VVIP DENAI CINTA

30 September 2011

Pegawai Forensik Tidak Tahu Keputusan Ujian Ke Atas Bahan Bukti

SHAH ALAM, 29 Sept : Seorang pegawai kanan polis forensik memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain bahawa beliau sendiri tidak mengetahui keputusan ujian termasuk DNA ke atas sampel-sampel yang diperoleh dari beberapa lokasi sekitar Banting.

29 September 2011

Setiap Yang Dicipta Allah Memiliki Pasangan


"Hidup regu mati, seperti pagi regu petang. Dunia regu akhirat dan syurga regu neraka. Kesemuanya dicipta Allah mempunyai regu... yang tiada regu hanya Allah sahaja..."

"Kita semua merupakan tetamu... tetamu ertinya kita menumpang sesuatu yang bukan hak kita dan tidak boleh pandai-pandai buat apa yang kita mahu. Saya sebagai Menteri Besar, jika datang ke rumah tuan-tuan, tidak boleh lakukan apa yang saya mahu kerana saya tetamu. Begitu juga kita sebagai tetamu Allah SWT di bumi... sampai masa kita akan kembali kepada Allah.."


*REGU bermaksud : Pasangan

Disalin-tampal dari : Facebook Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Foto oleh Rizal Tahir

Sampel Tanah Di Ladang Gadong Ada Darah : Saksi

SHAH ALAM, 28 Sept : Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Rabu bahawa 65 sampel tanah yang diambil dari Ladang Gadong, Banting, yang dipercayai menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, diuji positif mengandungi darah.

27 September 2011

TITISAN DARAH DAN SEHELAI RAMBUT PADA KAYU KRIKET

SHAH ALAM, 27 Sept : Seorang pegawai kanan forensik polis memberitahu Mahkamah Tinggi Selasa bahawa sebatang kayu kriket diambil dari Ladang Gadong, Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, untuk kegunaan padanan Deoxyribonucleic Acid atau DNA.

NAIK BAS : Antara PM Najib Dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz


Perdana Menteriku memang SEMPOI dan sikit punye gilerrr COOL kelakar dowwwhhhh!!!! Baca berita tentang PM ni membuatkan aku ketawa seakan diri ini menonton filem Johnny English Reborn...!!! Heboh seantero Malaya apabila PM diberitakan NAIK BAS untuk bertemu rakyat.....!!! Cuma di sini, nak beri korang melihat perbezaan NAIK BAS antara PM Najib dan MB Kelantan; Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat..... chekidautttt bebehhhh!!!!

G
ambar kiri dirakamkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak, Sabtu lalu. Mereka berdua turut diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Namun, ramai yang tidak tahu,
inilah bentuk dan rupa bas
yang dinaiki Najib dan isterinya itu.

Gambar kanan pula dirakam sewaktu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas ke suatu program pada 29 Jun lalu.

Sumber : Harakahdaily

Serpihan Tulang, Darah, Cebisan Seluar Dalam Ditemui Di Ladang

SHAH ALAM, 26 Sept : Seorang pegawai kanan forensik memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, Isnin bahawa sejumlah barangan termasuk serpihan tulang, kesan darah dan cebisan seluar dalam ditemui di sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

25 September 2011

Najib Teruja Naik Bas Untuk Temu Rakyat

Ce naik bas Rapid KL la kalau berani. Atau hang pi balik negeri
kelahiran (Pahang), try hang naik bas BEE HUAT kat
bandar Kuantan tu. Baru le hang tau erti penyesalan.... heh~

BATU GAJAH, 24 Sept : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini teruja dengan pengalaman pertamanya menaiki bas dalam rangka lawatan kerjanya ke Perak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan yang lain. "Very interesting, kita cuba konsep 'Bus Tour'... setakat ini saya rasa seronok sebab dalam bas ini suasananya cukup mesra dan riang kerana bersantai. Kita asyik bergurau antara satu sama lain, dan tidak rasa letih. Dalam perjalanan, banyak perkara yang boleh dibincangkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang di sini hari ini.

23 September 2011

Kes Sosilawati : Nombor Telefon Bimbit Milik Syarikat Pathmanabhan Digunakan Di Subang Jaya

SHAH ALAM, 23 Sept : Mahkamah Tinggi Jumaat diberitahu bahawa nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama syarikat guaman milik N Pathmanabhan ada digunakan di Subang Jaya pada malam kejadian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain mati dibunuh, 30 Ogos tahun lalu.

Rakyat Malaysia, Tunaikan Tanggungjawab Anda - UNDILAH!!!


Bacalah Sehingga Ayat Terakhir - "Mana Mak?"

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, "Along mana?"
Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."
Ayah tanya Mak lagi, "Angah mana?"
Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola.
Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"
Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"
Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"
Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

FILEM : Bini-Biniku Gangster Hina Rumah Allah?

BINI-BINIKU GANGSTER MENGHIBURKAN
Aku tidak mahu mengulas panjang mengenai filem ini. Bini-Biniku Gangster nyata sebuah filem yang menghiburkan (namun penonton bakal dikelirukan - andai terperasan - [sedikit je keliru.. haha] dengan satu watak yang tidak menjadi - hanya yang betul-betul memerhatikan perjalanan cerita ini akan memahami. So tengok betul-betul filem ini, aku malas nak ulas!!!)

TAK SENSITIF ISU AGAMA
Apa yang ingin aku perkatakan, adalah mengenai isu yang agak sensitif yang seringkali ditegur kepada penggiat seni iaitu mengenai isu agama.....! Nampaknya, penggiat seni kita masih cetek perihal hal yang sensitif terutamanya mengenai agama Islam. Dan aku tak pasti apakah Lembaga Penapisan Filem Negara masih menggunakan penapis santan untuk menapis setiap filem yang memohon untuk ditayangkan. Dan kemanakah fungsi pihak yang memegang portfolio berkaitan agama Islam dalam menjaga serta menyediakan garis panduan buat penggiat seni tanah air.

MENGHINA KESUCIAN RUMAH ALLAH!!!
Aku sebagai insan yang cetek ilmu agama, sekali sahaja menonton babak dalam filem ini, aku dah rasa tak sedap hati...!!! Tak sedap hati apabila babak yang memaparkan acara akad nikah di antara Shaheizy Sam dan Intan Ladyana. Babak pernikahan tersebut di dalam masjid, sebaik pengantin lelaki selesai melafazkan akad ijab dan qabul, terus si pelakon lelaki mendekati pelakon wanita (Intan Ladyana) seraya berteriak/bertempik (menunjukkan reaksi terlampau gembira - dapat bini nombor 2) lantas memegang tangan dan terus mendukung sang pelakon wanita tersebut. DAN ADEGAN INI DILAKUKAN DI DALAM RUMAH ALLAH SWT.

Kalau kau dah SAH sebagai suami isteri yang dinikahkan di dalam masjid, itu kau punya pasal la nak pegang tangan (bersalaman misalnya). Tapi dalam sejarah pernikahan di masjid, tak pernah rasanya ada yang kurang ajar bertempik gembira dapat menikah dan menggendong pengantin wanita di dalam masjid...!!!


Rumah Allah swt derrrr... Agak-agak le. Dengan Allah swt pun Lu nak LANGSI ke derrr....? Aku amat berharap agar penggiat seni tanah air kita ni lebih prihatin dengan persoalan berkaitan agama. Kalau jahil, kaurujuk le mereka yang arif. Dan Lembaga Penapisan Filem, buatlah kerja dan tunaikan amanah tu sebaiknya. Kalau staff korang pun jahil, maka ambik le orang yang ada kelulusan agama sebagai kakitangan di LPF. Takkan itu pun aku nak ajar...! Cehhh...!!!

22 September 2011

BUKAN SALAH KELANTAN BELUM LAKSANA HUDUD

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, bukan menjadi kesalahan Kelantan ekoran hukum hudud masih tidak dapat dilaksanakan di negeri itu disebabkan keterbatasannya. Katanya, suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran kerajaan pusat. "Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan," kata Dr Asri.

FILEM : Hantu Bonceng, Pandangan Ustaz Azhar Idrus

KUALA LUMPUR, 22 Sept : Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja. "Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa," ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog http://pulakdah.blogspot.com di bawah tajuk Zizan telefon Ust Azhar Idrus rujuk isu Hantu Bonceng.

