VVIP DENAI CINTA

15 September 2011

Wajah-Wajah Kuala Lumpur

14 September 2011, Pudu Sentral (dulunya Puduraya)

Sekitar jam 10:20malam, usai bertemu sahabat, Ustaz Shahril Sazri yang pulang bercuti dari Mukah, Sarawak, aku terserempak dengan seorang warga emas yang duduk di kaki lima jalan. Tersentuh hati melihat warga emas yang sudah bongkok badannya (berbangsa cina) tersengguk-sengguk tertidur di laluan orang ramai. Bertemankan di sisinya kotak-kotak dan plastik-plastik terpakai (yang boleh diklasifikasikan sebagai sampah).


Ada sepasang suami isteri berbangsa cina yang berhenti dan cuba menghulurkan duit, tetapi nenek tua ini lantas menolak dan menyatakan dia bukannya meminta duit....! Dia tak meminta duit dan lantas menyatakan bahawa dia berniaga di situ. Apa yang diniagakannya....? Tangannya menunjukkan kepada barang jualan yang diletakkan di atas lantai hanya beralaskan kotak yang basah dek hujan. Barang yang dijual oleh nenek ini adalah PETAI.....!

PETAI [Dalam bulatan]

Aku sendiri pada awalnya tidak terperasankan petai yang dijual nenek tua ini. Sempat berbual sebentar dengan warga emas ini, namun butir bicaranya kadang-kala tenggelam dalam kebisingan kereta yang lalu-lalang (aku hanya mengangguk seolah faham, melayan cerita yang diungkapkannya).

Aku bertanya, nenek tak terima kalau orang mahu bagi wang, mahu bagi sedekah...? Dia lantas memberitahu tidak mahu dan dia berniaga bukannya mahu meminta-minta. Pening juga kepala otak aku (macammana nak sedekah sedikit wang kepada nenek ni), melihatkan petai yang ada di samping nenek ini, tidaklah banyak namun aku bukannya penggemar petai (walaupun aku makan ikan bakar petai). Aku menyatakan padanya, orang sekarang tak gemar sangat makan petai nek.... Nenek jual la benda lain, dia cuma diam.

Petai yang dijualnya, RM5 seikat (ada la 3papan petai dalam setiap ikat). Ada 6 ikat petai semuanya. Aku ambil keputusan, kesian tengok nenek ni tersengguk-sengguk di tepi jalan menunggu pelanggan dalam kesejukan hujan (dah hampir jam 11malam pulak tu) maka aku beli kesemua petainya. (apa aku nak buat dengan petai-petai ni....?)

......................................
Dalam kesibukan kota, dalam kita ghairah menyambut hari Merdeka dan hari Malaysia, dalam laungan Transformasi serta globalisasi, masih ramai di luar sana insan-insan seperti nenek ini.... Tidak berumah dan tidurnya hanya di tepi jalan serta di kaki-kaki lima.

Sedih bila dia memberitahu tidur malamnya sering 'diganggu' serangga-serangga kecil yang datang menggigit dan kadangkala masuk ke dalam telinganya. Dan sesiapapun pasti sayu melihatkan susuk tubuh tua ini yang tidak terurus, berbaju lusuh serta bagaimanakah agaknya makan minumnya setiap hari. Wallahu a'lam.

Namun nenek tua ini masih mampu membuatkan aku tersenyum sebelum meninggalkannya. Pabila dia bertanya semasa aku menghulurkan duit membayar jualan petainya, "lu ada beli nombor ka....?" Maka terus aku jawab, "Mana boleh beli nombor nekkkk, itu Tuhan Allah marah..."

Nenek tua lantas menyambung, "Ooooo... kalau lu beli, saya boleh kasi nombor! Gerenti kena....!" Dalam hati aku, "hihihihi nenek ni, kalau gerenti kena, nenek la gi beli, tentu hidup nenek lebih senang kalau menang nombor tu nanti...." Emmmm.... Macam-macam la nenek ni. Semoga nenek terus sihat di penghujung usia nenek. Dan mana tahu, andai hidayahNYA buat nenek, semoga nenek pergi sebagai seorang muslimah. - Wajahmu Oh Kuala Lumpur

2 ulasan:

MANSHARIF berkata...

tengah hari tadi saye nmpak gak nenek nie jual petai....sampai mlm bru habis..pergh....serius sedih tengok...apekan daye...
;(

Lelaki Ini berkata...

oh... saudara ManSharif terserempak jugak dengan nenek ni...? memang sedih dan kita pun xpunya kuasa untuk menolong golongan sebegini.

semoga Allah swt membuka pintu hati pihak berwajib serta pemimpin2 kita untuk menjenguk apa yang dihadapi rakyat bawahannya.

Related Posts with Thumbnails