VVIP DENAI CINTA

14 April 2011

Polis Telah Kenal Pasti Identiti Pelaku Dalam Video Seks

Baru dikenalpasti? Lembab juga PDRM ni. Walhal si Eskay yang edarkan video seks ni awal-awal lagi dalam sidang medianya dah mengaku dia salah seorang dalam video seks tu. Kalau soalsiasat si Eskay, rasanya dah lama rakyat dapat tahu siapa lelaki yang kononnya mirip Anwar tu. Kes berkaitan politik FITNAH memburukkan pimpinan pembangkang, memanglah dilambatkan demi menguntungkan UMNO-BN.

KUALA LUMPUR, 14 April [
BERNAMA] : Polis telah mengenal pasti identiti lelaki dan wanita dalam rakaman video seks yang mirip seorang pemimpin pembangkang yang didedahkan trio Datuk T baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kesahihan itu diperolehi berdasarkan kepada bukti-bukti dan fakta-fakta kukuh sepanjang siasatan dilakukan. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan siapa pelaku dalam video tersebut memandangkan ia akan mengganggu siasatan.

"Sebelum ini pihak pakar telah sahkan video itu tulen dan kini berasaskan bukti dan fakta yang diperolehi, kita punya asas untuk mengenal identiti. Bagaimanapun kita tidak boleh umumkan hasil siasatan sekarang kerana siasatan masih berjalan dan setelah siap nanti, kertas siasatan akan dimajukan pada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Pelacur Dikenalpasti

Ismail berkata, polis juga telah mengenal pasti wanita yang dipercayai pelacur dalam rakaman video itu, tetapi enggan mengulas sama ada wanita itu telah diambil keterangan atau tidak. Ketika ditanya lokasi video seks itu dirakamkan, sama ada di dalam negara atau luar negara, beliau menjawab, "yang penting kesahihan video itu tulen bukan video yang ditindan atau ditiru... itu jadi pokok siasatan."

Beliau berkata tindakan hanya akan diambil terhadap perakam video terbabit setelah bukti yang dikumpul mencukupi dan dapat mengaitkan kesalahan mereka mengikut peruntukan undang-undang.

Jam Tangan Omega

Mengenai jam tangan Omega pula, Ismail berkata polis juga masih menunggu laporan rasmi dari syarikat pengedar jam tangan tersebut bagi mengesahkan siapa pemiliknya berdasarkan kad pendaftaran jam itu.

Sebelum ini, tiga individu yang menggelarkan diri mereka "Datuk T" telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang dan telah menyerahkan video serta jam tangan jenama Omega yang didakwa ditemui di tempat kejadian kepada polis.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails