VVIP DENAI CINTA

20 April 2011

Peralatan Seks Antara Barangan Yang Dirampas Kastam Selangor

Benda terlarang dan haram ni biasanya selalu mendapat permintaan tinggi di pasaran. Dan sememangnya tak peliklah andainya pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas sekian banyak peralatan seks yang cuba dibawa masuk ke Malaysia.

Nilai barangan tersebut RM274,362.00 banyak jugak tu...!!! Itu yang berjaya dirampas. Yang berjaya diseludup masuk pun tentu banyak jugak, kan? Semoga barangan yang diharamkan ini dapat disekat kemasukannya ke Malaysia demi mengelak mudarat kepada masyarakat.

Peralatan Seks Antara Barangan Yang Dirampas Kastam Selangor
PELABUHAN KLANG, 20 April : Pelbagai jenis peralatan seks antara barangan dagangan yang dirampas Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor membabitkan nilai RM274,362 termasuk cukai dalam lima kejadian berasingan di sini antara 11 Februari hingga hari ini.

Pengarah KDRM Selangor Datuk Azis Yacub berkata pada 11 Feb lepas, pihaknya berjaya menemui pelbagai jenis peralatan seks dan ubat-ubatan yang dibawa masuk dari China melalui Pelabuhan Utara di sini.


"Peralatan seks merupakan antara barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967," katanya kepada pemberita di Wisma Kastam Pelabuhan Utara di sini Rabu. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails