VVIP DENAI CINTA

10 Mei 2011

DILARANG MENONTON FILEM PRIEST - PENUH LAMBANG SALIB!!!

Filem dipenuhi dengan lambang Salib hatta di dahi watak-wataknya
"Walaupun filem ini genre aksi seram thriller yang mampu mengejutkan penonton, ia tidak digalakkan menjadi bahan tontonan golongan muda berbangsa Melayu beragama ISLAM susulan unsur salib dipaparkan dari awal hingga tamat filem ditayangkan."
PONTIANAK MUSNAH BANGSA MANUSIA
THRILLER seram memaparkan dunia peperangan pontianak dan manusia pada perspektif kontemporari. Dalam dunia ini, pontianak bukan sekadar hantu yang menghisap darah manusia tapi seolah-olah wabak berbahaya yang boleh memusnahkan kewujudan manusia.

Dalam usaha menyelamatkan manusia daripada jatuh ke kuasa pontianak, wujud sekumpulan paderi luar biasa. Mereka bukan sekadar berjubah hitam dan berkhutbah di gereja tetapi turut bertindak sebagai pahlawan menentang pontianak.

Walaupun filem ini genre aksi seram thriller yang mampu mengejutkan penonton, ia tidak digalakkan menjadi bahan tontonan golongan muda berbangsa Melayu susulan unsur salib dipaparkan dari awal hingga tamat filem ditayangkan.

Apatah lagi, ikon itu tertera jelas pada dahi hero Warrior Priest (Paul Bettany) dan beberapa pahlawan lain. Malah, unsur itu menjadi kemestian di setiap corot bandar dihuni manusia. Kononnya, sebagai usaha menyekat pontianak daripada mendekati mereka dan sebagai tanda kepercayaan terhadap agama itu.

Biarpun secara kasarnya filem ini menarik daripada segi tontonan, penulis bimbang tindakan itu dapat memesongkan akidah, terutama penonton Melayu yang kurang jati diri agama. Tidak seperti filem subjek pontianak sebelum ini, Priest bukan filem sembarangan. Malah, ia turut mengingatkan penulis kepada The Book of Eli lakonan Denzel Washington yang mengangkat subjek Kitab Injil sebagai rebutan bangsa manusia.

Tidak dinafikan juga, unsur salib atau Injil memang sentiasa wujud dalam filem pontianak atau hantu Barat tapi kebanyakan filem bercorak itu tidak terlalu menonjolkan unsur itu hingga boleh dikategorikan sensitif untuk tontonan sesetengah golongan. Mungkin ada peminat filem aksi sebegini akan skeptikal dengan ulasan penulis tapi jika tidak berhati-hati, ia boleh mengubah kepercayaan kita secara halus.

S
aranan penulis, buka minda dan tonton Priest secara kasar semata-mata. Atau bak kata bahasa pasar, tengok boleh percaya jangan! Plot Priest berkisar kehidupan pahlawan paderi legenda selepas era perang pontianak. Pahlawan itu bersama beberapa manusia lain hidup di dalam sebuah komuniti terkurung yang dikuasai pihak gereja.

Satu hari anak gadisnya, Lucy yang diserahkan kepada sebuah keluarga biasa sebelum dia menyertai pihak gereja, diculik sekumpulan pontianak. Berikutan itu, dia terpaksa melanggar perjanjian bersama gereja untuk tidak keluar daripada komuniti itu dan menentang pontianak atas desakan menyelamatkan Lucy.

Bersama si paderi, dia ditemani anak muda yang juga teman lelaki Lucy (Cam Gigandet) dan Paderi Wanita (Maggie Q) untuk menentang kumpulan pontianak. Dalam usaha menyelamatkan Lucy, mereka berdepan masalah lebih besar. Rupa-rupanya, segerombolan tentera pontianak baru dalam perjalanan untuk memusnahkan komuniti mereka diketuai bekas Pahlawan Paderi, Black Hat (Karl Urban).
  • Arahan : Scott Stewart
  • Pelakon : Paul Bettany, Karl Urban, Cam Gigandet, Maggie Q, Lily Collins dan Stephen Moyer
  • Genre : Aksi seram
  • Tayangan : 11 Mei 2011
  • Ulasan : Amirul Haswendy Ashari [Metro Ahad]


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sampai bila lah korang nak melempar lidah terhadap kami sebagai umat kristian. janganlah dikata yang bukan-bukan. itu hanya lambang salib. kami bukan menyembah salib. itu cuba sebagai peringatan kepada kami. jangan salah faham terhadap kristian. harap maklum.

Related Posts with Thumbnails