VVIP DENAI CINTA

22 November 2011

TAHNIAH MALAYSIA!!! Pertahan Pingat Bolasepak Sukan SEA

TAHNIAH HARIMAU MUDA atas kecemerlangan mempertahankan pingat emas dalam temasya sukan SEA ke-26. Dua tahun lepas, Malaysia memenangi emas dalam acara penting ini di Laos. Dan untuk edisi kali ini, stadium Gelora Bung Karno menjadi saksi kebangkitan hebat pemain Malaysia menentang Indonesia.

Pertemuan ini dimenangi skuad Bawah 23 tahun negara yang dikendalikan jurulatih Ong Kim Swee dengan menumpaskan Indonesia 5-4 melalui penentuan sepakan penalti, sekaligus membuktikan Malaysia adalah pasukan terbaik di rantau ini.

Perlawanan penuh (90 minit) berkesudahan seri 1 - 1. Indonesia membuka jaringan menerusi Gunawan Dwi Cahyo pada minit ke-4 sebelum pemain Malaysia Mohd Asraruddin Putra Omar menyamakan kedudukan pada minit ke-33.

Perlawanan terikat dengan jaringan tersebut sehingga tamat masa tambahan, penentuan pingat emas dilakukan melalui sepakan penalti. Dan ALHAMDULILLAH, Malaysia menang dengan keputusan 5-4.

.............................................

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Ucap Tahniah Kepada Pasukan Negara!!!

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011, sebentar tadi. "Tahniah saya ucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang baru sahaja memenangi pingat emas di Sukan Sea dalam aksi final yang mendebarkan sebentar tadi. Semoga pasukan bola sepak negara terus mengukir kecemerlangan," ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan menerusi twitter. - Harakahdaily

1 ulasan:

armouris berkata...

tahniah Malaysia! lagi info tentang bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

Related Posts with Thumbnails