VVIP DENAI CINTA

26 Mei 2011

Rakyat Jepun Terangsang Dengan PM Najib

Najib Razak : "Pada pagi ini saya ingin melahirkan rasa simpati kepada mereka yang tidak lagi ada bersama kita - semoga roh mereka dicucuri rahmat," katanya dalam ucapan yang disifatkan oleh beberapa peserta sebagai amat menyentuh perasaan.

DC : Sesuai ke ucapkan 'semoga roh mereka dicucuri rahmat'? Inilah bahananya bila bercakap sesedap rasa. Lahirkanlah rasa simpati atas bencana ke atas mereka yang non-muslim. Ungkapan roh dicucuri rahmat hanya sesuai untuk umat Islam. (Lepas ni boleh salahkan wartawan, kata wartawan silap lapor... hahaha)
Malaysia Sahabat Sejati Jepun - Najib
| Bernama | TOKYO, 26 Mei : Ketika Jepun sedang pulih daripada kesan gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear yang tercetus 11 Mac lepas, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu rakyat negara itu bahawa Malaysia sentiasa di sisi mereka sebagai sahabat di saat-saat gembira dan lebih-lebih lagi ketika dalam kesusahan.

Sambil menegaskan tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan negara bagi menghadapi kesulitan, Perdana Menteri mengulangi komitmen Kuala Lumpur untuk menyokong usaha rakan sejawatan beliau dari Jepun, Naoto Kan, untuk membina semula kawasan-kawasan di timur laut negara itu yang teruk terjejas.

Berucap pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-17 di sini Khamis, Najib bukan sekadar menyentuh soal-soal ekonomi pada perhimpunan berprestij itu bagi membuktikan pendirian Malaysia mengenai erti kata sebenar persahabatan dan sifat penyayang.

"Pada pagi ini saya ingin melahirkan rasa simpati kepada mereka yang tidak lagi ada bersama kita -- semoga roh mereka dicucuri rahmat," katanya dalam ucapan yang disifatkan oleh beberapa peserta sebagai amat menyentuh perasaan.

Hadirin yang terangsang oleh ucapan itu telah berdiri sambil bertepuk tangan apabila Perdana Menteri selesai berucap dan sehingga beliau meninggalkan Bilik Fuji di Hotel Imperial, tempat persidangan itu berlangsung.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails