VVIP DENAI CINTA

17 Jun 2011

Pemuda Amenu Nak Berhimpun 9 Julai

Orang berhimpun, dia pun terhegeh-hegeh nak berhimpun. Cari le tarikh lain, ni saje je nak tumpang glamour... Glamour ke? Ha ha ha ha ha!!! Tapi ok la tu, dah memang hak sekalian untuk berhimpun secara aman. Nak jugak dengar dan lihat layanan polis terhadap dua kumpulan yang berhimpun ni. Jangan pula nanti pihak PDRM double standard dalam menangani isu perhimpunan yang dianjurkan oleh BERSIH 2.0, Pemuda UMNO serta PERKASA (yang khabarnya akan turut berhimpun).

PELIK. Kalau himpunan aman yang dianjurkan oleh pihak yang tidak selari dengan kerajaan, maka akan dituduh dengan pelbagai tohmahan serta ratusan laporan polis dibuat untuk menggagalkannya. Dan polis sendiri siap bagi amaran untuk menangkap dan menahan sesiapa yang sertai himpunan tersebut.

Bila himpunan yang dibuat oleh UMNO atau PERKASA, polis pun seakan diam membisu dan 'memberikan kerjasama'. Ha ha ha ha ha ha ha!!! Haramjadah betul puak-puak ni. Takpela, kat dunia ni korang berkuasa dan korang mungkin lupe kat mahsyar nanti siapa yang lebih berkuasa dan empunya sebenar segala kekuasaan!!!

Pemuda Amenu Pun Nak Berhimpun 9 Julai
K
UALA LUMPUR, 16 Jun : Pergerakan Pemuda Umno memutuskan untuk turut mengadakan perhimpunan dan berarak pada 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyokong sistem demokrasi serta peranan dan pembaharuan yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata antara perkara yang akan diketengahkan dalam memorandum itu ialah berkaitan isu pemindahan pengundi di mana pihaknya mendapati perkara itu sedang dilaksanakan pembangkang sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Selain mencadangkan beberapa perkara, perhimpunan itu juga bertujuan membuktikan bahawa suara rakyat tidak hanya dimonopoli pembangkang khasnya PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Menara Dato Onn di sini.

Khairy, yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata perhimpunan itu bukan untuk bertembung dengan mana-mana pihak, sebaliknya bagi menunjukkan semangat anak muda dalam Umno untuk pertahankan sistem sedia ada serta ingin bekerjasama dengan SPR untuk memperbaiki sistem sedia ada.

"Kita anggap perhimpunan (oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) itu bukan tujuannya untuk membaiki sistem pilihan raya tetapi untuk mempolitikkan dan berkonfrontasi dengan kerajaan dan SPR yang sebenarnya tidak konstruktif," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails