spekulasi mengenai kedudukan terkini Mohamad Hidhir kerana terdapat laporan berita portal media mengatakan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu. Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

BIK MAMA TIDAK RISAU DENGAN PENGKRITIK

Memetik laporan BERNAMA, inilah kata-kata Rosmah Mansor kepada pihak yang mengkritiknya berhubung lawatan ke luar negara. Rosmah berkata : "Bagi saya, jika mereka mahu bersungut, saya tidak ada isu. Biarkan saja. Saya hanya lakukan ini sebagai isteri seorang pemimpin. Ia adalah tugas dan tanggungjawab saya untuk membantu setakat yang saya mampu, terutama yang berhubung usaha untuk memperkasakan wanita dan isu-isu kanak-kanak."

"Saya tidak terbabit dalam politik, saya tidak terbabit dengan polisi kerajaan - yang telah dijalankan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Kabinet. Kita hanya membantu dari segi masa dan usaha dan (demi) kepentingan kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik, jadi apa masalahnya."

MASALAHNYA : Kau bukan menteri, kaucuma bini Pak Menteri!!! Dan kau pergi atas pembiayaan siapa? Kalau kau guna duit poket Najib atau duit poket sendiri, itu rakyat tak kisah. Lagak kau mengalahkan menteri, menghabiskan harta negeri, di saat rakyat tenat gawat ekonomi...

DAP Lebih Fahami Islam Berbanding UMNO?

DAP lebih fahami Islam berbanding UMNO? Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha!!! Bukan aku yang kata, bukan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang kata, tapi diperakui sendiri oleh Tan Sri Isa Samad!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Apa sudah jadi UMNO? Apa sudah jadi... Patutlah tolak Islam dalam pentadbiran, patutlah bini-bini Pak Menteri tak bertudung litup, tak fahami Islam rupanya Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!

UMNO Akui Kejayaan PAS
Harakahdaily

KOTA BHARU, 20 Jan :
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur kerana Tan Sri Isa Samad sedar, DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS. Tuan Guru berkata, walaupun kenyataan Isa berupa sindiran, namun sebenarnya penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap konsep Islam telah berlaku dan membuktikan PAS telah berjaya membawa kebenaran agama itu pada golongan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang mendakwa DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.

Isa dengan kenyataan menyindirnya juga berkata, sedangkan 'kita' (Umno) yang sudah muslim, kadang kala tidak berapa faham, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal semalam. Isa berkata demikian pada satu majlis makan malam 1 Malaysia yang sebahagian besarnya dihadiri oleh kaum Cina. Kata Tuan Guru lagi, perkembangan itu membuktikan kejayaan PAS sendiri dalam membentuk hubungan setia kawan dengan anggota parti lain.

"Tak semestinya masuk Islam, terima konsep atau dasarnya pun sudah cukup, tapi kalau nak menerima Islam lagi baik. Apa lagi Islam sampai di negara China lebih awal di Tanah Melayu," ujarnya.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata, sekiranya perkataan yang dikeluarkan dari mulut Isa Samad lahir dari hatinya yang tulus iaitu 'orang muslim tak faham Islam', memang wajar sekali dengan apa yang berlaku sekarang di mana orang Melayu Islam menerima perjuangan sekular BN.

"Sudah terang lagi bersuluh, kenyataan Tan Sri Isa itu membuktikan orang Melayu hanya beragama Islam pada adat, tetapi tidak tahu untuk menjadi orang muslim yang sebenar," ujarnya. Tambahnya, kerana tidak faham itu menyebabkan kecelaruan sering berlaku dalam masyarakat.

Katanya lagi, kerana menyedari umat Islam tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai muslim, menyebabkan PAS sentiasa bersedia untuk memberi penerangan kepada mereka. "Yang jadi masaalahnya Umno ni buat masjid tahu, tetapi untuk menerima penceramah di situ kena tapis, kena pohon kebenaran," ujarnya.

