VVIP DENAI CINTA

30 Julai 2011

Ahsraf Gagal Jadi Aleesha Meninggal Dunia

Sumber BERNAMA
Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi. Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Asp Ong Nafi Sediakan Jawapan Untuk Saksi Utama Kes Pembunuhan Sosilawati

SHAH ALAM, 29 Julai : Seorang pegawai polis menafikan di Mahkamah Tinggi Jumaat bahawa beliau bekerjasama dengan dua pegawai lain yang terlibat dalam penyiasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain ketika menyediakan soalan untuk merakam percakapan saksi utama pendakwaan kes itu, U Suresh.

Pemuda Gagal Tukar Nama Aleesya Farhana Masuk ICU

KUALA TERENGGANU, 29 Julai : Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Mohd Ashraf dalam permohonannya juga telah meminta agar namanya pada surat beranak, MyKad, lesen memandu, bank akaun dan juga diploma yang diperolehinya ditukarkan kepada Aleesha Farhana Abd Aziz. Bagaimanapun Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa, di dalam penghakimannya berhujah tidak wujud statut yang sah untuk membenarkan permohonan Mohd Ashraf hanya bersandarkan semata-mata kepada pembedahan pertukaran jantina. mStar Online
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di hospital itu berkata anaknya mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri kira-kira 3 pagi tadi. "Aleesya kini dalam keadaan stabil. Doktor mengesahkan dia mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'," katanya. Beliau berkata anaknya itu mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak.

28 Julai 2011

Dihadap Ke Mahkamah Kerana Cederakan Pasangan Kekasih Berkelakuan Tak Senonoh Yang Mengejek Ibunya

Aku bukan sukakan jenayah apatah lagi menyokong perlakuan menjurus kepada jenayah. Namun apa yang dilakukan remaja ini yang dituduh mencederakan sepasang kekasih selepas ibunya yang merupakan seorang guru agama diejek 'adalah sesuatu yang berbeza' (pada pandangan aku). Kejadian berpunca apabila tertuduh tidak dapat menahan diri selepas ibunya dikutuk kerana menegur pasangan terbabit yang dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam lif.

Jika remaja ini dituduh dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencederakan. Bagaimana pula dengan pasangan kekasih berkenaan yang berkelakuan tidak senonoh.....? INILAH PELIK DAN JELIKNYA APABILA UNDANG-UNDANG ISLAM 'MELUKUT' DI NEGARA YANG MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMINYA... alahai...~

Remaja Didakwa Cederakan Pasangan Kekasih
KUALA LUMPUR : Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mencederakan sepasang kekasih selepas ibunya yang merupakan seorang guru agama diejek. Nurnaim Kassim, 23, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukannya ke atas Muhammad Shahrizal Zainal Azman, 23, dan Farhana Ramli, 21, pada pukul 11.30 malam, 30 Oktober 2009.

Pekerja Ladang Nafi Pathmanabhan Arah 'HABISKAN' Empat Individu Yang Datang Ke Ladang

SHAH ALAM, 27 Julai : Seorang pekerja ladang Rabu menafikan bahawa dia telah diarahkan oleh N Pathmanabhan, iaitu tertuduh pertama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, supaya 'habiskan' empat individu, termasuk seorang wanita Melayu yang datang ke sebuah ladang di Banting. Ladang itu didakwa menjadi lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain pada Ogos tahun lepas.

Saksi Berpaling Tadah Dakwa Dipaksa Mengaku

Bicara Dalam Perbicaraan Pertama Dijalankan
SHAH ALAM, 27 Julai : Prosiding kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini Rabu menyaksikan bicara dalam perbicaraan (TWT) yang pertama diadakan berikutan dakwaan seorang saksi pendakwaan bahawa dia telah dipaksa semasa memberi keterangan kepada pihak polis.

27 Julai 2011

KESAN DARAH DAN SAMPEL TANAH BERBAU PETROL

SHAH ALAM, 26 Julai 2011: Pemeriksaan di sebuah ladang di Banting, dekat sini yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya mendapati pelbagai barang termasuk sembilan kesan darah, serpihan tulang dan sampel tanah yang berbau petrol.

26 Julai 2011

Bir Halal Dikeluarkan Syarikat Tak Halal Nak Mohon Sijil Halal?

Bir Halal Dikeluarkan 'Syarikat Tak Halal' Nak Mohon Sijil Halal?

Aku sebelum ni dok tertanya-tanya jugak, apekejadah sebenarnye BIR HALAL ni...? Dan hari ni baru agak jelas, rupa-rupanya minuman tenaga seperti MALTA dalam gambar ni antara minuman dalam kategori 'Bir Halal'. Malta sendiri merupakan minuman yang agak popular bahkan umat Islam di Malaysia ni aku tengok ramai yang tanpa was-was menikmatinya.

Kalau betul sekalipun nak menikmati 'bir halal', tengok-tengok le jugak kilang yang pengeluarnya. Untuk korang yang bantai minum je Malta, ni aku nak bagitau yang Malta ni dikeluarkan oleh syarikat pembuat ARAK Guinness Anchor Berhad. Kilang yang mengeluarkan arak jenama seperti Tiger, Guinness, Heineken dan Anchor. Maklumat lanjut, KLIK : Guinness Anchor Berhad.

Apa yang aku ralat sangat, minuman ni dikilangkan di kilang yang turut keluarkan produk minuman keras. Ramai org Islam yang beli produk MALTA. Agak-agaknya apakah kita akan membeli daging lembu 'HALAL' yang dijual pengeluar daging yang turut menjual daging khinzir di bawah satu premis.....!!!

Memang aku bersetuju dengan saranan serta nasihat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia agar pengeluar minuman ringan malta atau 'bir halal' mendapatkan sijil halal. Tapi kenapa Jawatankuasa Fatwa ni langsung tak nak menasihati pengguna Muslim agar tidak membeli minuman sebegini dari kilang yang turut menjadikan arak sebagai keluaran utamanya.....???!!! Kenapa? Takut kena saman dengan tokeh arak ke?

Dan wajar juga sebenarnya untuk pengeluar Muslim sendiri mengeluarkan produk minuman sebegini kerana ia lebih menjamin kesucian serta keHALALan produk yang dikeluarkan. Wallahu a'lam.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Nasihat Pengeluar 'Bir Halal' Dapatkan Sijil Halal KUALA LUMPUR, 25 Julai : Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menasihatkan pengeluar minuman ringan malta atau 'bir halal' mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau majlis agama Islam negeri (MAIN).

ALASAN-ALASAN POPULAR KENAPA TAK TUTUP AURAT

Sekadar Gambar Hiasan

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.
  • Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? : Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
  • Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang : Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia." Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, "pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…"

Temui Banyak Pisau Di Dalam Sungai

SHAH ALAM, 25 Julai 2011: Penyelam Pasukan Gerakan Marin, Pulau Pinang mengakui bahawa pencarian yang dilakukannya di Sungai Panchau, Banting, dekat sini menemui lebih daripada sebilah pisau. Lans Koperal Muhamad Hazriman Ismail, 29, memberitahu bahawa, dia menemui banyak pisau yang dibuang di dasar sungai itu. Bagaimanapun pisau yang tidak berkenaan dicampakkan semula ke dalam sungai.

Pekerja Ladang Tidak Kenal Pathmanabhan

SHAH ALAM, 25 Julai : Seorang pekerja ladang yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu mahkamah pada Isnin, dia tidak mengenali N. Pathmanabhan yang merupakan tertuduh pertama dalam kes bunuh itu.

22 Julai 2011

Tulang Rusuk Baharudin Patah Akibat 'CPR'

Polis menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia pada perhimpunan 9 Julai yang lalu, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa. Sebaliknya menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, dakwaan keluarga Baharudin Ahmad, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

20 Julai 2011

Jantan Nak Jadi Betina.....?


Menatap gambar ini. Memang 100% aku akan kata ini adalah gambar seorang wanita 'sejati'. Siap bertudung litup! Apa sebenarnya yang terjadi dalam kes Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz ini...? Apakah benar dan tepat ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur sehingga 'membenarkannya' menukar jantina kepada wanita...?

