VVIP DENAI CINTA

17 Jun 2011

Siti Nurhaliza Dan Tujuh Lagi Selebriti Sertai Askar Wataniah


[KANTOI & AWAL-AWAL LAGI DAH TONJOLKAN TIDAK BERDISIPLIN]
David Teo dan Aizat, seluar tak ikut 'tema'
"Kaunampak padang kawad tu, kaupergi lari 10 pusingan!!!"
Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha!!!

Mana tudung Tok Ti kita ni yea. Dulu terlepas cakap nak pakai tudung, lepas tu sekadar pakai serkup kepala nampak jambul, sekarang pakai beret wataniah le pulak. 'Tabik' dengan penampilan penyanyi Yuna, bertudung pun dah melangkah ke US pasarkan album! [Tudung bukan penghalang]

KUALA LUMPUR : "Alhamdulillah, akhirnya niat saya menyertai Rejimen Askar Wataniah (Raw) menjadi kenyataan. Selepas ini, saya akan meningkatkan stamina sebelum latihan asas sebenar bermula," kata penyanyi wanita tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32.

Menurut Siti, dia berminat menyertai Raw kerana latihannya dapat membentuk ketahanan mental dan fizikal. "Biarpun pernah mengikuti aktiviti lasak, saya perlu bersedia meningkatkan latihan membentuk stamina. Kesediaan penuh penting kerana ia mampu membantu anggota Raw membina jati diri kukuh sebagai sukarelawan negara," katanya selepas menandatangani borang di Majlis Penyertaan Selebriti dalam Askar Wataniah di bangunan Kementerian Pertahanan di sini, semalam.

Artis lain yang turut mengambil bahagian ialah Aizat Amdan, Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Ana Raffali dan penerbit filem, David Teoh. Selain artis, majlis terbabit turut mengesahkan penyertaan Nurul Hidayah yang juga anak perempuan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bagi Intan Ladyana, keputusan menyertai Raw dibuat selepas dia mengkaji tahap latihan dan kemampuan diri.

"Selepas mendapat penerangan berhubung latihan dan aktiviti yang dilalui sebagai anggota Raw, saya jadi teruja dan terus bersetuju. Di samping mengutip pengalaman dan menjalani latihan asas, saya juga mahu menyedarkan belia dan masyarakat luar artis juga boleh menyertai Raw," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pembabitan selebriti dan artis popular dalam Raw bukan saja mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap imej ketenteraan malah berupaya menarik lebih ramai individu menyertainya demi mempertahankan keamanan negara.

Katanya, kementerian menggalakkan penyertaan selebriti dalam Raw kerana golongan itu mempunyai pengaruh besar dalam kelompok masyarakat terutama remaja dan belia. "Saya kagum dan berbesar hati dengan kesanggupan artis dan selebriti yang menyertai Raw untuk julung kalinya."

"Matlamat kementerian masih sama iaitu memberi pendedahan kepada warga selebriti mengenai aktiviti, latihan dan tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di samping menarik perhatian golongan muda untuk menyertai Raw," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, pihaknya percaya penyertaan selebriti dalam Raw tidak sia-sia sebaliknya bakal muncul sebagai ikon baru golongan muda. "Hari ini (semalam) kita sudah menyerahkan pakaian seragam kepada artis yang menyertai Raw. Mereka dijangka akan memulakan latihan asas selama 39 jam selepas menjalani pemeriksaan kesihatan."

"Bagaimanapun, sebagai memenuhi keinginan peminat mereka (artis dan selebriti), kita akan menjemput wakil media melaporkan kegiatan dan latihan pada hari pertama latihan dijalankan," katanya. Selain menjalani latihan asas, artis juga dipelawa mengembangkan idea dan berkongsi ilmu dengan anggota Badan Kesenian kementerian berkenaan. - Harian Metro


Siti Nurhaliza Dan Tujuh Lagi Selebriti Sertai Askar Wataniah K
UALA LUMPUR, 16 Jun : Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tujuh lagi selebriti tanah air Khamis menyerahkan borang bagi menyertai Rejimen Askar Wataniah. Yang lain ialah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Kapt (B) Mohd Nor Bon, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan Aizat Amdan serta Nurul Hidayah, anak sulung Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Nurul Hidayah 34, adalah pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM.

Ahmad Zahid berkata penyertaan selebriti dalam Askar Wataniah dapat menarik minat lebih ramai individu terutamanya golongan belia. "Matlamat kami mempelawa selebriti menyertai Askar Wataniah adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang aktiviti, latihan dan tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM)."

"Mereka kemudiannya boleh menterjemahkan dan menerangkan kepada orang ramai mengenai peranan tentera ketika berlaku peperangan dan juga dalam keadaan aman damai sekaligus menarik minat lebih ramai orang untuk menyertai pasukan ini," katanya kepada pemberita selepas menerima borang itu di sini Khamis. Ahmad Zahid berkata latihan akan bermula tidak lama lagi dan semua peserta perlu menamatkan latihan selama 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.

Terdahulu dalam majlis di Kementerian Pertahanan itu, para artis terbabit menyerahkan borang penyertaan dan menerima kelengkapan pakaian seragam Askar Wataniah. Siti Nurhaliza ketika ditemui pemberita berkata penyertaannya dalam Askar Wataniah mampu membantu menguatkan mental serta fizikalnya. "Saya memang minat dengan aktiviti lasak malah saya pernah melalui latihan ketenteraan untuk sebuah program televisyen, tetapi menyertai Askar Wataniah ini tentu lebih berbeza dan memerlukan persediaan yang lebih."

"Jadi bila ditawar dan diberi peluang oleh Datuk Seri Ahmad Zahid serta kebenaran daripada suami, saya tidak melepaskan peluang ini. Saya juga mahu mengajak agar peminat saya dan belia agar turut menyertai Askar Wataniah," katanya.
Link
Shaheizy Sam pula berkata beliau menyertai Askar Wataniah demi meneruskan cita-cita arwah ayahnya dan mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan. "Memang dari kecil saya teringin untuk berkhidmat kepada negara, jadi saya rasa bangga dan bersedia untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara dan ini boleh dijadikan sebagai platform untuk mengajak peminat turut menyertai," katanya.

Aizat pula sangat teruja untuk menyertai pelbagai jenis latihan yang mencabar dan menguji minda seperti rintangan, kawad dan mengendalikan senjata setelah mendengar cerita daripada kawannya yang merupakan seorang anggota tentera di Singapura. - Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails