VVIP DENAI CINTA

26 Julai 2011

ALASAN-ALASAN POPULAR KENAPA TAK TUTUP AURAT

Sekadar Gambar Hiasan

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.
  • Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? : Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
  • Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang : Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia." Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, "pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…"
  • Macamlah kaubagus sangat nak tegur aku. Kaudulu lagi jahat nak mampos : Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagikau Islam, dakwah tu wajib walaupun kausendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
  • Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik : Adakah kaumendakwa dirikau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah dirikau tanpa perlu menutup aurat?
  • Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok : Adakah kauberani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
  • Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami : Seksi atau tidak, kautetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambutkau.
  • Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa : Apakah ibadatkau diterima? Kauyakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kaumasuk syurga?
  • Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain : Kausebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersamakau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidikkau.
  • Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan : Berani cakap di dunia, berani ke kaucakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
  • Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) : Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
  • Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru : Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
  • Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la... : Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu bro... Jangan ambil lagi nyawa aku.
  • Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya : Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
"Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi." "Di mana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu." "Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu."

Sumber penulisan ini melalui edaran e-mail

3 ulasan:

Puan tia berkata...

nak share leh??? sangat2 tersentuh plak dgn entry ni.. sharing is caring..

ROHAIFI berkata...

BOLEH, silakan : apa sahaja yang baik yang 'dijumpai' dalam belog buruk ni, amat dialu-alukan untuk perkongsian...

shizuka berkata...

terbaekkk~

Related Posts with Thumbnails