19 Julai 2011

BELASUNGKAWA : Dr Lo' Lo' Yang Saya Kenali - Dr MAZA

Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti Perlis
dan surat ini dikirimkannya kepada Malaysiakini,
lewat petang semalam [18/07/2011]

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya. Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.

Jom Makan Steak Di Las Vacas Meat Shop

Alhamdulillah... Akhirnya tertunai jua impian untuk mengunjungi 'kedai daging' Las Vacas ini. Mula 'jatuh cinta pandang pertama' apabila menonton Jalan-Jalan Cari Makan di TV3. Memang berbaloi dan steaknya memang cukup mabelesss!!! Terbaik dan yang pastinya, Halal. Memang sukar mencari kedai yang menyediakan sajian sebegini berstatus halal + sajiannya enak...!!! Untuk maklumat lanjut KLIK di sini : Las Vacas Meat Shop.


Antara pilihan daging-daging segar yang boleh dipilih.
Pilih dan minta pandangan staff Las Vacas untuk cadangan masakan.


Ahhhh...!!! Jatuh cinta dengan Beef Wrap...!!! Hanya RM18.


Lamb Chump Chop





Burrrppp...!!! Alhamdulillah... +terima kasih kepada sistem GPS di dalam henponku
yang menolongku mencari '
kedai daging' ini. "Malu ber'GPS', sesat jalan"... :-D



14 Julai 2011

Anjing Pengesan Mayat 'Cadaver Dogs' Dan Jengkaut Digunakan Polis

SHAH ALAM, 14 Julai : Mahkamah Tinggi di sini Khamis diberitahu bahawa polis menggunakan khidmat anjing terlatih untuk mengesan mayat semasa menjalankan siasatan di sebuah ladang di Kuala Langat, Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Kes Bunuh Gombak Membawa Polis Ke Ladang Gadong


SHAH ALAM : Penahanan empat orang termasuk tiga lelaki yang didakwa membunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting tahun lalu, bertitik tolak daripada siasatan berhubung satu kes pembunuhan lain di Gombak.

Kes Sosilawati: Media Akhirnya Dibenar Masuk Ke Ladang Gadong

KUALA LANGAT, 13 Julai : Selepas hampir setahun negara digemparkan dengan kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, pihak media akhirnya berpeluang memasuki Ladang Gadong, yang dipercayai menjadi lokasi pembunuhan kesemua mangsa.

Peluang itu hadir semasa mengikuti rombongan mahkamah yang terdiri daripada Hakim Datuk Akhtar Tahir, pihak pendakwaan dan pembelaan melawat lokasi penemuan bahan bukti dalam kes bunuh itu hari ini, bagi membolehkan mereka mendapat gambaran lebih jelas dan penerangan terperinci berhubung kes itu. Sebelum ini, kawasan ladang itu dikawal ketat oleh pihak polis sepanjang siasatan dijalankan.

Pintu masuk utama ke ladang yang menggunakan pagar kawalan automatik dibuka ketika 17 kenderaan yang membawa hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta pihak media tiba kira-kira 4.10 petang.

Rombongan yang turut diiringi tiga kereta peronda polis (MPV) sebelum itu turut melalui jalan masuk ke ladang yang terletak di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting di sini, yang sebahagiannya dinaiki air. Selepas memasuki kawasan ladang tersebut, tinjauan mendapati ia kelihatan seperti telah lama ditinggalkan di mana rumput di kawasan sekitar ladang tumbuh meninggi dan lalang serta semak samun turut kelihatan di merata-rata tempat.

Turut kelihatan di dalam kawasan ladang berkenaan ialah beberapa bangunan yang menyerupai chalet di mana satu daripadanya terdapat beberapa sofa diletakkan di bahagian luar, rumah pekerja yang kosong serta gazebo yang ditumbuhi lalang dan tumbuhan liar.

Selain itu beberapa bahagian ladang turut dinaiki air dan terdapat beberapa tapak semaian ditutupi jaring berwarna hitam di sepanjang laluan pintu masuk hadapan serta kandang-kandang binatang yang kosong.

Rombongan mahkamah turut dibawa ke bahagian belakang ladang yang juga mempunyai pintu masuk di mana kelihatan binaan seperti pintu gerbang yang berjaring di bahagian tengah ladang menghala ke tembok belakang dan beberapa binaan konkrit berbentuk empat segi di bahagian kiri ladang tersebut.

Ketika Hakim Akhtar, pihak pendakwaan dan pembelaan diberi penerangan oleh pihak polis, pihak media tidak melepaskan peluang merakamkan suasana dan keadaan di dalam ladang tersebut. Rombongan mahkamah meninggalkan kawasan ladang pada 4.30 petang selepas meluangkan masa kira-kira 20 minit.

Terdahulu, rombongan tersebut turut dibawa melawat ke lokasi penemuan bahan-bahan bukti dalam kes berkenaan iaitu di kunci tali air berhampiran Pasar Besar, Banting, sebuah sungai di Kampung Kelanang, Jambatan Sungai Endah di Kampung Endah dan Sungai Panchau.

Keempat-empat tertuduh dalam kes itu, bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan bagaimanapun tidak dibawa bersama mengikuti lawatan itu, yang bertolak dari bangunan mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pada 2.30 petang.

Keempat-empat tertuduh kini sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Kenali 'Wirawati' BERSIH 2.0 - Makcik Anne





Antara ratusan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - ia memaparkan seorang wanita berpakaian kuning yang basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih. Wanita itu adalah sorang bekas guru bahasa Inggeris, Anne Ooi, 65 tahun yang terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu.

13 Julai 2011

Honda Civic Plat WSE983 Dilarikan Penjenayah

13 Julai 2011 : Honda Civic Warna Silver WSE 983 telah hilang pagi tadi. Sesiapa yang terjumpa dan terlihat kereta ini sila hubungi talian 016 210 2478 atau hubungi Pihak Berkuasa berdekatan. Sila sebarkan berita ini. Terima kasih.

Sumber : Topeng Perak Unmasked

709 : THIS IS OUR LAND

Haram Makan & Berubat Guna Cicak Tokek - Majlis Fatwa Kebangsaan

PETALING JAYA : Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram. Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.

"Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu," menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Bekas Suami Tanya Tertuduh Kenapa Sosilawati Masih Tak Pulang

SHAH ALAM, 12 Julai : Bekas suami Datuk Sosilawati Lawiya Selasa memberitahu perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik itu dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau ada menghubungi seorang daripada empat tertuduh untuk bertanyakan mengapa bekas isterinya itu belum pulang ke rumah selepas pergi ke Banting pada 30 Ogos tahun lepas.

Beberapa Barang Kes Ditemui Di Dalam Kereta Sosilawati

SHAH ALAM, 12 Julai : Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa beberapa barang kes termasuk pencungkil gigi ditemui di dalam kereta mewah BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang ditinggalkan di tempat letak kereta Flat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya.

09 Julai 2011

Kenyataan Al-Mursyidul Am PAS Ekoran Penangkapan Datuk Seri Tuan Guru Presiden Dan Pimpinan-pimpinan Tertinggi PAS Dan PR

Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya-allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida’ dan akan meninggalkan Tanah Suci.

Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS. Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden Pas dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih pada hari ini.


Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang. Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap UMNO.

Himpunan BERSIH : Mangsa Gas Pemedih Mata Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 9 Julai : Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi. Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan. Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

BMW X5 Sosilawati Dilihat Di Tempat Letak Kereta Flat Angsana

SHAH ALAM, 8 Julai : Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat diberitahu bahawa seorang penduduk flat di Subang Jaya melihat kereta BMW X5 berwarna hitam yang digunakan oleh Datuk Sosilawati Lawiya pada hari beliau dilaporkan hilang dipercayai dibunuh.

08 Julai 2011

Gerak Hati Sahabat 'Sesuatu' Berlaku Terhadap Sosilawati

SHAH ALAM : Nada suara jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang lembut kira-kira sejam sebelum beliau mati dibunuh menyebabkan gerak hati sahabat baiknya merasakan 'sesuatu' sedang berlaku terhadap pengasas produk kecantikan Nouvelles Vissages tersebut.

Tukang jahit, Habishah Bahari, 43, berkata, pada 30 Ogos 2010 Sosilawati telah menghubunginya sebanyak tiga kali bermula pada pukul 7.30 malam, iaitu semasa dia sedang berbuka puasa di rumah kawannya sebelum diikuti panggilan kedua dan ketiga yang berselang antara lima hingga 10 minit.

RITA TAK TAHU SYARIKAT BERHUTANG RM10 JUTA

ERNI DEKRITAWATI YULIANA BUKHARI GUGUP DAN CEMAS KETIKA BERI KETERANGAN
SHAH ALAM :
Anak sulung kepada pengasas kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya mengakui bahawa beliau tidak mengetahui bahawa syarikat yang diusahakan oleh ibunya mempunyai hutang jangka panjang dengan bank berjumlah RM10 juta.

07 Julai 2011

Kak Wati Menangis, Suami Tergesa-gesa - Uncle Kamal Tak Begitu


TERTUDUH : Pathmanabhan (dua dari kiri) bersama tiga lagi suspek dibawa
ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. Gambar kecil : Ahmad Kamil Abdul Karim

UNCLE KAMAL TAK BEGITU
"Saya tak percaya Uncle Kamal (Kamaruddin Mohammad) akan buat begitu. Saya sudah periksa bilik, memang tidak ada kamera," kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, ketika perbicaraan kes pembunuhan ibunya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi, semalam.

06 Julai 2011

Kempen BERSIH Ditukar Jadi KOTOR


"Mereka tak mahu BERSIH jadi kita beri mereka KOTOR." Ini adalah reaksi ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye pagi ini apabila beliau mengunjung sebuah pasar di Gunung Rapat Ipoh, tempat dia ditahan polis minggu lalu kerana memakai baju kuning BERSIH 2.0.

Anak Sulung Sosilawati Nyaris Jadi Mangsa

SHAH ALAM : Anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya nyaris mengalami nasib yang sama seperti ibunya sekiranya beliau menuruti permintaan pengasas produk kecantikan, Nouvelles Vissages tersebut untuk turut sama ke Banting, dekat sini, tahun lalu.

Pathmanabhan Serah Cek RM1 Juta Kepada Sosilawati

SHAH ALAM : Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya telah menerima sekeping cek tunda bernilai RM1 juta daripada seorang peguam, N. Pathmanabhan yang kini sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh pengasas produk kecantikan Nouvelles Vissages berkenaan.

Kes Pembunuhan Sosilawati : Panggilan Terakhir Ahmad Kamil

SHAH ALAM : Isteri kepada peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim yang didakwa mati dibunuh bersama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya memberitahu bahawa dia menerima panggilan terakhir daripada suaminya pada pukul 7.50 malam, 30 Ogos 2010.

Sabrina Adnan, 32, yang merupakan Pengarah di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi berkata, panggilan itu diterima selepas dia berbuka puasa di rumah keluarganya di Kelana Jaya, dekat sini. Beliau menambah, Ahmad Kamil memberitahu beliau tidak akan pulang ke rumah selama tiga hari kerana mahu membantu Sosilawati yang dikatakan diugut oleh pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Kamal.

Sosilawati Singgah Ke Kedai Kerepek

SHAH ALAM : Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya didakwa telah singgah di sebuah kedai kerepek di Banting, dekat sini dan berbelanja lebih RM200 pada hari beliau dilaporkan hilang bersama tiga lelaki Melayu. Bekas jurujual di Fazz Enterprise Sdn Bhd, Zurayina Jemaat, 27, berkata, Sosilawati yang dikenalinya menerusi iklan produk yang diasaskannya, Nouvelles Vissages di majalah Wanita.

05 Julai 2011

Isteri Marah Noorhisham Tinggalkan Keluarga Bantu Sosilawati


SHAH ALAM, 5 Julai : Isteri Noorhisham Mohamad, seorang daripada empat mangsa pembunuhan yang termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Selasa bahawa beliau marah apabila suaminya sanggup meninggalkan keluarga selama tiga hari kerana ingin membantu orang lain.

BERSIH Itu Sebahagian Daripada IMAN


Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda : "Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya". (Hadith riwayat al-lmam Muslim)

Salin tampal dari : Oh! Media

BERSIH 2.0 : PAS Junjung Tinggi Titah Agong

KUALA LUMPUR, 4 Julai : PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad, 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini.

"Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan, sebentar tadi. Berikut kenyataan penuh beliau :

04 Julai 2011

The Red Warriors (TRW) Bukan Milik PAS Atau UMNO!!!

Dalam program Sehari Lawatan Kerja Perdana Menteri Najib Tun Razak, najib sempat hadir ke sebuah Majlis TRW. "Majlis Ramah Mesra PM bersama penyokong The Red Warriors". 'The Red Warriors' adalah sebuah Kelab Penyokong Bolasepak yang paling berpengaruh di Negara Malaysia hari ni. Lain-lain Kelab Bolasepak di Malaysia memang tidak dapat menyaingi kehebatan 'The Red Warriors'. Bagi gua, cuma Manchester United Football Club saja yang dapat menandingi kehebatan 'The Red Warriors'.

Sukar Menjadi Mukmin Sejati Dalam Dunia Artis - Azmil Mustafa

Penampilan Azmil di tahun 1994

PETALING JAYA : Pelakon Azmil Mustafa mendakwa sukar bagi seseorang itu untuk menjadi mukmin sejati sekiranya mereka bergelar artis. Dia berkata selama bergelar artis dia mengakui banyak dosa yang telah dilakukan. "Saya rasa agak susah untuk menjadi seorang mukmin apabila hidup sebagai seorang artis kerana seperti yang kita tahu kehidupan artis lebih terdedah kepada keseronokan."

Kes Sosilawati : Pihak Pendakwa Akan Buktikan Pembunuhan Dilakukan Empat Tertuduh

SHAH ALAM, 4 Julai : Pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bagi membuktikan bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya telah melakukan pembunuhan ke atas jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain berdasarkan penemuan DNA milik mangsa pada barang-barang kes.

PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI DIBICARA HARI INI

SHAH ALAM 3 Julai : Kes bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang didakwa atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya akan dibicara di Mahkamah Tinggi di sini mulai esok. Perbicaraan tersebut akan didengar oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir dan dijadualkan berakhir pada penghujung September ini.

TITAH KHAS Yang Di Pertuan Agong Berkaitan Himpunan BERSIH Dan Cara Kerajaan Menanganinya

3 JULAI : Istana Negara mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai. Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut :

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. - BERNAMA

02 Julai 2011

Kabinet Tak Lulus Astro Naikkan Tarif Perkhidmatan


1 Julai 2011 : Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

MEGAH DENGAN PANGKAT


MEGAH DENGAN PANGKAT

Megah kau dengan pangkatmu,
Membusung dada menjijik aku,
Dengan semua orang dipandang rendah,
Serupa Firaun mengaku Tuhan.

Dendangmu kudengar betul-betul,
Harus dihormati dan disanjung-sanjung.
Tetap ingatkah wahai tuan,
Selamanya yang baru tiadakan abadi,
Hanya yang abadi juga yang abadi?

Pangkatmu akan musnah hancur,
Dirimu akan ke liang kubur!

Tindaslah kami yang sekarang lemah ini,
Dunia menyaksikan sejauh mana kekuasaanmu,
Kelak sampai waktunya nanti,
Bersedialah menerima pembalasan yang tiba.

- Tongkat Warrant



Gambar di atas : sekadar gambar hiasan

PEKERJA KFC BIADAB!!! AYAM TAPAK KASUT.....!!!!!



Harap pihak KFC menyiasat kes ini. Dan kita sebagai ahli masyarakat serta PENGGUNA perlu berhati-hati apabila memilih untuk makan di luar. Perkara ini bukan hanya berlaku di KFC, bahkan tidak mustahil perkara sebegini turut terjadi di premis lain. Pengusaha dan pekerja yang terlibat dalam menyediakan makanan serta minuman sewajarnya ikhlas dalam kerja yang dilakukan. Perlakuan biadab sebegini sememangnya sesuatu yang tidak sama sekali boleh diterima dan dimaafkan!!!!!

01 Julai 2011

Unggun Bersih - A. SAMAD SAID


Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:

(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Related Posts with Thumbnails