Ku Li Timbulkan Semula Isu Royalti Minyak Kelantan

MALAYSIAKINI
Ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang berdepan masalah dengan istana Kelantan kini kembali menyuarakan tuntutan negeri itu ke atas royalti minyak. Katanya, rakyat negeri itu berhak ke atas sumber berkenaan yang didapati daripada bumi mereka sendiri. Putera raja Kelantan itu juga berkata, perkara berkenaan merupakan isu yang perlu diselesaikannya demi kepentingan rakyat Kelantan.

Jelasnya, ia akan diteruskan walaupun beliau kini menghadapi masalah dengan Istana Kelantan. Sultan Muhammad V pada akhir tahun lalu bertindak menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh sebelum ini. Tengku Razaleigh menjelaskan, isu royalti minyak dan isu pengurniaan darjah kebesaran itu merupakan dua perkara berbeza. Beliau memberi alasan, isu royalti minyak melibatkan konsep federalisme.

Jelasnya, penubuhan Petronas juga bertujuan memajukan negeri-negeri di pantai timur semenanjung. Langkah oleh Petronas itu berbeza dengan perjanjian oleh British yang tidak memberikan hak kepada negeri sekiranya minyak ditemui di luar pantai, katanya lagi. Katanya lagi, atas dasar itu lah menteri besar dan ketua negeri menandatangani perjanjian dengan Petronas di bawah konsep federalisme untuk menyerahkan hak negeri kepada syarikat tersebut.

Tambahnya, perkara itu amat mudah untuk difahami. Sekiranya minyak ditemui di negeri Terengganu, Pahang, Johor, Kelantan atau di Sabah dan Sarawak, negeri-negeri ini perlu dibayar royalti, katanya.

Rabu, 19 Januari 2011

PEMBESAR SUARA MASJID UNTUK AZAN SAHAJA? JANGAN JADI BAHALOL!!!

PEMUDA PAS WILAYAH SETUJU PENDIRIAN JAKIM
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR, 19 Jan : Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta menyemak balik pandangannya mengenai penggunaan pembesar suara di masjid dan surau kerana ia tidak sepatutnya digunakan untuk laungan azan sahaja. Penggunaan pembesar suara merupakan sesuatu yang penting dalam konteks dakwah, tetapi jika dihadkan kepada azan sahaja, ia akan menyempitkan ruang untuk berdakwah kepada masyarakat.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Mohamad Suhaimi Abdul Aziz menegaskan, selain azan, pembesar suara juga patut digunakan untuk bacaan khutbah Jumaat dan kuliah agama kerana ia merupakan suatu langkah baik bagi kegiatan dakwah.
Menurut beliau, perkara itu sejajar dengan fungsi masjid dan surau itu sendiri yang bukan hanya tempat untuk bersolat sahaja, tetapi juga bagi pelbagai aktiviti berfaedah lain untuk umat Islam dan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau bersetuju dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang menyifatkan sebarang cadangan agar mengehadkan penggunaan pembesar suara di masjid hanya kepada azan sahaja sebagai melampau dan berniat jahat.


"Dalam hal ini, saya memang bersetuju dengan pandangan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz itu. Saya juga amat bersetuju dengan langkah Jakim yang akan mengarahkan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan meneruskan amalan pembesar suara seperti biasa," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Isnin, 17 Januari 2011

PAS Letak Calon Muslimah PRK DUN Tenang

LABIS, 16 Jan : Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini. Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Nik Abdul Aziz Mujaddid Abad Ini - Dr Dzulkefli

SHAH ALAM, 16 Jan : "Saya yakin, selepas Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tiada nanti, umat Islam akan menggelarkan dia mujaddid abad ini," kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad. Dr Dzulkefli berkata demikian dalam program forum 'Bedah Buku Tokoh-tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah' yang diadakan di Masjid Saujana Utama dekat sini malam semalam.

SAMAN PETRONAS : Pelik Pusat Pohon Jadi Defendan

KUALA LUMPUR, 16 Jan : Langkah kerajaan Persekutuan yang mahu mencelah dan seterusnya menjadi defendan kedua dalam kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas menimbulkan tanda tanya. Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, permohonan kerajaan Pusat memohon untuk mencelah dalam kes itu akan didengar pada 27 Januari ini di Mahkamah Tinggi Perdagangan.

Gembleng Blogger Pakatan Hadapi PRU 13

KUALA LUMPUR, 16 Jan : Tidak ada satu perkara yang paling diharapkan daripada dunia blogger Pakatan Rakyat melainkan untuk melihat BN dan Umno disungkurkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang dan PRU 13 akan datang. Justeru, Drs Khalil Idham Lim mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dengan kejayaan kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Majlis Mesra Menteri Besar Kelantan Bersama Blogger Pakatan yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.

Isnin, 10 Januari 2011

SEMOGA ALLAH SWT MEMELIHARA NEGERI PAKATAN RAKYAT DARI KERAKUSAN UMNO-BN

SELANGOR : MEREKA TUNJUK LAGI PERANGAI ITU
HARAKAHDAILY
SHAH ALAM, 10 Jan : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor agar bersabar menghadapi segala bentuk serangan pihak lawan yang mahu merampas negeri itu. Beliau ketika menyampaikan pidatonya di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi berkata, apa yang menimpa Selangor hari ini bukan perkara baru, malah PAS sudah menghadapinya sejak tahun 1959 lagi.

"Kita mesti bersabar dan kami dalam PAS telah lama alami keadaan ini.
Kita berpengalaman sejak tahun 1959 apabila kerajaan PAS Terengganu diguling sebelum kita ambik balik pada tahun 1999," katanya yang menjelaskan terpaksa bersabar lebih 40 tahun sebelum dirampas pula pada tahun 2004. Beliau berucap demikian dihadapan lebih 30 ribu hadirin yang hadir pada Majlis Solat Hajat dan Pidato Perdana di sini malam tadi.

Jumaat, 7 Januari 2011

DIALOG BERSAMA TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ, DAFTAR SEGERA!!!

KUALA LUMPUR, 6 Jan : Sebagai persiapan dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kerajaan negeri Kelantan akan menganjurkan pertemuan dengan kumpulan blogger pro Pakatan Rakyat. Program yang dinamakan Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama Blogger itu akan diadakan pada 15 Januari ini di Hotel Grand Seasson, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu, selain Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hadir sama pada majlis itu nanti termasuklah beberapa exco kerajaan negeri yang lain.
"Majlis ini kita akan adakan secara tertutup dan ada beberapa perkara yang kita akan bincangkan," katanya.

Selain bersemuka dengan Tuan Guru, ianya juga dilihat medan terbaik kepada para blogger Pakatan Rakyat untuk menyumbang idea dalam usaha membantu Pakatan Rakyat berdepan PRU nanti.


Sehubungan itu, semua blogger pro Pakatan Rakyat diminta mendaftarkan diri dengan menghantar emel kepada alamat editorxkutif@yahoo.com.my kelolaan Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mohd Jam untuk mendapatkan pas masuk.
Pendaftaran haruslah disertakan dengan nama penuh dan nama blog yang sedang beroperasi.

"Kita akan adakan mesyuarat terakhir pada 10 Januari ini untuk menilai penyertaan.
Kita mintak kepada blogger, paling lewat untuk pendaftaran adalah pada 9 Januari," kata Abdul Rahman.

Kes Teoh Beng Hock : Majlis Peguam Ulangi Gesaan Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja

KUALA LUMPUR, 6 Jan : Majlis Peguam hari ini mengulangi gesaannya supaya kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung punca kematian Teoh Beng Hock. Presidennya, Ragunath Kesavan berkata suruhanjaya itu perlu diberi ruang yang luas bagi menyiasat situasi dan punca kematian setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah itu, serta menyemak soal siasat dan teknik yang digunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kedua-dua aspek ini saling berkait dan tidak boleh dianalisis secara berasingan," katanya dalam satu kenyataan di sini. Semalam, Mahkamah Koroner menolak bunuh diri sebagai punca kematian Teoh pada 2009. Koroner Azmil Muntapha Abas, yang mendengar inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh mulai 29 Julai 2009, turut memutuskan bahawa tidak ada penglibatan pihak ketiga dalam kes itu.