PDRM Tak Akan Mohon Maaf Kepada Keluarga Aminulrasyid

Takpelah bro. Yang mati ditembak tu bukan anak kau. Yang dituduh sebagai penjenayah tu bukan anak kau. Tapi andai ditakdirkan anak cucu cicit kau kelak ditimpa kejadian sebegini, jangan pulak kau melolong menangis!!!!! Sukar sangatkah kau untuk mengungkapkan maaf, sedangkan MAHKAMAH menjatuhkan hukum bersalah terhadap anak buah kau yang menyebabkan kematian arwah.....!!! EGO dan hiduplah kau dengan keegoan kau!!! Tuihhhh!!!

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata beliau bersimpati dengan keluarga remaja berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh seorang anggota polis, Beliau bagaimanapun tidak menawarkan permohonan maaf yang dituntut oleh keluarga itu.

21 September 2011

15 PERKARA BAKAL MENGUNDANG BALA

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)

5. Anak derhaka terhadap ibunya

6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Arak sudah diminum secara berleluasa
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain."

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

20 September 2011

Aminulrasyid : Koperal Jenain Fail Rayuan

SHAH ALAM, 19 Sept : Koperal Jenain Subi, anggota polis yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah pada April tahun lepas, hari ini memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman itu. Peguam Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi yang mewakili tertuduh memfailkan rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini tengah hari tadi.

18 September 2011

BEG Isteri PM USD120,000? - Rakyat Harus Ubah Gaya Hidup

"Ya Tuhan, murahkan rezeki kami agar dapat beli beg yang lebih mahal.
Beg sekarang jenama Hermes Matte Crocodile Birkin
hanya berharga USD120,000 sahaja!"

16 September 2011

Kes Sosilawati : 2 Tertuduh Berhubung Melalui Telefon Bimbit Pada Malam Pembunuhan

SHAH ALAM, 15 Sept : Mahkamah Tinggi di sini Khamis diberitahu dua talian nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama dua tertuduh dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, saling berhubungan pada malam kejadian bunuh itu. Pengurus Besar Bahagian Bil Celcom Axiata Bhd, Abdul Latif Mohamed berkata berdasarkan rekod panggilan, menunjukkan talian tersebut yang didaftarkan atas nama R Matan dan K Kathavarayan digunakan di kawasan Banting.

Kematian Aminulrasyid : Koperal Jenain Dihukum 5 Tahun Penjara

SHAH ALAM, 15 Sept : Koperal Jenain Subi, 49, hari ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara setalah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah. Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Hakim Latifah Mohd Tahar turut menetapkan jaminan sebanyak RM10,000.

Katanya, pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan. Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Berdasarkan kenyataan anggota polis yang turut bertugas ketika insiden itu berlaku, mahkamah turut mendapati bahawa Jenain tidak perlu melepaskan tembakan berkenaan memandangkan motokar yang dipandu Aminulrasyid telahpun dipandu dengan perlahan.

Aminulrasyid telahpun hampir tiba di rumahnya di Seksyen 11, Shah Alam dalam kejadian tersebut apabila beliau maut akibat tembakan bertalu-talu oleh anggota polis yang mengejarnya itu. Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya, Mohd Dusuki Mokhtar, Idham Abd Ghani dan Adilla Ahmad, manakala Jenain diwakili peguam M Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah peguam kepada keluarga Allahyarham, N Surendran dan juga anggota keluarga mangsa yang dilihat mengalirkan air mata ketika keputusan dibacakan hari ini
. - Malaysiakini

15 September 2011

Wajah-Wajah Kuala Lumpur

14 September 2011, Pudu Sentral (dulunya Puduraya)

Sekitar jam 10:20malam, usai bertemu sahabat, Ustaz Shahril Sazri yang pulang bercuti dari Mukah, Sarawak, aku terserempak dengan seorang warga emas yang duduk di kaki lima jalan. Tersentuh hati melihat warga emas yang sudah bongkok badannya (berbangsa cina) tersengguk-sengguk tertidur di laluan orang ramai. Bertemankan di sisinya kotak-kotak dan plastik-plastik terpakai (yang boleh diklasifikasikan sebagai sampah).


12 September 2011

Hakim Tolak Permohonan Pendakwaan Dikenakan Tindakan Hina Mahkamah

SHAH ALAM, 12 Sept : Mahkamah Tinggi di sini Isnin menolak permohonan pihak pembelaan dalam kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain agar pendakwaan yang menuduh saksi utama kes itu, U.Suresh, memberi keterangan palsu semasa perbicaraan, dikenakan tindakan menghina mahkamah. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berhak untuk mendakwa mana-mana individu dan tindakan mereka menuduh Suresh di Mahkamah Sesyen di sini tidak menjurus kepada tindakan menghina mahkamah.

Jangan Senang Hati Sangat, Cukai 6% Prabayar Hanya Ditangguh

Telco Setuju Tangguh Kutipan Cukai Prabayar
Semua empat pengendali utama telekomunikasi (telco) di negara ini bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini."

11 September 2011

09 September 2011

Caj Enam Peratus Prabayar - Rakyat Sentiasa 'DIDAHULUKAN'

Yang kaya terus KAYA, yang miskin berterusan KAYAP!!!!! Rakyat sentiasa DIDAHULUKAN dalam bab diKENA dan terKENA cukai! Keuntungan tokey-tokey besar ini terus DIUTAMAKAN...!!! Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersamanya semalam berkata CAJ 6% ke atas PEMBELIAN TAMBAH NILAI dan PEK PERMULAAN Kad SIM mulai 15 September itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran.

Syarikat-syarikat telekomunikasi (Telco) ini yang saban tahun mengaut keuntungan jutaan ringgit kini semakin tamak untuk menggandakan hasil keuntungan mereka! Apa tindakan KERAjaan yang konon slogannya "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"?

PEMIMPIN POLITIK, SAMM GESA PUTRAJAYA BATAL CAJ 6%
KUALA LUMPUR, 9 Sept : Pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan membantah tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata, keputusan mengenakan caj itu tidak munasabah dan mahu pentadbiran Najib membatalkan pendekatan tersebut. Dalam mesej yang dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Twitter malam tadi, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, 'saya bantah'.

06 September 2011

'Mat Indera Murid Bapa Timbalan Perdana Menteri'

Di sebalik serangan bertubi-tubi terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam isu Muhammad Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malah, kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) itu didakwa hampir menikah dengan kakak timbalan perdana menteri.

"Mat Indera mahu berkahwin dengan kakak TPM Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera," kata Suhaizan selepas menziarahi adik Muhammad - Johan Shah semalam. Menurut Suhaizan, Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut serta dalam pertemuan itu.

Menulis di laman Facebook, Suhaizan berkata, Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru. "(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," tulisnya yang diberi tanggungjawab berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam isu sejarah itu.

Dibuang daerah, diseksa British


Justeru, Suhaizan menyifatkan tiada pembelaan terhadap kematian Muhammad Indera sebelum ini disebabkan "orang takut dengan British". Suhaizan turut menyenaraikan beberapa fakta yang kurang diketahui tentang Mat Indera, antaranya :
  • Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun.
  • Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954.
  • British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000.
  • Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut.
  • Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono.
  • Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama dikenali senagai Tuan Guru Fadil.
  • Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama.
  • Mat Indera tidak pernah berkahwin.
Sumber : Malaysiakini

'Lebih Baik' Jadi Tanah Di Akhirat Kelak

"Apa yang kita buat akan disoal kembali oleh Allah SWT. UMNO, PAS atau apa jua parti sekalipun tidak akan terlepas dari disoal oleh Allah SWT. Di dunia kalau polis soal, kita boleh minta maaf. Kalau hakim soal, kita boleh upah peguam. Tapi di akhirat tidak ada minta maaf dan tidak ada peguam. Jangan ingat senang bila berada di dunia. Kerana itu, ada yang mengharapkan agar dapat menjadi tanah apabila berada di akhirat kelak kerana takut kepada azab Allah SWT."

Ucapan MB Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa merasmikan pembukaan Ar-Rahn Cawangan Jeli pada 27 April 2011.

05 September 2011

Soalan Untuk Renungan Anak Pasca Merdeka

1. Benarkah Umno tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang?

2. Sebelum merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka Umno pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?

3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?
Related Posts with Thumbnails