VVIP DENAI CINTA

28 Mei 2011

MHI - Wardina Tersasul Dan Najwa Anak Tan Sri Muhyiddin Yasin


Semalam, penonton MHI pasti perasan Wardina secara spontan menutup awal
rancangan tersebut walaupun sebenarnya masih
ada satu lagi segmen.
Comel gile bila bengok Wardina blushing..
. huhuhu~

& artis jemputan tu anak Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Najwa Tan Sri Muhyiddin Yasin



Lahirkan Bayi Dalam Kem PLKN - Pelatih Ditahan Polis

Dah banyak musibah yang Allah swt tunjukkan, bila agaknya nak dihentikan PLKN ni dan dikemaskini modul perlaksanaannya andai mahu diteruskan? Pelatih 'terberanak' dalam kem setelah baru 10 hari berada di kem...? Yang peliknya pelatih tersebut telah melalui pemeriksaan kesihatan...!!! Ni boleh masuk rancangan Misteri Nusantara ni... heh~
| Bernama | P
ASIR MAS, 27 Mei : Seorang pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Cancun Park, Bukit Tuku dekat sini ditahan polis kerana menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian bayinya, petang Khamis. Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Rahim berkata kelahiran 'rahsia' pelatih berkenaan disedari selepas pelatih itu yang mengadu sakit dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini.

27 Mei 2011

NIK AZIZ Bukan Ulamak Tetapi PUKIMAK - Peceramah UMNO



Dengar sampai minit terakhir video pendek ini.
Penceramahnya bebal dan yang tukang dengar, tukang soraknya pun 2x5!!!



Final UEFA Champions League 2011 Di Kota Bharu

Pakat tubik blako wehhhh!!!!
hok tino dok drumoh jah la, wi peluang ko abe-abe jah,
tok molek jugok ore tino tubik lewat-lewat male... :)

Dua Konstabel BAHALOL Dipenjara 24 Bulan, Denda RM10,000 Kerana Rasuah RM350

| Bernama | KUALA LUMPUR, 27 Mei : Dua konstabel polis, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menerima suapan wang tunai RM350 daripada seorang warga Indonesia, empat tahun lepas.

26 Mei 2011

Rakyat Jepun Terangsang Dengan PM Najib

Najib Razak : "Pada pagi ini saya ingin melahirkan rasa simpati kepada mereka yang tidak lagi ada bersama kita - semoga roh mereka dicucuri rahmat," katanya dalam ucapan yang disifatkan oleh beberapa peserta sebagai amat menyentuh perasaan.

DC : Sesuai ke ucapkan 'semoga roh mereka dicucuri rahmat'? Inilah bahananya bila bercakap sesedap rasa. Lahirkanlah rasa simpati atas bencana ke atas mereka yang non-muslim. Ungkapan roh dicucuri rahmat hanya sesuai untuk umat Islam. (Lepas ni boleh salahkan wartawan, kata wartawan silap lapor... hahaha)
Malaysia Sahabat Sejati Jepun - Najib
| Bernama | TOKYO, 26 Mei : Ketika Jepun sedang pulih daripada kesan gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear yang tercetus 11 Mac lepas, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu rakyat negara itu bahawa Malaysia sentiasa di sisi mereka sebagai sahabat di saat-saat gembira dan lebih-lebih lagi ketika dalam kesusahan.

HARAM Lelaki Nikahi Gadis SEKAMPUNG!!!

HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH TERLANJUR… KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN ANDAI TIDAK MAHU MENDAPAT LAKNAT ALLAH!!!!

Tiada Kenaikan Harga RON95, Diesel Dan LPG?

Tiada Kenaikan Harga RON95, Diesel Dan LPG? Jika benar, Alhamdulillah syukur. Tapi biasanya apabila berita sebegini dikeluarkan (penafian menteri akan kenaikan harga), itu tanda-tanda awal akan berlakunya kenaikan harga!!! Kalau lembu kita pegang pada tali, cakap Pak Menteri ni langsung dah tak boleh dipakai dan dipercayai lagi!!!
| Bernama | PUTRAJAYA, 25 Mei : Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

25 Mei 2011

LELAKI MATI TERGANTUNG DALAM LOKAP BALAI POLIS

Hai... Dalam tahanan polis pun boleh mati. Mati tergantung menggunakan seutas tali? Siapa yang beri tali atau sediakan tali...? Biasanya tahanan diperiksa rapi dan segala barangannya disimpan oleh pihak polis. Satu lagi kes yang memerlukan pihak PDRM memberikan jawapan konkrit kepada sekalian rakyat agar kredibiliti pasukan tidak terus diperlekeh dan dipandang serong.
| Bernama | KLUANG, 24 Mei : Seorang lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan kediaman ditemui mati dalam lokap Balai Polis Simpang Renggam di sini Selasa. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata Nasrul Redzuan Mohamad, 25, ditemui mati tergantung kira-kira pukul 10.20 pagi oleh anggota polis yang bertugas ketika mahu memindahkan lelaki terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.


"Nasrul Redzuan ditahan polis selepas dipercayai menceroboh kediaman salah seorang penduduk di kawasan Simpang Renggam dan menyerang sehingga mengakibatkan kecederaan pada mangsa pada kira-kira pukul 6.30 pagi tadi."

"Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam sebelum ditempatkan sementara di lokap tahanan bagi proses laporan. Bagaimanapun, ketika anggota bertugas ingin memindahkannya ke IPD Kluang, anggota berkenaan menemui dia mati tergantung di dalam lokap tersebut," katanya kepada pemberita.

Mohd Fawzi berkata pemeriksaan lanjut mendapati Nasrul Redzuan yang berasal dari Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan, menggantung dirinya menggunakan seutas tali. Beliau berkata mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat.

| LIGA JUARA JUARA | PM Bijan Dan Kak Ros Sertai Peminat Saksikan Final Di Putrajaya

Alahai... tengok bolasepak dengan PM Bijan dan Kak Ros rambut kembang...? Eeeeuuuwwww!!! Bajet nak amik hati golongan muda la tu yea PM Bijan. Hahahahaha!!! Harapnya Kak Ros jangan dok depan, terhalang plak penonton di belakang untuk tengok match gara-gara rambut kembang Kak Ros yang cukup tinggi tu. Atau ada baiknya jugak Kak Ros tonjolkan contoh yang baik dengan bertudung litup seperti Permaisuri Agong. Lagipun Kak Ros tu isteri Khalifah Negara Islam Malaysia. :)
| Bernama | P
UTRAJAYA, 24 Mei : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester United (Man Utd) dan Barcelona bersama orang ramai di Persiaran Perdana, Putrajaya pada 28 Mei ini.

24 Mei 2011

| Tragedi Tanah Runtuh | SEDIH LIHAT MAYAT BERTINDIH

| Bernama | KAJANG, 24 Mei : "Menitis air mata apabila melihat mayat anak-anak ini bertindih antara satu sama lain," kata anggota bomba Khairul Rizal Hassan. Beliau yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Kuala Lumpur berkata apa yang dilihat itu akan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan sepanjang hidupnya.

| BURGER BEST | KOTA BHARU

Lokasi gerai burger NBC : Berhampiran Bank Simpanan Nasional,
(bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

| BAHANA ARAK | Pramugari Dirogol Dan TAHNIAH Malaysia Kerana Berjaya Menduduki Ranking Ke-10 Konsumer Arak Dunia!!!!!

EPISOD DUKA PRAMUGARI ANGKARA ARAK
| myMetro | KUALA LUMPUR : Seorang pramugari berusia 22 tahun yang mahu meraikan kejayaan bersama rakan sekerja selepas mendapatkan pekerjaan tetap bertukar tragedi apabila dia dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Sentul di sini, kelmarin.

ISLAM TIDAK PERNAH MENOLAK HIBURAN

"...Islam tidak pernah menolak hiburan. Manusia dibenarkan untuk berhibur dengan kadar yang tidak melanggar syariat. Memisahkan Islam dari hiburan merupakan salah satu ajaran sekular seperti juga memisahkan Islam dari politik pemerintahan."

"Jiwa manusia memerlukan masa berhibur agar tidak menjadi jiwa yang keras dan mati. Saya sendiri, dengan melihat tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan buah-buahan menjadi hiburan kepada saya. Sesetengah individu berhibur dengan bersukan, menyanyi dan sebagainya..."


Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Ucapan pelancaran, Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat di Balai Islam, Lundang pada 27 April 2010.

Sumber : Facebook T
uan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

| Ayah Terlupa | Anak 3 Tahun Lemas Dalam Kereta


Malang tidak berbau dan ajal maut ditangan Allah swt. Namun sebagai manusia yang dikurniakan akal serta kejadian manusia itu sendiri adalah sebaik-baik ciptaan-NYA, maka amat wajar untuk kita sama-sama saling mengingati dan menjadikan kisah/kejadian ini sebagai iktibar agar perkara ini tidak berulang dan menjadi sejarah hitam yang menghantui diri kita - Wallahu a'lam.
| myMetro | MACHANG :
Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat 'tertinggal' sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.

| Aminulrasyid | 2 Jun Keputusan Sama Ada Laporan Polis Jenain Boleh Dikemuka Di Mahkamah

| Bernama | SHAH ALAM, 23 Mei : Mahkamah Sesyen di sini Isnin menetapkan 2 Jun ini untuk memutuskan sama ada pihak pendakwaan boleh mengemukakan laporan polis yang dibuat Koperal Jenain dalam kes kematian Aminulrasyid Amzah semasa perbicaraan. Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak berhubung perkara itu.

23 Mei 2011

| Malaysia Boleh | Duduki "Ranking Top 10" Peminum Arak Paling Ramai Di Dunia

Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.
KUALA LUMPUR, 23 Mei : Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia. Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.

| Tragedi Tanah Runtuh | Kaki 2 Mangsa Terpaksa Dipotong

Link
| myMetro | AMPANG : Kaki seorang mangsa tragedi tanah runtuh yang tersepit dan tertimbus dari paras pinggang terpaksa dipotong di tempat kejadian bagi menyelamatkan nyawanya yang ketika itu sudah lemah akibat terlalu lama menanggung kesakitan.

| FOTO | Sebelum Tragedi Tanah Runtuh

Gambar yang sempat dirakam sejurus sebelum kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat. Lihatlah warjah jernih mereka. Semoga roh mereka yang terkorban ditempatkan ALLAH swt di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman dan beramal soleh, aminnnn | A.L. F.A.T.I.H.A.H |

22 Mei 2011

| BARANG NAIK | Bantulah Rakyat Bukan Minta Persiap Mental

Wahai pemimpin, wahai pak-pak menteri yang hidupnya serba mewah. Tolong dan bantulah meringankan beban kami rakyat marhaen yang kian terhimpit dan tersepit dengan pelbagai kenaikan harga barangan makanan mahupun perkhidmatan. Untuk apa anda diangkat menjadi pemimpin dan wakil bagi sekalian rakyat andai hanya pandai bersandiwara tanpa mempedulikan nasib rakyat bawahan.

Usahakanlah penyelesaian terhadap krisis yang mendatang bukan hanya pandai meletakkan beban untuk digalas rakyat. Dan sudah sampai masanya untuk sekalian rakyat sejenak merenung, apakah berbaloi mereka memilih pimpinan yang asyik mengumpul kekayaan untuk keluarga dan kroni sehinggakan kepentingan dan kebajikan rakyat terus terabai...!!! Ayat xbleh blah pemimpin negara; 'mendengar denyut nadi keperitan rakyat'... Kah kah kah kah kah kah kah!!!!!

Bantulah Rakyat Bukan Minta Persiap Mental
PARIT BUNTAR, 22 Mei : Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim mengkritik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan rakyat agar bersedia secara mental bagi menghadapi tekanan ekomoni yang bakal berlaku sambil menggambarkan ia sebagai satu lagi kelemahan BN mentadbir negara. "Kenapakah rakyat disuruh bersedia menghadapi masalah tekanan ekonomi sedangkan pemimpin BN belum menunjukkan usaha bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat?" katanya.

"Tiba-Tiba Tanah Kejar Saya" | Saksi Tragedi Tanah Runtuh |




| Bob Lokman | MASA MENANGIS

MEMETIK kata-kata Bob Loqman, 47, dalam bukunya yang bertajuk Aku, Isabella dan Tok Kenali : "kita yang sentiasa dalam kesibukan dengan nikmat dan candu dunia kadangkala terlupa bahawa kita setiap hari diziarahi malaikat maut. Maut yang tidak mengenal usia, bukan syarat tua atau muda." Rintihnya lagi : "masa untuk menangis sudah tiba selepas panjang masanya aku ketawa."

Bob atau nama penuhnya, Muhammad Hakim Loqman, yang kini berada dalam 'alam baru' kehidupannya, tidak pernah mengatakan menjadi anak seni itu salah, namun keadaan sekeliling boleh 'melemas' dan 'menenggelamkan' mereka menjadi alpa pada janji mereka kepada Yang Maha Esa.

Tragedi Tanah Runtuh : 16 TERKORBAN, 9 CEDERA

| Bernama |
Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat. Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.

GAMBAR TRAGEDI TANAH RUNTUH HULU LANGAT - 21 MEI 2011




























Link


HULU LANGAT JADI TUMPUAN ORANG RAMAI
[Bernama] KUALA LUMPUR, 22 Mei : Kawasan yang sebelum ini kurang menjadi tumpuan, hari ini menjadi perhatian berikutan orang ramai ingin melihat secara dekat lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, dekat sini, Sabtu.

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia

[Bernama] KUALA LUMPUR, 21 Mei : Dunia hiburan tanah air kehilangan seorang lagi seniwati veteran, kali ini Mahyon Ismail, yang meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri dekat sini kira-kira 1 petang tadi selepas mengalami sesak nafas. Allahyarhamah berusia 69 tahun.

Mahyon, atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kira-kira pukul 11 malam. Cucu Allahyarhamah, Natrah Yasmin, 27, berkata beliau tidak menyangka nenek yang dipanggil 'mak' itu akan meninggal dunia berdasarkan keadaannya yang sihat dan sentiasa ceria.

21 Mei 2011

Peranan HERO Keluarga

| myMetro | Hariyati Ariffin | Penulis adalah Pensyarah UiTM Shah Alam |
LELAKI adalah insan hebat yang dipilih Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Dalam institusi kekeluargaan, lelaki memainkan peranan penting memastikan keharmonian keluarga, kesejahteraan dan hala tuju keluarga dalam mencapai matlamat hidup yang sempurna dan bahagia. Bersesuaian dengan firman Allah dalam al-Quran yang mengatakan; "Lelaki itu adalah pemimpin terhadap perempuan." | Surah al-Nisa’ | Ayat 34 |

Maut Dan Pilih Bulu Dalam Operasi Khalwat

PERJELAS PROSEDUR OPERASI KHALWAT
[myMetro] KANGAR : Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan dengan terperinci kepada media dan rakyat mengenai prosedur sebelum sesuatu operasi khalwat dijalankan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

20 Mei 2011

20 Mei 2011 - Setahun Pemergian Bonda Tercinta

Hari ini, 20 Mei 2011, genap setahun pemergian bonda tercinta Allahyarhamah Hajjah Azizah Binti Haji A Dolah. Jam 6.40 petang 20 Mei 2011, mak pergi meninggalkan kami. Semoga mak lebih tenang di sisiNYA dan doa tak pernah putus-putus kami iringi agar mak ditempatkan ALLAH swt di kalangan hambaNYA yang beriman dan beramal soleh.

NENEK DIHUKUM GANTUNG EDAR KETAMIN 2.9kg

[BERNAMA] SHAH ALAM, 20 Mei : Hukuman mati ternyata tidak mengira usia apabila seorang wanita warganegara India berumur 64 tahun dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini Jumaat selepas didapati bersalah mengedar ketamin seberat 2,925 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di Sepang dua tahun lepas.

KOPI GELATIN KHINZIR?

NAFI JUAL KOPI GELATIN BABI
[myMetro]
KLUANG : Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.

AKU TIDAK SOLAT TETAPI AKU TETAP BERJAYA - Itu Adalah Istidraj!!!

Sumber internet
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.

Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

BELASUNGKAWA : PERGINYA SEORANG SAHABAT ALLAHYARHAM AHMAD ANUAR BIN JAAFAR

Keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Mei 2011

Bagaimana untuk aku memulakan bicara. Terkejut apabila mendengar perkhabaran melalui facebook rakan-rakan mengenai pemergian Allahyarham Ahmad Anuar Bin Jaafar. Walaupun perkenalan aku dan dia hanyalah ketika sama-sama menuntut di kolej suatu ketika dahulu, namun sebagai senior, aku tetap akan mengingati setiap junior (terutamanya yang baik-baik ini), pasti akan melekat juga memori bersama kalian dibenakku...

Allahyarham Ahmad Anuar bersama isteri tercinta yang kini hamil (7bulan).
Semoga isteri Allahyarham tabah menghadapi kehilangan insan tersayang.


Status.komen-komen terakhir Allahyarham yang menggunakan nickname Pepijat Pelesit di facebooknya pasti menjadi kenangan serta memori terindah buat rakan dan insan tersayang yang ditinggalkan...




Status terakhir Allahyarham di facebook....

Selasa 17 Mei 2011 (10.40pagi)
Kemalangan sekitar jam 5.05 petang


Sahabat... Tiada yang terindah dari waktu kita saling kenal bersama. Walau jarak dan waktu yang memisahkan. Kenangan walau sekelumit tetap tersemat di sanubari. Pemergian dan kehilanganmu sememangnya amat dirasai, apatah lagi oleh insan-insan yang rapat serta akrab menyayangi serta menyintaimu...

Sahabat... Semoga kautenang di SANA... Semoga kau gembira untuk berada di sisiNYA. Semoga dirimu ditempatkanNYA di kalangan hambaNYA yang beriman dan beramal soleh... Aku yang masih di SINI, kelak akan mengikut jejakmu jua sahabat... Andai terpisah di SINI, moga ada waktunya kelak untuk kita kembali bersua di SANA...

Salam takziah untuk keluarga serta sanak saudara
Allahyarham Ahmad Anuar Bin Jaafar,
Bersama kita sedekahkan bacaan
YaaSin serta al-Fatihah buat arwah.

17 Mei 2011

Suami Orchid Abdullah Selamat Dikebumikan

Allahyarhamah Datin Orchid Abdullah

"Kutunggu dirimu di pintu syurga..."
Empat hari selepas isterinya meninggal dunia,
kini dia mengikut cinta hatinya 'KE SANA'... - Al-Fatihah~

PETALING JAYA
(mStar Online) : Suami kepada Allahyarhamah Datin Orchid Abdullah, 64, Datuk Mokhtar Omar, 70, selamat dikebumikan pada pukul 12 tengah hari, Selasa di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Mokhtar menghembuskan nafas terakhir empat hari selepas isterinya meninggal dunia iaitu pada Jumaat lalu.

[PENDEDAHAN] RAKYAT HARUS DENGAR AGAR TIDAK TERUS TERTIPU!!! BANGKITLAH DEMI PERUBAHAN NEGARA TERCINTA INI



Dengar sampai habis video yang berdurasi 55 minit ini. Fahami dan ketahui kenapa Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Anwar Ibrahim diserang habis-habisan oleh UMNO dan Barisan Nasional.


RASIONALISASI SUBSIDI MINYAK - Usah Terus Perbodoh Rakyat!!!

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. Tiga hari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.
KUALA LUMPUR, 16 Mei : Kerajaan sekali lagi dilihat mahu perbodohkan rakyat negara ini dengan kajian rasionalisasi subsidi minyak yang dijalankan dan berkemungkinan menaikan harga petrol RON95. Menurut Mohd Anuar Mohd Tahir, Pengerusi Lajnah Buruh & Setinggan PAS, Kerajaan dilihat mahu mencabar rakyat dan menguji kesabaran rakyat dengan mahu menaikkan harga minyak sekali lagi.

16 Mei 2011

RON95 Akan Naik Harga - Rakyat Bakal Ditipu Lagi

Kesal dan hairan dengan kenyataan Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. "Kenyataan itu amat pelik kerana harga minyak dunia sendiri ada turun naiknya. Jadi kenapa pula harga minyak di Malaysia tak ada penurunannya? Ini adalah kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab." - Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai
KUALA LUMPUR, 16 Mei : Rakyat terus ditipu lagi dengan permainan licik kerajaan Umno BN, apabila harga petrol RON95 akan dinaikkan setelah harganya kini begitu membebankan. Pada hal tiga lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat tidak perlu risau kerana harga RON95 tidak akan dinaikkan.

Penduduk Chepor Gempar 2 Kes Bunuh Diri Dalam Tempoh 3 Jam

IPOH, 16 Mei (Bernama) : Penduduk sebuah taman perumahan di Chepor semalam gempar apabila dua penduduk, seorang lelaki dan seorang wanita, dijumpai mati selang tiga jam, dan kedua-duanya membabitkan kejadian bunuh diri. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintenden Ibrahim Abu Bakar berkata mayat pertama ditemui tergantung di sebuah rumah kira-kira 3 petang, manakala mayat kedua dijumpai pukul 6 petang.

14 Mei 2011

Sangat Wajar Anwar Mengadu Terus Ke Hadrat Allah

"Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke Hadrat Allah SWT dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh temeh ini." - Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili
SHAH ALAM, 14 Mei : Peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam. AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili berkata, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.

Perkahwinan Dan Indahnya Hidup Bermadu



Ustaz Azhar Idrus mengulas perihal individu yang tak berkahwin, juga menyentuh soal bermadu (poligami). Bersama kita 'celikkan' hati, menerima ketentuan yang ditetapkan oleh Allah swt dan memanfaatkan kemanisan dalam bermadu. Usah terus hati dibutakan oleh fahaman sekular yang menolak hukum Islam yang Maha Indah.

INDAHNYA POLIGAMI - Bicara Bersama Bakal Isteri Ke-4 Salih Yaakob

Piala FA : Selangor Tersungkur Di Kaki Red Warriors

Keno gomo Selangor male (malam) ni... 5 - 1!!!
Puah hati blako sek-sek nyokong Red Warriors!!!
SHAH ALAM, 14 Mei (Bernama) : Kelantan dianggap sudah meletakkan sebelah kaki ke final manakala Terengganu mempunyai kelebihan tipis selepas masing-masing memenangi perlawanan separuh akhir pertama Piala FA, Jumaat. Di Stadium Shah Alam, Kelantan membawa bekalan selesa ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baharu, Isnin ini, selepas membenam juara Liga Super musim lepas, Selangor, 5-1.

Penyanyi Veteran Era 60-an Orchid Abdullah Meninggal Dunia

Pemergian Penyanyi Asal Penawar Rindu, Kehilangan Besar Persada Seni Tanah Air
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) : Pemergian biduanita yang terkenal dengan lagu 'Penawar Rindu' pada era 60-an, Datin Orchid Abdullah, 64, adalah satu kehilangan besar kepada persada seni tanah air. Kehilangan penyanyi anak kelahiran Johor berdarah kacukan Arab dan Inggeris itu pastinya dirasai ramai, terutama peminat muzik keroncong dan ghazal.

Perkahwinan Bekas Isteri Datuk K

Rayyan menunjukkan cincin yang disarungkan ke tangan isterinya,
Tengku Zawyah pada majlis membatalkan air sembahyang.
Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN.


KUALA LUMPUR (mStar Online) 12 Mei :
Dengan sekali lafaz bekas isteri Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham kini sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Rayyan Joseph King pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Hotel Royale Chulan di sini, Khamis.

12 Mei 2011

KERA JAAN MAKIN TERTEKAN UNTUK NAIKKAN HARGA RON 95

PENINGkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini - ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.

11 Mei 2011

Pelakon Veteran Dan Aktivis Seni Aimi Jarr Meninggal Dunia

:: Al-Fatihah ::
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) : Pelakon veteran dan aktivis seni, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Datuk Omar Puteh, 72, meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi Selasa. Allahyarham yang juga merupakan bekas Penyunting Berita di Utusan Malaysia disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi.

10 Mei 2011

DILARANG MENONTON FILEM PRIEST - PENUH LAMBANG SALIB!!!

Filem dipenuhi dengan lambang Salib hatta di dahi watak-wataknya
"Walaupun filem ini genre aksi seram thriller yang mampu mengejutkan penonton, ia tidak digalakkan menjadi bahan tontonan golongan muda berbangsa Melayu beragama ISLAM susulan unsur salib dipaparkan dari awal hingga tamat filem ditayangkan."
PONTIANAK MUSNAH BANGSA MANUSIA
THRILLER seram memaparkan dunia peperangan pontianak dan manusia pada perspektif kontemporari. Dalam dunia ini, pontianak bukan sekadar hantu yang menghisap darah manusia tapi seolah-olah wabak berbahaya yang boleh memusnahkan kewujudan manusia.

