VVIP DENAI CINTA

04 Mei 2011

PM Bijan Ke Udara Di Hot FM Jumaat Ini

Aku tak teruja sangat pun, sebabnya semua medium media dipegang sepenuhnya oleh pemerintah (amenu-Be eNd) tanpa memberi peluang sama-rata kepada pimpinan pembangkang untuk menggunakan media. Kalau yang muncul berbicara di ruang udara Hot FM adalah TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT (Menteri Besar Kelantan), itu barulah LEBIH HANGAT DARIPADA BIASA.....!!! PM Bijan yang muncul, itu terlalu biasa, tak gempak pun.

PUTRAJAYA, 4 Mei (Bernama) : Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat terus menggunakan pelbagai medium bagi mendekati rakyat Malaysia dan terkini akan ke udara melalui saluran radio, Hot FM, pada Jumaat ini. "Saya akan muncul di Hot FM Jumaat ini dari 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Terima kasih kerana mendorong saya untuk melakukannya," kata Perdana Menteri di laman twitternya.

Kemunculan Perdana Menteri adalah hasil jemputan penyampai radio, Fara Fauzana, yang sebelum ini mengakui di laman twitternya bahawa ia merupakan idea "gila" beliau. "Terbaik. Dapat good news. My crazy idea nak ajak PM datang Hot FM menjadi," kata penyampai popular itu.

Pengendali akaun twitter Hot FM pula gembira dengan persetujuan Najib dengan mesej : "Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Jutaan terima kasih kami ucapkan." Hot FM bersiaran di frekuensi 97.6.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails