VVIP DENAI CINTA

08 Ogos 2011

Gunakan DINAR Untuk Simpanan Mengerjakan Ibadah Haji Anda, Bagaimana.....?

Artikel dari belog Serikandi Emas
Pada hari entri ini ditulis, harga sekeping 1 dinar adalah RM742. Kecil-kecil cili padi! Walaupun kecil, anda sebenarnya boleh menggunakannya untuk merancang perjalanan anda mengerjakan ibadah haji! Kos mengerjakan haji di negara kita diambil perhatian oleh Kerajaan. Jom kita lihat kos mengerjakan haji untuk beberapa tahun kebelakangan ini...

Tahun 2002

Kos Haji seorang - RM9000
Harga 1 dinar - RM140
Kos Haji dalam dinar - 9000/140 = 64.28 ~ 65 keping dinar

Tahun 2003
Kos Haji seorang - RM9000
Harga 1 dinar - RM168
Kos Haji dalam dinar - 9000/168 = 53.57 ~ 54 keping dinar

Tahun 2004
Kos Haji seorang - RM9000
Harga 1 dinar - RM202
Kos Haji dalam dinar - 9000/202 = 44.55 ~ 45 keping dinar

Tahun 2009
Kos Haji seorang - RM9800
Harga 1 dinar - RM502
Kos Haji dalam dinar - 9800/502 = 19.52 ~ 20 keping dinar

Tahun 2011
Kos Haji seorang - RM9980
Harga 1 dinar - RM740
Kos Haji dalam dinar - 9980/740 = 13.49 ~ 14 keping dinar

Mengambil data di atas, kita dapat lihat walaupun kos haji dari tahun 2002 hingga 2011 adalah dalam lingkungan RM9,000.00 - RM10,000.00, tapi kita dapat lihat bagaimana jumlah keping dinar yang diperlukan adalah mengurang. Pengurangan kepingan dinar ini dilihat paling sedikit pada tahap hanya 12% setahun (ada antara tahun sehingga 30% pengurangan keping!). Kita akan ambil nilai 12 % ini untuk melihat bila agaknya kita boleh pergi menunaikan haji dengan simpanan dinar.

Andaikan anda telah nampak kelebihan dinar dan emas ini, maka pada tahun 2011 (atau pada hari ini!) anda terus membeli 10 keping dinar dan menyimpannya sahaja untuk menikmati kenaikan nilai (capital gain). Jom kita kira agaknya bila boleh pegi haji ni?

2011 => 14 keping dinar
2012 => 14 - 12% = 12.32 ~ 13 keping
2013 => 13 - 12% = 11.4 ~ 12 keping
2014 => 12 - 12% = 10.56 ~ 11 keping
2015 => 11 - 12% = 9.68 ~ 10 keping

So, jika anda membeli dinar sebanyak 10 keping pada tahun 2011 (atau hari ini dengan harga anggaran RM740 x 10 = RM7400 sahaja), anda sebenarnya akan bersedia dari segi kewangan untuk mengerjakan haji pada tahun 2015 dengan syarat cukup syaratnya dan kos mengerjakan haji tidak melonjak terlalu ketara.

Apa lagi geng! Itu baru kita kira tentang sekeping 1 dinar. Bagaimana pula jika kita mengira dalam 5 dinar, 10 dinar atau jongkong? Mmmm..... apa lagi, tukarkan wang simpanan anda kepada emas sekarang! Tukarkan semula kepada wang kertas apabila anda ingin menggunakan nilai wang tersebut untuk perbelanjaan. Selamat menyimpan!
p/s: Pengiraan Serikandi Emas ini adalah berdasarkan dinar fizikal Public Dinar sahaja!

2 ulasan:

manjeamusyuk berkata...

Alhamdulillah, artikel yg membuka minda. Jom pakat beli mas dinar reramai! ;)

ROHAIFI berkata...

emmmmm..... Harga Dinar hari ni RM785!!!! wooowwww.... makin mencanak-canak naik!!!!!

Related Posts with Thumbnails