VVIP DENAI CINTA

22 Mei 2011

| BARANG NAIK | Bantulah Rakyat Bukan Minta Persiap Mental

Wahai pemimpin, wahai pak-pak menteri yang hidupnya serba mewah. Tolong dan bantulah meringankan beban kami rakyat marhaen yang kian terhimpit dan tersepit dengan pelbagai kenaikan harga barangan makanan mahupun perkhidmatan. Untuk apa anda diangkat menjadi pemimpin dan wakil bagi sekalian rakyat andai hanya pandai bersandiwara tanpa mempedulikan nasib rakyat bawahan.

Usahakanlah penyelesaian terhadap krisis yang mendatang bukan hanya pandai meletakkan beban untuk digalas rakyat. Dan sudah sampai masanya untuk sekalian rakyat sejenak merenung, apakah berbaloi mereka memilih pimpinan yang asyik mengumpul kekayaan untuk keluarga dan kroni sehinggakan kepentingan dan kebajikan rakyat terus terabai...!!! Ayat xbleh blah pemimpin negara; 'mendengar denyut nadi keperitan rakyat'... Kah kah kah kah kah kah kah!!!!!

Bantulah Rakyat Bukan Minta Persiap Mental
PARIT BUNTAR, 22 Mei : Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim mengkritik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan rakyat agar bersedia secara mental bagi menghadapi tekanan ekomoni yang bakal berlaku sambil menggambarkan ia sebagai satu lagi kelemahan BN mentadbir negara. "Kenapakah rakyat disuruh bersedia menghadapi masalah tekanan ekonomi sedangkan pemimpin BN belum menunjukkan usaha bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat?" katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.

"Kerajaan yang dikuasai oleh BN telah untung besar melalui Petronas berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia, keuntungan tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada rakyat," katanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya, contoh lain negara sepatutnya telah memiliki kekuatan dan lonjakan kemajuan dalam bidang pertanian yang hebat setanding negara jiran seperti Thailand yang tidak bergantung harap dengan bekalan makanan dari negar luar secara total.

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, kelesuan BN mentadbir negara kian terserlah berikutan langkah demi langkah yang diambil kononnya sangat mengambil berat isu serta soal kebajikan rakyat namun terbukti ia satu pembohongan kepada rakyat.

"Pada hemat saya usaha BN untuk membela rakyat yang sebetul tidak dibela sejak 50 tahun, tetapi ditutup mata melalui media pro BN untuk mengaburi rakyat dari mengetahui perbuatan terkutuk Umno BN yang lebih suka merompak wang rakyat secara terhormat selepas setiap kali diberi mandat untuk memerintah," ujarnya.

Katanya, pemimpin Umno BN sepatutnya mempersiapkan mental untuk menjadi pembangkang di Malaysia selepas PRU 13 kerana rakyat telah muak dengan lakonan mereka. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails