VVIP DENAI CINTA

14 Mei 2011

Piala FA : Selangor Tersungkur Di Kaki Red Warriors

Keno gomo Selangor male (malam) ni... 5 - 1!!!
Puah hati blako sek-sek nyokong Red Warriors!!!
SHAH ALAM, 14 Mei (Bernama) : Kelantan dianggap sudah meletakkan sebelah kaki ke final manakala Terengganu mempunyai kelebihan tipis selepas masing-masing memenangi perlawanan separuh akhir pertama Piala FA, Jumaat. Di Stadium Shah Alam, Kelantan membawa bekalan selesa ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baharu, Isnin ini, selepas membenam juara Liga Super musim lepas, Selangor, 5-1.

Kelantan, juara Piala Malaysia buat kali pertama musim lepas, membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 apabila Mohammad Ramzulzahini merembat masuk bola ke gawang lawan akibat kesilapan penjaga gol Mohd Saiful Amar.

Kelantan terus mempamerkan aksi garang untuk menambah gol kedua pada minit ke-40 menerusi penjaring utama Liga Super, Norshahrul Idlan Talaha, hasil sepakan percuma kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi. Selang empat minit kemudian, gawang Selangor sekali lagi dibolosi apabila Mohd Badhri pula menyumbat gol ketiga 'The Red Warriors' hasil hantaran lintang daripada pemain sayap kiri, Mohd Nurul Azwan Roya.

Pada babak kedua, Kelantan, di bawah bimbingan Datuk M. Karathu, memperkemaskan gerakan untuk menghukum benteng pertahanan Selangor apabila Mohd Badhri menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-67. Norshahrul Idlan sekali lagi menambah duka skuad anak didik K. Devan dengan jaringan kelima pada minit ke-71. Gol saguhati Selangor hadir pada minit terakhir (min-90) yang dijaringkan oleh kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, tandukan Mohd Ashari Samsuddin pada minit ke-88 membantu Terengganu bangkit dari ketinggalan dua gol untuk mengatasi Pahang 3-2. Keputusan ini menyaksikan Terengganu berkelebihan satu jaringan untuk melayan kunjungan Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Isnin ini.

Selepas tanpa jaringan pada separuh masa, Pahang membuka tirai jaringan menerusi Mohd Munir Amran pada minit ke-46 dan R. Surendran pada minit ke-53. Bagaimanapun, Terengganu tidak berpatah semangat dan menggandakan asakan bertali arus untuk memburu jaringan dengan Mohd Ashari merapatkan jaringan pada minit ke-63.

Wan Mohd Afif Wan Jasni menyamakan kedudukan pada minit ke-81 sebelum Mohd Ashari muncul wira dengan gol kemenangan.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails