VVIP DENAI CINTA

14 April 2011

TUHAN Najib Bawa Nikmat Ke Sarawak?

Kadang-kadang rasa melampau juga tajuk sesuatu berita yang dikeluarkan hatta oleh portal Bernama ni. "Rakyat Terima Nikmat Daripada Lawatan Najib Ke Sarawak"... Terima nikmat? Eh!!! Najib tu TUHAN ke...? Yang bagi nikmat tu Najib ke...?

Dah setaraf Ayah Pin ke PM 1Malaysia ni...? Agak-agak le kalau nak letak tajuk berita, sekalipun nak menggambarkan 'kemuliaan' hati pemimpin dalam memberi 'nikmat' tapi agak-agak la. Jangan sampai MENGKUFURKAN diri pula. Siapa sebenarnya yang memberi dan mengurniakan nikmat kepada kita...?!!! LU PIKIRLAH SENDIRI!!! Tepuk dada, tanya IMAN!!!

Rakyat Terima Nikmat Daripada Lawatan Najib Ke Sarawak
BERNAMA
K
UCHING, 13 April : Rakyat di beberapa daerah luar bandar di Sarawak mendapat nikmat daripada lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke kawasan mereka apabila pelbagai masalah penduduk telah dapat diselesaikan dan keperluan mereka dipenuhi Perdana Menteri.

Najib memulakan lawatannya ke Pusa, yang terletak dalam bahagian Betong, hampir 300km dari sini, dengan menaiki helikopter sebelum melawat daerah kecil Sebuyau, daerah kecil Sadong Jaya dan pekan Bau dekat sini.

Sejurus tiba di Pusa pada pukul 8.30 pagi, Perdana Menteri menuju terus ke Pasar Pusa untuk bertemu orang ramai dan mendengar keluhan mereka. Beliau diiringi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro Razaili Gapor.

Selepas ke Pusa, Najib ke daerah kecil Sebuyau di mana beliau melancarkan Skim Wakaf Khairi Pembinaan Masjid Baru Daerah Kecil Sebuyau dan mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membantu membina masjid berkenaan.

"Kalau tak cukup kita boleh tambah lagi. Saya nak masjid ini jadi realiti," katanya ketika berucap pada majlis itu. Beliau turut mengumumkan bahawa pembinaan Jalan Jelait-Entangor dimasukkan dalam Pelaksanaan Pelan Peringkat Kedua Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) dengan kos sebanyak RM46.64 juta diluluskan.

Najib kemudiannya melawat Sadong Jaya, di mana beliau mengumumkan peruntukan RM2.1 juta untuk membantu sekolah agama di kawasan itu selain peruntukan RM200,000 untuk menyiapkan sebuah masjid.

Bagi masalah tekanan air rendah di kawasan itu, satu projek untuk menyelesaikan masalah itu melibatkan kos RM55 juta akan dijalankan dalam Pelaksanaan Pelan Peringkat Pertama RMK-10.

Di Bau, calon BN bagi kerusi Tasik Biru, Datuk Peter Nansian ak Ngusie membangkitkan mengenai lima masalah utama berkaitan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang tanah yang dikatakan agak membebankan selain masalah sekolah.

Najib dalam ucapannya berkata hasil perbincangan dengan kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan bersetuju menunaikan permintaan penduduk di situ berkaitan tanah. "Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bau, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran setuju untuk mempercepatkan pembinaan daripada Pelaksanaan Pelan Peringkat Kedua RMK-10 kepada Pelaksanaan Pelan Peringkat Pertama. Ia akan dibuat tahun ini juga."

"Kerajaan juga akan memberi sumbangan sebanyak RM500,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Bau," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails