VVIP DENAI CINTA

25 Mei 2011

| LIGA JUARA JUARA | PM Bijan Dan Kak Ros Sertai Peminat Saksikan Final Di Putrajaya

Alahai... tengok bolasepak dengan PM Bijan dan Kak Ros rambut kembang...? Eeeeuuuwwww!!! Bajet nak amik hati golongan muda la tu yea PM Bijan. Hahahahaha!!! Harapnya Kak Ros jangan dok depan, terhalang plak penonton di belakang untuk tengok match gara-gara rambut kembang Kak Ros yang cukup tinggi tu. Atau ada baiknya jugak Kak Ros tonjolkan contoh yang baik dengan bertudung litup seperti Permaisuri Agong. Lagipun Kak Ros tu isteri Khalifah Negara Islam Malaysia. :)
| Bernama | P
UTRAJAYA, 24 Mei : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester United (Man Utd) dan Barcelona bersama orang ramai di Persiaran Perdana, Putrajaya pada 28 Mei ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata persediaan sedang dijalankan untuk membolehkan Perdana Menteri dan isteri menyaksikan perlawanan yang ditunggu-tunggu antara juara Liga Perdana Inggeris dan Juara Liga Sepanyol itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Selasa selepas meninjau persiapan Sambutan Hari Belia yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Mei di Putrajaya. Dalam kesibukannya, Perdana Menteri yang merupakan peminat setia Man Utd, turut mengikuti perkembangan bola sepak liga Inggeris.

Disember lepas, Najib menyertai warga kota terutamanya golongan muda menonton perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam menerusi skrin gergasi di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails