VVIP DENAI CINTA

12 Jun 2011

Piala FA : TAHNIAH Terengganu!

Ini yang kita mahukan dalam bolasepak tempatan. Walaupun hakikatnya amat perit buat peminat yang pasukannya mengalami kekalahan. Itulah adat permainan, ada menang dan ada ketikanya kalah. Aku sendiri agak kecewa dengan kekalahan Kelantan malam tadi. Namun bangga dengan kebangkitan dramatik saat akhir Terengganu yang menghukum kealpaan pemain Kelantan yang melihat piala sudah dalam genggaman. Itulah 'cantiknya' sukan bolasepak. Selagi wisel penamat belum ditiup pengadil perlawanan, apa sahaja boleh terjadi.

Kepada pasukan bolasepak Kelantan, anda tetap pasukan yang hebat. Mungkin takdir kemenangan belum ditentukan Allah swt untuk kita. Kepada penyokong tegar The Red Warriors, kalian sememangnya terbaik dalam memberi sokongan serta dokongan padu kepada pasukan kesayangan.

Tetapi kita harus juga belajar, sikap tidak bertanggungjawab segelintir penyokong yang membawa masuk mercun dan membakarnya malam tadi menjadi antara PUNCA KEKALAHAN Kelantan!!! Jika masa permainan hanya ditambah 4 minit, Piala FA telah sah menjadi milik Kelantan. Tetapi piala itu telah bertukar tangan kepada Terengganu apabila 4 minit lagi masa ditambah gara-gara perlawanan sebelum itu terpaksa dihentikan kerana ada penonton yang membaling mercun ke padang!!! - Wallahu a'lam.


KUALA LUMPUR, 11 Jun :
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Terengganu yang telah berjaya menjuarai Piala FA 2011. "Juga syabas kepada pasukan Kelantan yang menunjukkan permainan yang konsisten sehingga saat-saat terakhir perlawanan," ujarnya di laman Facebook.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang sekali lagi mengingatkan kepada penyokong kedua-dua pasukan yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil agar berhati-hati di jalan raya dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Terengganu yang telah menjuarai Piala FA pada malam ini. "Kepada pasukan Kelantan, saya bangga," ujarnya melalui laman Facebook.

Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah berjaya menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Ahmad Nordin Alias menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-109 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada tamat permainan penuh.

Kelantan menjaringkan gol terlebih dahulu menerusi Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum rakan sepasukan, Mohd Daudsu Jamaluddin menjaringkan gol sendiri melalui tandukan pada masa kecederaan bagi membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turut menyaksikan perlawanan akhir itu. Turut sama ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. - Harakahdaily

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails