VVIP DENAI CINTA

28 April 2011

Tiada Siapa Yang Berhak Rampas Selipar Dari Tuannya, Apatah Lagi Negeri Berdaulat

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima kunjungan
Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W Jones di pejabatnya di sini, hari ini.

KOTA BHARU, 28 April : "Saya katakan, sepasang selipar pun tidak ada sesiapa yang berhak merampasnya dari tuannya yang asal, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat. Insya Allah, harapan saya mesej ini sampai kepada dunia," tulis Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di laman facebook.

"Alhamdulillah, baru selesai mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia. Banyak perkara yang dibincangkan, isu pendidikan, senario politik di Malaysia dan lain-lain.

Tidak lupa saya tegaskan pendirian saya terhadap isu Palestin dan rasa tidak puas hati dengan polisi Amerika Syarikat di Palestin. Saya katakan, sepasang selipar pun tidak ada sesiapa yang berhak merampasnya dari tuannya yang asal, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat. Insya-allah, harapan saya mesej ini sampai kepada dunia.
"

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
yang juga Mursyidul Am PAS menyatakan demikian ketika menyentuh mengenai isu Palestin selepas selesai mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W Jones di pejabatnya di sini, tengah hari ini.

Menurutnya, banyak perkara yang dibincangkan dengan duta berkenaan seperti isu pendidikan, senario politik di Malaysia dan lain-lain.
"Tidak lupa saya tegaskan pendirian saya terhadap isu Palestin dan rasa tidak puas hati dengan polisi Amerika Syarikat di Palestin," tulis beliau lagi.

Gambar dan maklumat : facebook Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails