VVIP DENAI CINTA

02 April 2011

RAKYAT DIDAHULUKAN : Petrol RON97 Naik 20sen = RM2.70seliter!!!

KUALA LUMPUR, 1 April : Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lepas. "Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat ekoran situasi di Timur Tengah itu yang mungkin berterusan. Pada 31 Jan lepas, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails