VVIP DENAI CINTA

24 Mei 2011

| BAHANA ARAK | Pramugari Dirogol Dan TAHNIAH Malaysia Kerana Berjaya Menduduki Ranking Ke-10 Konsumer Arak Dunia!!!!!

EPISOD DUKA PRAMUGARI ANGKARA ARAK
| myMetro | KUALA LUMPUR : Seorang pramugari berusia 22 tahun yang mahu meraikan kejayaan bersama rakan sekerja selepas mendapatkan pekerjaan tetap bertukar tragedi apabila dia dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Sentul di sini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa dari Kota Bharu, Kelantan, baru memulakan pekerjaannya dengan sebuah syarikat penerbangan sebulan lalu dan dibawa rakannya ke sebuah kelab malam untuk meraikan kejayaannya dan mengajar mangsa untuk bersoSIAL.


Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang tidak pernah meminum arak sebelum ini dikatakan hilang kawalan. Menurut sumber, kesempatan itu digunakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an untuk mendekati mangsa sebelum membawanya yang dalam keadaan mabuk ke sebuah hotel berhampiran. "Mangsa kemudian dirogol lelaki terbabit sebelum meninggalkan mangsa berseorangan. Kejadian itu hanya disedari mangsa selepas mendapati dia berbogel dalam sebuah bilik hotel, kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya."


TAHNIAH!!! Malaysia ke ranking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar di dunia
| Malaysiakini | Kedudukan Malaysia di tangga kesepuluh dalam penggunaan arak di dunia disifatkan sebagai 'kejayaan gelap' pemerintahan BN yang di luar jangkaan rakyat negara ini. "Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan 'tahniah' kepada kerajaan BN yang berjaya membawa Malaysia ke ranking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar di dunia."

"Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah negara Islam oleh pemimpin Umno berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika," sindir ketua penerangan dewan itu Herman samsudeen.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie semalam dilaporkan berkata, penggunaan alkohol di negara ini menjadi semakin serius. Beliau mengulas, statistik terbaru Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia berada di kedudukan kesepuluh mempunyai peminum arak paling ramai di dunia.

WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan AS$500 juta (kira-kira RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan bir pula mencecah 11 liter per kapita.

Kuasa pemantauan


Dalam kenyataan hari ini, Herman juga berharap kerajaan tidak terus menerus menutup mata dan memekakkan telinga terhadap perkara itu semata-mata cukai arak memberikan pulangan yang tinggi kepada dana kewangan negara. Katanya, lebih teruk lagi, gejala arak juga sentiasa dikaitkan dengan pelbagai jenayah, antaranya penganiayaan rumah tangga, penderaan serta kes rogol dan bunuh.

"Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah," kata Herman. Beliau juga mahukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis agama Islam negeri-negeri diberikan kuasa pemantauan.

Dewan itu juga mendesak semua pihak - termasuk pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan kerajaan pusat - supaya serius menangani perkembangan industri itu dengan mengurangkan pengeluaran minuman keras itu.

Herman menggesa permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru dibatalkan dan aktiviti penjualan di kedai-kedai, restoran dan kelab malam dipantau. Mengulangi pendirian PAS Selangor sebelum ini, Herman berkata penjualan arak secara terbuka di kedai 24 jam juga menjadikan rakyat negara ini mudah terlibat kepada gejala negatif itu

2 ulasan:

NARDtheNERD berkata...

mungkin perlu kaji juga statistik konsumer arak itu majoritinya siapa,

malaysia kan berbagai kaum.

ROHAIFI berkata...

Malaysia memang berbilang kaum dan agama tetapi majoriti rakyatnya adalah melayu Islam...

Negara kita mengalahkan negara (eropah) yang penduduknya majoriti bukan beragama Islam dalam bab peminum/konsumer arak... HEBAT kan...? ;)

Related Posts with Thumbnails