VVIP DENAI CINTA

16 Jun 2011

RON97 Turun Seposen - Bukti Kerajaan Mengutamakan Rakyat? Turunkanlah RON95, Itu Baru Benar-Benar Bantu Rakyat!!!

RON97 turun seposen? Terima kasih kerajaan! Tapi RON97 ni kegunaan mereka yang memiliki kereta berprestasi tinggi jea. Turunkanlah harga minyak bagi pengguna RON95, barulah betul-betul mendahulukan serta mengutamakan rakyat!!! :)
KUALA LUMPUR, 16 Jun : Keputusan kerajaan menurunkan harga petrol RON97 kepada RM2.80 seliter dianggap satu tindakan tepat dan bijak serta membuktikan kerajaan sensitif kepada pergerakan harga minyak dunia. Timbalan Presiden Persatuan Penjual-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti berkata, walaupun sedikit, penurunan itu secara tidak langsung membuktikan komitmen kerajaan mengurangkan beban rakyat daripada segi penggunaan bahan bakar itu.

"Ini adalah tindakan yang pantas oleh kerajaan untuk turunkan harga minyak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Berkuatkuasa tengah malam tadi, harga petrol RON97 turun 10 sen menjadikan harga baru bahan bakar itu RM2.80 seliter.

Mengulas mengenai rungutan dan aduan yang diterima daripada pengguna yang mengatakan masih terdapat stesen minyak yang belum menjual bahan bakar itu pada harga baru walaupun telah dikuatkuasakan, Zulkifli berkata, keadaan itu mungkin berlaku disebabkan pengusaha setesen berkenaan tidak mendapat maklumat yang harga petrol itu telah diturunkan.

"Kalau berlaku mungkin kerana mereka (pengusaha stesen) tidak mendapat berita mengenai harga baru itu. Jika dapat (berita) saya yakin mereka akan patuh dan tidak akan langgar peraturan," katanya.

Zulkifli berkata, bagi 3,000 pengusaha yang bernaung di bawah PDAM, persatuan telah memaklumkan mengenai harga baru itu melalui SMS sejurus mendapat maklumat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekitar 8 malam tadi.

Beliau berkata, bagi pengusaha lain syarikat minyak berkaitan akan memaklumkan secara terus kepada stesen-stesen mengikut jenama masing-masing. Sejak awal tahun ini, petrol RON97 telah mengalami empat kenaikan sehingga mencecah harga RM2.90 seliter. - Bernama

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha....

dulu masa harga ron 97 naik ko melalak...
bila turun pun ko melalak jugak...
dasar anjing kurap

Tanpa Nama berkata...

blog dia, lantak dia la nak tulis ape pun. yang ko macam babi tersentap ni kenape? hahhhha hahahahahaaa hahhhh

Related Posts with Thumbnails