VVIP DENAI CINTA

16 April 2011

Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-10 BERMULA HARI INI

Sejarah untuk negeri Sarawak dan rakyat negerinya apabila hari ini berlangsungnya proses pengundian bagi Pilihanraya Negeri untuk kali ke-10. Semoga akan ada sinar baru untuk rakyat Sarawak dalam sistem pentadbiran serta pemerintahan negerinya. Dan semoga ALLAH SWT memberi mereka kekuatan dalam hati untuk berani memilih pemimpin yang benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat, bukannya pemimpin yang berjuang 'mengembungkan poket' dan asyik berbini muda!!!

K
UCHING, 16 April [BERNAMA] : Pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 bermula pukul 8 pagi ini di mana 961,433 pemilih berdaftar akan memilih wakil rakyat bagi 71 kawasan Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Undi pos bagi 18,363 pemilih telah dijalankan lebih awal. Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang bertanding bagi penggal ketujuh memegang jawatan itu, mengetuai Barisan Nasional (BN) bertanding di kesemua 71 kerusi.

Parti pembangkang DAP bertanding di 15 kawasan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) (26 kawasan), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (49 kawasan), PAS (5 kawasan) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) (6 kawasan). Seramai 41 orang bertanding sebagai calon Bebas.

Sebanyak 27 kawasan menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 23 kawasan (tiga penjuru), 17 (empat penjuru), dua (lima penjuru) manakala dua lagi (enam penjuru).

BN menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri sebelum ini manakala DAP enam kerusi, PKR (1 kerusi) dan PCM juga satu kerusi tetapi ketika itu bertanding atas tiket Bebas.

Pemilih akan mengundi di 1,748 pusat mengundi yang dibuka di seluruh negeri yang keluasannya hampir menyamai Semenanjung Malaysia dan waktu pengundian berperingkat turut dilaksanakan memandangkan ada pemilih yang tinggal jauh di pedalaman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) antara lain menggunakan sekolah, rumah panjang, balai raya dan dewan sebagai pusat mengundi. Pengundi paling ramai ialah di kawasan Pending (29,498 orang) manakala pengundi paling sedikit ialah di Ba'Kelalan (6,958 orang). Helikopter akan digunakan untuk 15 pusat mengundi.

Pengundian ditutup pada 5 petang tetapi jauh lebih awal di kawasan pedalaman yang mempunyai jumlah pemilih yang agak kecil. Keputusan pertama pilihan raya dijangka diumumkan kira-kira 8 malam.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails