VVIP DENAI CINTA

06 April 2011

MCA : Hentikan Pembinaan Loji Nadir Bumi

"Kali ini aku bersetuju denganmu CSL (Chua Soi Lek), sewajarnyalah projek ini diperhalusi dan ditangguhkan. Kajian menyeluruh dan pandangan semua pihak wajar diambilkira demi keselamatan dan kepentingan rakyat."

[Malaysiakini] MCA menggesa supaya kerajaan supaya membekukan kerja-kerja pembinaan loji pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) di Kuantan, Pahang, sehingga ia terbukti ia benar-benar selamat pada alam sekitar. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata satu kajian menyeluruh mengenai potensi risikonya dan kajian penilaian kesan alam sekitar, mesti dilaksanakan dan hasilnya diumumkan.

Katanya, kerajaan wajib mempertimbangkan pro dan kontra projek kontroversi itu, dan "bukan terlalu tergesa-gesa" dalam menerima pelaburan yang membawa risiko besar kepada rakyat dan alam sekitar. Beliau menegaskan bahawa kepentingan rakyat mesti sentiasa didahulukan dan tiada tolak ansur dalam soal kesihatan mereka, hanya kerana mahu menarik pelabur.

"Walaupun loji itu terletak di kawasan perindustrian (Gebeng), tetapi tanggungjawab terletak pada pihak berkuasa untuk meyakinkan rakyat bahawa ianya benar-benar selamat dan loji tersebut tidak membawa sebarang risiko kesihatan," kata Chua dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA hari ini. Katanya, kerajaan tidak boleh meneruskan rancangannya "tanpa mengambilkira perlindungan kepada alam sekitar".

Sekiranya projek tersebut terbukti membawa risiko kepada rakyat dan alam sekitar, maka katanya, kerajaan mesti bertindak tegas untuk menangguhkannya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails