VVIP DENAI CINTA

23 September 2011

FILEM : Bini-Biniku Gangster Hina Rumah Allah?

BINI-BINIKU GANGSTER MENGHIBURKAN
Aku tidak mahu mengulas panjang mengenai filem ini. Bini-Biniku Gangster nyata sebuah filem yang menghiburkan (namun penonton bakal dikelirukan - andai terperasan - [sedikit je keliru.. haha] dengan satu watak yang tidak menjadi - hanya yang betul-betul memerhatikan perjalanan cerita ini akan memahami. So tengok betul-betul filem ini, aku malas nak ulas!!!)

TAK SENSITIF ISU AGAMA
Apa yang ingin aku perkatakan, adalah mengenai isu yang agak sensitif yang seringkali ditegur kepada penggiat seni iaitu mengenai isu agama.....! Nampaknya, penggiat seni kita masih cetek perihal hal yang sensitif terutamanya mengenai agama Islam. Dan aku tak pasti apakah Lembaga Penapisan Filem Negara masih menggunakan penapis santan untuk menapis setiap filem yang memohon untuk ditayangkan. Dan kemanakah fungsi pihak yang memegang portfolio berkaitan agama Islam dalam menjaga serta menyediakan garis panduan buat penggiat seni tanah air.

MENGHINA KESUCIAN RUMAH ALLAH!!!
Aku sebagai insan yang cetek ilmu agama, sekali sahaja menonton babak dalam filem ini, aku dah rasa tak sedap hati...!!! Tak sedap hati apabila babak yang memaparkan acara akad nikah di antara Shaheizy Sam dan Intan Ladyana. Babak pernikahan tersebut di dalam masjid, sebaik pengantin lelaki selesai melafazkan akad ijab dan qabul, terus si pelakon lelaki mendekati pelakon wanita (Intan Ladyana) seraya berteriak/bertempik (menunjukkan reaksi terlampau gembira - dapat bini nombor 2) lantas memegang tangan dan terus mendukung sang pelakon wanita tersebut. DAN ADEGAN INI DILAKUKAN DI DALAM RUMAH ALLAH SWT.

Kalau kau dah SAH sebagai suami isteri yang dinikahkan di dalam masjid, itu kau punya pasal la nak pegang tangan (bersalaman misalnya). Tapi dalam sejarah pernikahan di masjid, tak pernah rasanya ada yang kurang ajar bertempik gembira dapat menikah dan menggendong pengantin wanita di dalam masjid...!!!


Rumah Allah swt derrrr... Agak-agak le. Dengan Allah swt pun Lu nak LANGSI ke derrr....? Aku amat berharap agar penggiat seni tanah air kita ni lebih prihatin dengan persoalan berkaitan agama. Kalau jahil, kaurujuk le mereka yang arif. Dan Lembaga Penapisan Filem, buatlah kerja dan tunaikan amanah tu sebaiknya. Kalau staff korang pun jahil, maka ambik le orang yang ada kelulusan agama sebagai kakitangan di LPF. Takkan itu pun aku nak ajar...! Cehhh...!!!

6 ulasan:

ika~~ berkata...

seyesly?
xg tgk pn lg.pengarah filem shud aware benda2 cmni.dh byk kali dah...

mdfaizal berkata...

kalau ikut apa yg ko cerita -
dari segi babak - tak menghina cuma tidak sopan buat mcm tu dalam masjid.

tp dr segi hukum tambah dukung intan ladyana tu paham2 jela, selain tu mesti ada sedikit unsur nafsu. hohoho

Rohaifi Azri berkata...

ika : begitulah adanya... TERKILAN jugak bila ada babak camtu.

Saudara mdFaizal : Mungkin BETUL ia dianggap TIDAK SOPAN.

Namun cuba kita berbalik kepada Hukum bersentuhan lelaki dan wanita 'bukan mahram', ia adalah HARAM, kan...?

Kalau perlakuan sesama manusia, kita mungkin boleh-pakai istilah TIDAK SOPAN. Tapi apabila ia melibatkan HUKUM dan dibuat pula di dalam RUMAH ALLAH, maka ia bukan lagi TIDAK SOPAN dan mungkin boleh diklasifikasikan sebagai BIADAB dan mempersenda HUKUM yang telah ALLAH SWT tetapkan.

Iwanski berkata...

aku baru tengok... mmg melampau...

faiza ismail berkata...

tu..la..orang kita yang sungguh dangkal tentang agama islam...ni yg buat agama islam selalu dihina oleh kafir laknatullah ...hal agama jgn buat main-main..mungkin ari ni lepas esok lusa kita tak tahu balasan daripada Allh SWT.Kalu boleh jgn ditengok cerita melayu sekarang ni byk dah cerita yg mengarut..

faiza ismail berkata...

lebih baik kita sebagai umat islam kembali ke jalan Allah SWT dan kita jadikan Al-Quran dan Hadis Nabi sebagai panduan hidup nescaya kita tidak akan sesat selamanya...buat apa yang disuruh tinggalkan apa yang dilarang..

Related Posts with Thumbnails