Gula Naik 20 Sen - Peniaga Dilarang Naik Harga Makanan

Aku kata bodoh tongong kang ada yang marah dan terasa hati. heh~..... Ape ke bangang dah naikkan harga barang lepas tu siap boleh sound pengusaha/peniaga makanan dan minuman supaya tak memahalkan harga.

Tak boleh nak guna istilah 'naikkan harga' sebab harga makanan dan minuman sekarang ni sememangnya dah sekian lama 'naik' (dan tak pernah turun) cuma menunggu masa untuk terus 'dimahalkan' oleh pengusaha dan peniaga. KERA jaan pula hanya pandai naikkan lepas tu bagi amaran kononnya supaya harga barangan tak dimahalkan. Pemantauan harga barang...? Pantau dari jauh jea la gamaknya. Beginilah nasib rakyat 1Malaysia, rakyat yang sentiasa 'kena dulu'.

Peniaga Diingat Jangan Guna Kenaikan Harga Gula Naikkan Harga Makanan
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan daripada kenaikan harga gula pada Selasa untuk menaikkan harga makanan. Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah berkata kenaikan harga gula tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga makanan memandangkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram adalah minimum.

GURU SEPI ROGOL MURID

Jangan kerana nila setitik maka kita akan memandang serong kepada profesion perguruan. Namun masalah kebejatan sosial di kalangan guru juga harus diperhati dan ditangani sebaiknya oleh pihak berwajib. Masalah rogol/cabul terhadap anak murid, bahkan ada juga kes guru yang telah berkahwin berskandal/berhubungan sulit sesama mereka. Begitu juga kes kegatalan Guru Besar yang mengambil kesempatan terhadap guru-guru wanita.

Kerajaan juga perlu menangani permasalahan 'jiwa' sekian ramai guru yang tertekan apabila diarahkan bertugas di tempat yang memisahkan mereka dari pasangan suami/isteri dan anak masing-masing. Ada di antara mereka, si isteri mengajar di Semenanjung manakala sang suami pula berkhidmat di Sabah/Sarawak. Situasi ini sememangnya amat menekan perasaan mereka.

Dan kini, profesion perguruan bukan lagi diceburi kerana minat bergelar pendidik!!! Kebanyakkan graduan memilih kerjaya ini kerana HANYA INI PELUANG KERJAYA YANG ADA. Maka kita boleh lihat kualiti guru semakin menurun. Pemantauan dan tapisan perlu dilakukan dari masa ke semasa dan pihak berwajib harus berani untuk MEMBERHENTIKAN SERTA MERTA guru yang bermasalah!!!

K
UANTAN, 9 Mei (Bernama) : Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka, Jerantut, pada Ahad kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lepas. Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, guru lelaki berusia 33 tahun itu didakwa merogol pelajar berusia 15 tahun itu di sebuah kuarters guru di tanah rancangan itu.

Rasionalkah Kenaikan 20 Sen Harga Gula?

KERA jaan kata, langkah menaikkan harga gula sebagai merasionalisasikan harga runcit gula. Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen ini membolehkan KERA jaan menjimatkan RM116.6 juta setahun dan ia boleh digunakan untuk pembangunan lain.

Masalahnya, apakah pengusaha makanan dan minuman akan bersikap RASIONAL terhadap pengguna (rakyat)...? Apakah mereka akan RASIONAL dan tidak bertindak untuk menggunakan kenaikan 20 sen ini sebagai alasan menaikkan harga makanan dan minuman di pasaran...? Rakyat makin terbeban dengan segala macam kenaikan dan KERA jaan kononnya tetap memberi alasan MERASIONALISASI sebagai alasan untuk tindakan TIDAK RASIONAL mereka untuk terus membebani rakyat.

PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) :
Kerajaan Isnin mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai Selasa. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.

09 Mei 2011

Baca & Fahami : HUKUM ISLAM LEBIH KEPADA MENDIDIK

SHAH ALAM, 7 Mei : Undang-undang Islam sebenar yang dilaksanakan bukan hanya untuk menghukum tetapi lebih kepada memberi didikan kepada rakyat agar tidak melakukan kesalahan. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perkara inilah yang menjadi perbezaan ketara antara hukum tersebut dengan undang-undang ciptaan manusia.

Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan, di dalam hukum Islam, hakim seboleh mungkin berusaha untuk membebaskan pesalah daripada menghukumnya. Inilah, ujarnya, keindahan hukum Islam yang mula-mula dilaksanakan di zaman Nabi Muhammad di masa manusia di seluruh dunia ketika itu tercari-cari model perundangan.

08 Mei 2011

Ibu Sunyi Selepas Setahun Datuk Sosilawati Dibunuh

ROSNANI (kanan) bersama ibunya, Yatmah menikmati
bubur pulut merah kegemaran Allahyarhamah Sosilawati

Tiap Hari Tanya Kak Wati
BATU PAHAT (Berita Minggu) : Sudah hampir setahun berlalu, tetapi hati seorang ibu tetap teringatkan anaknya, meskipun Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya sudah tiada lagi di dunia ini. Wang, hadiah serta harta benda sekalipun tidak dapat menggantikan kasih sayang serta kerinduan yang dipendam seorang ibu terhadap anaknya yang saban hari dinanti kepulangannya.

07 Mei 2011

WANITA MULIA : Ajal Selepas Selamat 3 Anak

KUALA KRAI : Seorang ibu menyelamatkan tiga anaknya dalam kebakaran rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini, semalam, sebelum maut apabila terperangkap selepas gagal membuka jeriji pintu utama.

LELAKI MULIA : Ajal Selepas Selamat 3 Murid


Harian web myMetro hari ini memaparkan dua kisah insan berhati mulia, Allahyarhamah Rafidah Ismail, 36, seorang wanita bergelar ibu menyabung nyawa menyelamatkan 3 orang anaknya semasa kejadian kebakaran hinggakan dirinya sendiri rentung hangus dijilat api.

Begitu juga dengan kisah lelaki berhati mulia yang sanggup terjun ke laut dalam usaha menyelamatkan 3 orang murid yang lemas. Allahyarham
Zulkifly Hamzah, 43, rebah sebaik selesai memberi bantuan pernafasan kepada salah seorang mangsa lemas. Semoga Allah swt menempatkan Allahyarhamah Rafidah Ismail dan Allahyarham Zulkifly Hamzah di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

PORT DICKSON (myMetro) : Seorang lelaki menyelamatkan tiga mangsa lemas di Pantai 2 Telok Kemang, di sini, kelmarin, menemui ajal sejurus memberi bantuan pemulihan pernafasan (CPR) kepada seorang mangsa. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Zulkifly Hamzah, 43, rebah sebaik selesai memberi bantuan pernafasan kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang lemas ketika mandi di kawasan itu.

06 Mei 2011

Pelakon Didakwa Cabul Remaja

Wajah Mokhtaruddin selepas bersara sebagai pelakon
[Gambar petikan Kosmo!]


SELAYANG (mStar Online) : Seorang pelakon era 70-an dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas tuduhan mencabul seorang remaja berusia 13 tahun di sebuah rumah perlindungan yang diasaskannya. Mokhtaruddin Mohd Said, 56, yang merupakan pengasas Pusat Pemulihan Akhlak Remaja Bermasalah di Batu 11, Gombak, dekat sini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

04 Mei 2011

Petrol RON 97 Naik 20 Sen Lagi Menjadi RM2.90!!!

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini. RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

PM Bijan Ke Udara Di Hot FM Jumaat Ini

Aku tak teruja sangat pun, sebabnya semua medium media dipegang sepenuhnya oleh pemerintah (amenu-Be eNd) tanpa memberi peluang sama-rata kepada pimpinan pembangkang untuk menggunakan media. Kalau yang muncul berbicara di ruang udara Hot FM adalah TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT (Menteri Besar Kelantan), itu barulah LEBIH HANGAT DARIPADA BIASA.....!!! PM Bijan yang muncul, itu terlalu biasa, tak gempak pun.

PUTRAJAYA, 4 Mei (Bernama) : Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat terus menggunakan pelbagai medium bagi mendekati rakyat Malaysia dan terkini akan ke udara melalui saluran radio, Hot FM, pada Jumaat ini. "Saya akan muncul di Hot FM Jumaat ini dari 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Terima kasih kerana mendorong saya untuk melakukannya," kata Perdana Menteri di laman twitternya.

Gadis Maut Ditikam Kekasih Berusia 50 Tahun!!!

DIBUNUH KERANA ENGGAN TERIMA LAMARAN
ALOR SETAR, 3 Mei BERNAMA : Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam tadi. Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

Tuntutan RM1.38j Sosilawati Terhadap Nash Dihentikan

Mahkamah benar permohonan peguam berikutan kematian Sosilawati
SHAH ALAM (Berita Harian) : Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam membenarkan permohonan peguam, Datuk Mohd Zaidi Zain, untuk menghentikan tuntutan wang dan modal pelaburan saham amanah bernilai RM1.38 juta antara Datuk Sosilawati Lawiya dengan bekas suaminya, penyanyi Nash berikutan kematian jutawan kosmetik itu.

03 Mei 2011

Jika Benar Osama Mati, Saya Doa Keampunan Untuknya

KUALA LUMPUR, 3 Mei: "Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam satu kenyataan.

Kenyataan BIJAN Mengenai OSAMA Kurang Tepat

KUALA LUMPUR, 3 Mei : Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kematian Osama Ben Laden akan menjadikan dunia ini lebih selamat dan aman, sebagai kurang tepat.

Dunia Akan Lebih Selamat Dengan Kematian Osama Bin Laden, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 2 Mei (BERNAMA) : Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini.

Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

"Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini.

Transformers 3 - Dark of the Moon Official Trailer


Filem yang akan mula ditayangkan 1.7.11

Bapa Roboh Rumah Anak Guna Dua Jentolak!!!

FOTO OLEH HARIAN METRO

PERTIKAIAN HAK TANAH PUNCA BAPA ROBOH RUMAH ANAK GUNA JENTOLAK
M
ARANG, 2 Mei (BERNAMA) : Ekoran masalah keluarga dan perselisihan faham berhubung pembahagian hak milik tanah, seorang lelaki bertindak meroboh rumah anaknya sendiri dengan jentolak. Lelaki berumur 67 tahun bersama tiga anak tirinya turut mengugut keluarga Yusof Mat Yasin, 52, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi di Batu 13, Jalan Kuala Berang, Ahad.

Jambatan Sultan Yahya Petra Dijangka Siap 2012

"Mula dibina pada tahun 2007 dan dijangka siap Disember 2009. Kemudian dilanjutkan kepada Ogos 2011 dan khabarnya hanya siap tahun hadapan 2012. Tahun 2012 tu pun belum tentu siapnya jambatan ni kalau dilihatkan corak kerja mereka ini. SPRM, sila pantau!!! Ha ha ha ha ha ha!!!!!"
Jambatan Sultan Yahya Petra Dijangka Siap Pertengahan 2012 - Mustapa
KOTA BAHARU, 2 Mei (BERNAMA) : Pembinaan jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra sepanjang 800 meter bernilai RM157 juta, yang menghubungkan Kota Baharu dan Wakaf Baharu, Tumpat dijangka siap pertengahan tahun depan.

01 Mei 2011

Yuran PANDA RM3Juta Setahun???


Malaysia Masih Mendambakan Panda
KUALA LUMPUR, 30 April [BERNAMA] : Malaysia masih berharap China akan meminjamkan ikonnya paling terkenal, beruang panda, sebagai tanda keakraban hubungan yang telah terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara yang menjalin hubungan diplomatik pada 1974.
Yuran RM3juta setahun untuk pinjaman seekor panda? RM3juta, bukan sedikit jumlah tu. Perlu fikir panjang sebelum 'meminjam' ikon negara China ini walaupun tujuannya sebagai tanda keakraban hubungan yang telah terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara. Jangan kelak nanti wujud peribahasa baru; "panda di China bawak mai bagi susu, anak di rumah mati makan daun buluh," (sebab panda suka makan daun buluh... heh!)

Guna Jadual Pantau Anak?

Ibu Bapa Disaran Guna Jadual Harian Pantau Anak
KUALA LUMPUR, 30 April [BERNAMA] : Ibu bapa di negara ini disaran menggunakan jadual harian bagi membantu anak-anak mereka mendisiplinkan diri. Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Tan Sri Zaleha Ismail berkata penggunaan jadual juga memudahkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak.

Cukupkah sekadar dengan sediakan jadual untuk mereka...? Untuk yang beragama Islam, ada baiknya kita merenung sejenak perihal pendidikan yang diberikan kepada anak-anak kita. Apakah anak-anak ini telah diberikan didikan sempurna menurut acuan Islam...?

Dapatkan PAMP Bullion (Fine Gold 999.9) Sekarang!!!




Untuk sahabat-sahabatku yang berminat untuk membuat simpanan pelaburan berlandaskan emas. Sekiranya sahabat-sahabat berminat untuk mendapatkan kepingan PAMP Bullion ini, boleh segera hubungi saya. Jangan tunggu lama-lama kerana harga emas akan sentiasa meningkat naik!!! Harga pasaran semasa emas boleh rujuk di website Public Gold : KLIK www.publicgold.com.my/.

KLIK untuk ke website
PAMP Bullion : http://pamp.goldavenue.com/

TIADA UNSUR PENIPUAN KERANA PEMBELI AKAN DIBERIKAN KEPINGAN EMAS YANG DIBELI. BUKAN SEPERTI SESETENGAH PELABURAN EMAS YANG HANYA MEMBERI SIJIL KEPADA PELABUR. AKHIRNYA PELABURAN LEBUR KERANA SYARIKAT HILANG ENTAH KE MANA. - Wallahu a'lam.

:: MATERIAL ::
Emas yang digunakan adalah Fine Gold 999.9 [EMAS TULEN]
Boleh didapati dengan berat (gram) : 5g/10g/20g/50g/100g
Minimum pembelian : 5gram

Pembelian setakat ini hanya dibuka kepada teman/saudara-mara terdekat kerana sahabat di luar sana yang tidak mengenali saya mungkin was-was untuk memberikan wang pendahuluan kerana urusniaga ini melibatkan wang yang 'agak' banyak. Tetapi sekiranya ada yang berminat untuk berurusan dan membeli PAMP Bullion ini, saya insyaALLAH sedia membantu. Hubungi/sms : 017 680 5335.

Logo yang diukir pada kepingan emas ini memang sukar untuk diciplak.
Dan ini akan memastikan kualiti serta jaminan emas yang anda miliki adalah benar-benar tulen.


Nombor siri turut dicetak pada kepingan emas
beserta berat dan jenis emas (999.9)








Related Posts with Thumbnails