Teoh ditemui mati pada 16 Julai, 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut. Ragunath berkata kerumitan kes tersebut memerlukan penelitian holistik dan menyeluruh semua fakta yang relevan oleh suruhanjaya siasatan diraja. Beliau menyambut baik laporan bahawa kerajaan dijangka mengumumkan penubuhan suruhanjaya berkenaan.

Pihak Tuduh Beng Hock Bunuh Diri Perlu Minta Maaf

KUALA LUMPUR, 6 Jan : Keputusan mahkamah koroner semalam jelas menunjukkan pandangan pihak tertentu khususnya media pro Umno BN bahawa mendiang Teoh Beng Hock membunuh diri adalah salah. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tohmahan awal oleh pihak tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja salah, namun tidak menghormati pihak keluarga dan keputusan mahkamah. "PAS mendesak supaya pihak media yang membuat tohmahan sebelum ini memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Teoh Beng Hock dan rakyat Malaysia amnya dengan mengeluarkan kenyataan penuh bagi menghormati keputusan mahkamah," gesanya.

Khamis, 6 Januari 2011

Keluarga Mahu Keputusan Inkues Teoh Beng Hock Disemak Semula

SHAH ALAM, 5 Jan : Keluarga mendiang Teoh Beng Hock akan memfailkan permohonan bagi menyemak semula keputusan inkues yang mendapati kematian mangsa bukan disebabkan bunuh diri, homisid atau penglibatan pihak ketiga. Peguam Gobind Singh Deo berkata ia akan dilakukan dalam masa terdekat selepas mengkaji keseluruhan keputusan Koroner Azmil Muntapha Abas, Rabu. "Kami berpendapat keputusan ini tidak dapat diterima. Walaupun tiada elemen jenayah, tetapi mahkamah bersetuju bahawa wujudnya kecederaan di bahagian leher mangsa sebelum mendiang jatuh dari bangunan itu.

"Persoalan tentang bagaimana Teoh mendapat kecederaan itu dan menemui ajalnya, masih menjadi tanda tanya dan mengganggu fikiran keluarganya. Kami perlu mendapat jawapan daripada pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) kerana Teoh tidak cedera ketika beliau ke pejabat SPRM, dan mendiang tidak pernah meninggalkan pejabat SPRM," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

KES TEOH : Pakatan Gesa Tubuh SURUHANJAYA DIRAJA

SHAH ALAM, 5 Jan : Pakatan Rakyat mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera bagi mendapatkan keadilan bagi pihak Teoh Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009. Desakan ini ekoran Mahkamah Koroner hari ini tidak dapat memutuskan sama ada Beng Hock membunuh diri atau dibunuh.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari menganggap keputusan Koroner Azmil Muntapha Abas sebagai satu drama.
"Kita harap rakyat buka mata bahawa kematian pegawai khas kepada exco ini satu perkara serius. Kita menuntut supaya kes ini dibawa ke Suruhanjaya Diraja untuk kita meneliti kes ini. Siasatan awam dan keputusan hari ini satu drama sahaja," kata beliau yang juga Adun Kota Anggerik.

KES TEOH : Inkues Putuskan 'Open Verdict'

SHAH ALAM, 5 Jan : Koroner Azmil Muntapha Abas yang membacakan keputusan kes kematian Teoh Beng Hock hari ini tidak dapat memutuskan samaada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut 'open Verdict'. Azmil ketika membuat penghakiman terbuka tersebut berkata masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Selasa, 4 Januari 2011

Yang di-Pertuan Agong Perintah Mengadap - Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU, 4 Jan : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, beliau dan pemimpin kanan PAS telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis santapan malam di Istana Terengganu di Kuala Lumpur. Menurutnya, titah Tuanku Mizan itu telah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau mengunjunginya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'