VVIP DENAI CINTA

20 Mei 2011

BELASUNGKAWA : PERGINYA SEORANG SAHABAT ALLAHYARHAM AHMAD ANUAR BIN JAAFAR

Keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Mei 2011

Bagaimana untuk aku memulakan bicara. Terkejut apabila mendengar perkhabaran melalui facebook rakan-rakan mengenai pemergian Allahyarham Ahmad Anuar Bin Jaafar. Walaupun perkenalan aku dan dia hanyalah ketika sama-sama menuntut di kolej suatu ketika dahulu, namun sebagai senior, aku tetap akan mengingati setiap junior (terutamanya yang baik-baik ini), pasti akan melekat juga memori bersama kalian dibenakku...

Allahyarham Ahmad Anuar bersama isteri tercinta yang kini hamil (7bulan).
Semoga isteri Allahyarham tabah menghadapi kehilangan insan tersayang.


Status.komen-komen terakhir Allahyarham yang menggunakan nickname Pepijat Pelesit di facebooknya pasti menjadi kenangan serta memori terindah buat rakan dan insan tersayang yang ditinggalkan...




Status terakhir Allahyarham di facebook....

Selasa 17 Mei 2011 (10.40pagi)
Kemalangan sekitar jam 5.05 petang


Sahabat... Tiada yang terindah dari waktu kita saling kenal bersama. Walau jarak dan waktu yang memisahkan. Kenangan walau sekelumit tetap tersemat di sanubari. Pemergian dan kehilanganmu sememangnya amat dirasai, apatah lagi oleh insan-insan yang rapat serta akrab menyayangi serta menyintaimu...

Sahabat... Semoga kautenang di SANA... Semoga kau gembira untuk berada di sisiNYA. Semoga dirimu ditempatkanNYA di kalangan hambaNYA yang beriman dan beramal soleh... Aku yang masih di SINI, kelak akan mengikut jejakmu jua sahabat... Andai terpisah di SINI, moga ada waktunya kelak untuk kita kembali bersua di SANA...

Salam takziah untuk keluarga serta sanak saudara
Allahyarham Ahmad Anuar Bin Jaafar,
Bersama kita sedekahkan bacaan
YaaSin serta al-Fatihah buat arwah.

3 ulasan:

Firdnurjue berkata...

sedihnyer..Al-Fatihah..wife ngah preggy lak 2..huk3..hope wife dia tabah menempuh dugaan yang amat besar nie..:-(

ROHAIFI berkata...

Terima kasih Jue... Itulah hakikat kehidupan kita di dunia ini. Suatu waktu kelak, kita pula kan menyusul. Semoga kita mati dalam 'husnul khotimah'...

ustaz ahmad berkata...

SEMOGA ARWAH BERSAMA ORANG2 SOLEH DI SANA..AMIN...

Related Posts with Thumbnails